Sunday, July 29, 2012

itu ujian..

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

sedar x sedar, dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. alhamdulillah, saya masih boleh lagi meneruskan ibadah puasa ini tanpa gangguan. namun, dalam waktu kita menahan nafsu lapar dan dahaga, siapa tahu akhirnya saya diduga dengan ujian dariNya.

dalam tempoh 9 hari sahaja berpuasa, saya sudah terasa akan ujian dariNya. pertama, ujian kesabaran. jujur, saya bukan penyabar namun ketika ini saya banyak diduga untuk lebih bersabar. adakala kita memang tidak mampu memuaskan kehendak orang di sekeliling kita. justeru itu adakala saya menahan kemarahan dalam hati, tidak pedulikan hal tersebut dan menganggap ia ujian buat saya. ya, saya juga mahu menjadi penyabar. biar lah orang lemparkan tohmahan pada saya yang penting saya hanya perlu bersabar. sering kali kita mendengar pepatah "sabar itu separuh dari iman". oleh itu saya mahu sikap sabar itu tertanam dalam diri ini.

ujian kedua, kemalasan. ya Allah.. susah mahu saya gambarkan namun sejak berpuasa, sikap malas saya semakin menebal dalam diri ini. mengapa sepertinya Dia mahu menguji saya tetapi hari demi hari saya menjadi malas. malas dalam konteks kehidupan. bagi konteks ibadah, rajin pula jadinya. tetapi bila disuruh membuat sesuatu itu perasaan malas terus datang, tambahan kuat tidur di siang hari. memang benar, tidur di bulan puasa dapat pahala tidur. namun jikalau tidur secara berlebihan? itu bukan menjadi pahala tetapi puasa pun silap hari bulan boleh jadi makhruh. itulah yang saya tidak mahu ia terjadi.

dan yang terakhir ujian keikhlasan. dalam melakukan sesuatu pasti kita sering terdengar istilah ikhlas. apakah benar saya ikhlas melakukan ibadah? apakah saya ikhlas menolong orang? itu saya cuba rungkaikan. pelik sekiranya kita membuat sesuatu kerja tanpa ikhlas, yang mana hasilnya kurang memuaskan. ikhlas dalam beribadah kita boleh lihat yang kita bersungguh2 melakukannya, sebagai contoh solat sunat terawikh dan witir. jika kita berasa letih, penat dan sebagainya kerana melakukan solat tersebut maka kita tidak benar2 ikhlas melakukannya. soal letih dan penat itu saya tidak pernah nyatakan pabila melakukan solat sunat dalam bulan mulia ini. saya bimbang, sekiranya terlintas di fikiran saya "ish letih lah solat terawikh ni", maka Dia tidak menerima solat saya.

 



"ikhlas beribadah kepada Allah beerti diri sudah mentauhidkan seikhlasnya hanya pada Dia"

Friday, July 27, 2012

Rumah Allah itu indah :)

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

Masjid atau rumah Allah itu mestilah indah kan? hihi jadi hari ini saya nak kongsi 10 masjid terindah di dunia. terima kasih ustaz google, saya berjaya mencari kesemua gambar2 yang cantik ini. selamat melihat :)

1) Asfi Mosque - Lucknow, India


2) Makkah Al Mukarama, Saudi Arabia


3) Maschour Zhusup Kopeevcentral Mosque - Pavlodar, Kazakhstan


4) Old City Ottoman Mosque - Akhaltsikhe, Georgia


5) Sheikh Zayed Mosque - Abu Dhabi, U.A.E


6) Grand Mosque of Djenn√© - Djenn√©, Mali


7) Masjid Selat Melaka - Malaysia


8) Sultan Ahmed Blue Mosque - Istanbul, Turkey


9) The Prophet's Mosque - Medina, Saudi Arabia


10) Badshahi Mosque - Lahore, Pakistan




sebenarnya, masih ada banyak lagi masjid2 yang indah dan cantik, tapi saya pilih sepuluh masjid di atas kerana keunikan seni bina dan juga terdapat kisah2 yang menarik bagi setiap masjid tersebut. namun apa yang penting, bukanlah kecantikannya tetapi berapa padatkah jumlah jemaah yang bersembahyang di masjid2 tersebut. kalau sekadar cantik tetapi tidak digunakan dengan, tiada gunanya juga. Wallahualam :)



"Menjadi impian ku serta kewajipan ku kelak untuk menunaikan umrah serta haji suatu hari nanti. insyaAllah, moga hajatku ini dapat ditunaikan"






Thursday, July 26, 2012

10 tanda kita wajib berkahwin- ringkasan dari buku "Mencari Pasangan Hidup"

Rasulullah bersabda:

"Wahai para pemuda. barang siapa di antara kalian yang mampu bernikah, maka bernikahlah. kerana pernikahan itu lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menekan syahwatnya (sebagai benteng)

-Hadis sahih riwayat al-Bukhari, bab Nikah, no. 5066 dan Muslim no. 1402

1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang

Firman Allah:

"Dan kahwinlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin, maka ALLAH akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA; dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui."

-Surah an-Nur: 32

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati ALLAH. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Contohnya, perasaan sunyi bagi mereka yang pernah menghadapi putus cinta, ketiadaan anak dan hidup bersendirian di penghujung usia. Keadaan ini pasti mengundang kesedihan di hati. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut. Apalah guna harta, kemewahan dan kegembiraan jika ia tidak boleh dikongsi?

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon mereka itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat. Ingatlah bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

2) Kehidupan yang tidak terurus

Kehidupan yang sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru, orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga sistematik.

3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan.

Rasulullah bersabda:

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa."

-Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada pelbagai pihak. akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

5) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

6) Jatuh cinta pada seseorang

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah menciptakan manusia dengan fitrah sedemikian. lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'ketetapan ALLAH dengan hikmah-NYA menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. tetapi akan menjauhkan daripada yang berbeza dengannya.' inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-NYA.





Maka sedemikianlah sedikit ringkasan dari buku yang dipilih kali ini, "Mencari Pasangan Hidup". saya tidak lampirkan selebihnya kerana, empat tanda lagi itu memasuki bidang yang lebih mendalam, yakni tidak sesuai diceritakan disini. tambahan pula, masih ada followers saya yang berada di bawah umur. namun begitu, ambillah iktibar dan sekiranya anda sudah mencapai tanda2 seperti di atas, maka segerakanlah anda berkahwin. ini bagi mengelak berlakunya maksiat serta zina di kalangan masyarakat.

Wednesday, July 25, 2012

persediaan ke alam baru~

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

sementara menunggu waktu imsak dan subuh saya sempat lg cuba menulis belog disini hihi. okay persediaan ke alam baru itu ialah persediaan saya menuju ke alam latihan industri. seperti mana yg anda semua tahu saya bakal mengikuti latihan industri bagi semester 6 iaitu semester terakhir bagi ijazah sarjana muda perniagaan pemasaran. ya tidak dinafikan, saya berdebar2 menanti tarikh penting permulaan semester baru iaitu 6 Ogos 2012.

maka saya ingin berkongsi sedikit tips atau petua sebelum memasuki alam perkerjaan. tips yg pertama, kenal pasti tugasan harian anda. ketika anda dalam sesi temubual dahulu, pihak syarikat pasti telah pun memberitahu anda antara tugasan2 harian yg perlu anda lakukan. sebagai contoh, anda ditugaskan untuk membuat laporan harian. maka kenal pasti apakah laporan harian yg perlu anda lakukan seperti dalam format penulisan, grafik, data atau pun pembentangan. ini kerana laporan harian bergantung kepada keadaan fizikal syarikat tersebut. sekiranya syarikat itu merupakan syarikat pemasaran produk, maka jenis laporan yg biasa dilakukan ialah dalam format pembentangan. 

tips yg kedua, ketahui apakah skop pekerjaan anda. sebagai contoh, skop pekerjaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kewangan, pemasaran, insurans dan juga perniagaan. dengan menggunakan kaedah ini ia amat memudahkan anda setelah mengetahui bidang tertentu dalam syarikat tersebut. walaupun pada dasarnya anda berada di bidang pengurusan sumber manusia, tidak menjadi mustahil anda akan dipindahkan ke bidang pentadbiran dalam syarikat tersebut.

tips yg seterusnya, pelajari atau cuba mengingati semula apa yg telah anda belajar sebelum ini. sudah pasti anda akan menjalankan latihan industri mengikut kursus yg anda ambil. maka cuba lihat semula informasi2 penting yg boleh diguna pakai bagi diri anda. ini supaya anda tidak menjadi kelam kabut dan pengurus akan melihat anda sebagai seorang yg sentiasa bersedia serta berkebolehan melakukan sebarang perkerjaan.

persediaan berikutnya ialah minda dan juga mentaliti anda. minda memainkan peranan yg penting kerana setiap perbuatan atau pergerakan kita dikawal oleh minda atau pemikiran kita. jika anda berfikir perkerjaan itu susah, maka anda akan menjadi pekerja yg sambil lewa serta tidak berani menyuarakan pandangan anda sendiri. maka ia membuatkan anda berfikiran negatif yg mana kemudiannya akan mempengaruhi keadaan fizikal anda, dalam konteks menjadi malas.

tips yg berikutnya, persediaan fizikal. fizikal amat penting kerana ia menggerakkan otot2 dalam tubuh badan. sepanjang anda di rumah, pastikan anda melakukan sedikit pergerakan dalam seharian kerana tanpa pergerakan badan anda akan menjadi semakin lemah. sebagai contoh, anda tidak perlu berlari selaju mungkin tetapi cukuplah sekadar melakukan perkerjaan ringan di rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain dan sebagainya. pergerakan fizikal ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi cergas sepanjang hari. ini kerana sedikit pergerakan membantu perjalanan darah anda di dalam badan. apabila saluran darah berjalan dengan baik, maka keadaan fizikal anda kelihatan kuat dari luaran.

tips yg terakhir, berdoa. bagi umat Islam mahupun umat bukan Islam, berdoa kepada tuhan anda semoga dapat menjalankan latihan industri dengan keadaan baik dan berjalan lancar. setiap pagi bangun dengan berkata pada diri sendiri anda kuat serta yakin akan memberi impak positif yg mana ion2 positif akan terus masuk dalam tubuh badan anda. berdoa kepada tuhan misalannya bagi yg beragama Islam, setiap kali selepas solat mohon lah agar permudahkan segala tugasan harian anda, supaya diri memperoleh semangat baru dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

"apabila berada di dalam kekusutan fikiran, jalan yang terbaik ialah berdoa kepada Nya moga dipermudahkan segala urusan harian"

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan~ datang lagi ^^

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

sedar x sedar bulan Islam yg plg dirindui, disayangi dan dinanti2 datang lagi.. Alhamdulillah, berkat doa Nya saya masih bernyawa di dunia ini dan mampu menjalankan ibadah berpuasa seperti biasa. cuma harapan saya kali ini, agar dapat berpuasa penuh dalam istilah kaum hawa ini diberi cuti istimewa setiap bulan. bukan apa, sekurang2nya saya mahu merasa kemanisan iman dalam bulan Ramadhan secara penuh :)

hari ini, hari pertama semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa. eh. berpuasa je ke? puasa tahan lapar sahaja? tidak, puasa yg dimaksudkan selain menahan lapar dan dahaga, kita juga berpuasa mata, mulut, telinga dan hati. eh. macam mana tu?

puasa mata, yg mana kita tidak melihat perkara2 yg boleh membatalkan iman. hehe. kalau yg ini xperlu rasanya saya mengulas lebih panjang kerana anda semua mesti sudah faham kan? lebih2 lg kita ni dah bergelar dewasa, sudah matang fikiran dan perbuatan. pasti lah anda mengerti apa itu yg membatalkan iman. maka, cuba seboleh2 nya mengelak dari memandang apa sahaja contoh nya, jikalau anda pergi kedai atau petang ini pergi bazar Ramadhan. anda kebetulan terlihat seorang gadis cantik misalan nya. kalau sekali pandang, x apa. tapi berkali2? haaa itulah yg dikatakan perkara yg membatalkan iman :)

puasa mulut, bukan bermaksud anda menjadi bisu. haha saya faham, sebab anda puasa, saya puasa. maka senyap sahaja sepanjang hari? tidak. puasa mulut yg membawa maksud anda tidak berkata2 perkara yg membawa kerugian, atau menyebut perihal orang lain. dalam konteks mengumpat. masyaAllah, jauhkan lah sikap suka mengumpat. sebalik nya, gunakan kelebihan mulut anda untuk berzikir, mengaji al-Quran, bertilawah dan sebagai nya. dan kalau ada yg mana boleh memberikan ceramah agama khusus nya di surau2 atau masjid, ambil lah peluang ini untuk melipatgandakan pahala anda. saya mengamalkan dengan membaca al-Quran, sebaik saya selesai solat Subuh. baca, tidak bermakna sekiranya kita tidak membaca dengan makhraj dan tajwid yg betul. oleh itu selesai saya membaca secara berseorangan dibilik, saya kemudian nya menyambung dengan membaca di hadapan ayahanda saya. seperti tadi, siapa sangka bila hari2 membaca Alhamdulillah, bacaan saya semakin baik. namun masih ada yg perlu saya perbaiki bagi hari2 yg mendatang. insyaAllah, mudah mudahan amalan ini dapat saya teruskan hingga ke hari akhir Ramadhan. dan seterusnya, moga ia berterusan walaupun bukan di bulan Ramadhan :)

puasa telinga, yg mana kita mengelak mendengar al kisah kehidupan orang lain. ini macam kes bila orang mengumpat lah. pasti sipulan itu mahu kita mendengar kan? jadi, elak kan dari masuk campur hal kehidupan orang lain. sebalik nya, dengar ayat2 Quran yg dibaca dalam cd, youtube misalannya. kan lebih bagus? ha sekarang ni zaman moden, jadi apa salah nya mendengar ceramah dari ustaz2 yg bertauliah masa kini? ada banyak kan, jadi pilih lah di hati. kalau pada saya, sekira nya saya di rumah, saya akan meluangkan masa dengan mendengar ceramah2 di kaca televisyen seperti rancangan yg bermula jam 7 pagi, 'Tanyalah Ustaz'. melalui rancangan itu saya dapat mengurangkan rasa keraguan sekiranya ada perkara yg saya kurang pasti. maklum lah, saya hanya seorang pelajar biasa, saya tidak arif mengenai bidang2 agama namun saya cuba mempelajari nya dari mereka yg pakar mengenai nya :)

dan yg terakhir, puasa hati yg barangkali pada saya amat suker dilaksanakan oleh segelintir umat Islam. eh. apa dia ni puasa hati? puasa hati ini bermaksud anda tidak berniat sesuatu yg boleh mengganggu iman anda. contoh, anda nampak seekor kucing kurap sedang berjalan di tepi anda. lantas, anda pasti tidak menyebut kerana malu di hadapan orang, tetapi di hati anda pasti terlintas "eeee kucing ni. pergi lah tempat lain. kau tu kurap!" masyaAllah.. kasihan kucing kurap tadi. namun tahu kah anda Allah memberi seribu ganjaran pahala kepada kucing itu tadi, dan bukan nya pada anda? sebab, kucing itu tadi hanya berjalan di sebelah anda, namun tidak pula kucing itu terlintas untuk mengusik anda. begitu juga apabila ada insan kurang bernasib baik meminta sedekah di laluan pejalan kaki, atau di bazar Ramadhan.. anda mengerutkan dahi, membenci dan cuba lari dari insan tersebut. maka Allah juga memberi seribu ganjaran pahala kepada insan itu kerana dia hanya senyum sahaja pada anda. jadi, fikir2kan lah.

Ramadhan juga adalah bulan percuma yg diberikan oleh Allah swt untuk kita menambahkan pahala kita. bukan sekadar berpuasa, tetapi apa sahaja amalan kebaikan yg kita lakukan, insyaAllah boleh dapat pahala. contoh, tolong mak beli barang, sapu sampah, basuh kereta ayah dan juga bersedekah. haa lagi2 masa ini lah kita bersedekah dan mengeluarkan zakat. syukur Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk mengeluarkan zakat bagi simpanan dan harta. bagi zakat fitrah, saya masih dibawah tanggungan ibubapa. tidak mengapa, yg penting ikhlas dalam memberi dan menghulurkan.

di akhiri ini, saya juga seperti umat Islam yg lain, mahu berjumpa dengan malam lailatulqadar. insyaAllah, saya akan mengulas lebih lanjut apa itu malam lailatulqadar pada hari akan datang.


"Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih bermakna buat diri ku" 

Sunday, July 15, 2012

kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

apa khabar semua? how are you? annyeonghaseyo? hehe lama betul saya x update dekat sini. bukan apa, sebab sebelum ini saya menduduki peperiksaan akhir. apa yang mampu saya lakukan, tawakal kepada Allah. harap semoga semua subjek lulus. berbalik kepada topik asal, hmm hari ini saya ingin berkongsi sedikit hajat saya ketika sedang bercuti menunggu panggilan latihan industri. ya, saya berhajat untuk menguruskan badan saya yang agak gempal dan tembam ini. hehe ;)

persoalannya mengapa? sebelum ini pernah saya nyatakan bahawa tiada istilah kurus atau diet dalam kamus hidup saya. tetapi kenapa kini secara tiba2 saya ingin melakukannya?

ini kerana, saya menerima teguran dari ayahanda saya, beliau meminta agar saya mengecilkan badan saya sedikit. tak banyak pun tak apa, asalkan ada nampak perubahan. oleh itu, sebagai seorang bapa, beliau telah pun merencanakan tugasan buat saya sepanjang saya di rumah. antara tugasan2nya adalah seperti berikut:

1) kawanan bilik2 di tingkat atas, adalah jagaan saya. oleh itu saya bertanggungjawab mengemas bilik2 tersebut.

2) memastikan saya sehari berpeluh2 demi mengurangkan lemak di badan.

3) menu masakan yang tidak berat. lebihkan memakan sayur-sayuran.

4) pengurangan mengambil menu nasi yang digantikan dengan buah-buahan pada waktu malam.

5) menu utama, air masak. minum sebanyak2nya. minuman manis, dikurangkan.

6) makanan bergoreng diganti dengan makanan rebusan air dan bakar.

dan yang terakhir seboleh2nya berpuasa. bukan untuk mengganti puasa (dah habis ganti, yay!) tetapi sekadar mengawal nafsu makan yang melampau.

tetapi, berbalik kepada tajuk utama,

'kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?'

baiklah. ini tujuan asal mengapa saya ingin berubah. atas pesanan dan nasihat ayahanda tercinta juga, beliau meminta saya mengecilkan badan juga atas dasar demi seorang lelaki, yakni bakal suami saya. persoalannya mengapa? sebagai seorang bapa, beliau sudah yakin bahawa anak perempuan nya ini pasti mempunyai rasa suka atau dalam diam2 menanam perasaan cinta pada seseorang.

namun tidaklah beliau mempersoalkan pada saya, siapa lelaki tersebut. ini hanyalah firasat saya semata2. bayangkanlah. kalau sebelum ini beliau hanya meminta saya kurus demi kesihatan, tetapi saya perlekehkan, dan beliau menegur berkali2 namun tidak jua saya ambil sebagai langkah pengurangan. tetapi kini beliau menegur saya dengan berkata

"nanti tak ada lelaki nak jadi suami, sebab badan itu gemuk sangat".

akhirnya saya tersedar dari lamunan yang panjang. ada benar disebalik kata2nya.

oleh itu kini saya dalam proses cuba mengurangkan nafsu makan. bagaimana? sedangkan saya amat gemar makan. hobi saya makan. sukar untuk melawan tetapi akan saya cuba. terutama, dugaan saya ialah gemar memakan makanan yang manis. itu juga bahaya. makanan yang manis boleh membawa kepada obesiti melampau hingga tercetusnya penyakit kencing manis. kawan2 saya juga berpesan agar kurangkan pengambilan makanan manis. baiklah, saya akan cuba. insyaAllah moga saya dapat mengawal nafsu makan saya ini dan mengecilkan saiz badan saya juga.

tentang soal samada saya sudah berpunya atau belum?






jawapannya, belum. saya masih belum berpunya. malah saya tidak faham istilah berpunya itu. adakah perlu pihak lelaki menyatakan hasratnya kepada saya? atau adakah berpunya itu bermaksud 'hati saya telah dimiliki oleh seseorang?'

itu masih saya cuba rungkaikan. namun tidak saya nafikan, memang ada seorang insan yang secara tidak langsung berjaya mengetuk pintu hati saya. tetapi biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan Allah. jikalaupun dia mengetahuinya, maka biarlah hubungan itu mesra tetapi berbatas. apa yang boleh saya katakan, saya hanya berserah kepada Allah sekiranya benar kami mempunyai jodoh.

walau apa pun, pesanan ayahanda tidak pernah saya lupa. katanya,

"belajar dahulu hingga tamat, pelajari dahulu ilmu suri rumahtangga. bekerjalah dahulu mengumpul dana masa depan. kemudian sekiranya sudah tiba masa boleh lah menamatkan usia bujang"

ayahanda tidak melarang saya untuk berkawan dengan kaum adam, namun biarlah berbatas. apa yang penting, ayahanda mahu elakkan berlakunya gejala maksiat dan juga fitnahan di kalangan masyarakat.

apa2 pun saya cuma berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia ayahanda kerana saya mahu dia menjadi wali saya di majlis pernikahan saya kelak. dan saya juga mahu dia melihat bakal cucunya sebelum dia menghembuskan nafasnya kali terakhir. itulah harapan saya.

"tawakal kepada Allah, nescaya Dia akan cuba yang terbaik buat dirimu. kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya"

Ikhlas menulis,
Safiah Rahim