Tuesday, June 26, 2012

Diari perjalanan~ temuduga latihan industri

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)


Indahnya hari ini, cuaca redup, tidak terlalu panas dan angin sepoi2 bahasa seolah2 alam ini memahami perasaan saya. hehe. sebenarnya, sejak semalam dan hari ni saya telah pun menghadiri 3 temu duga untuk latihan industri. kisah nya bermula apabila sebulan yang lalu, saya telah pun menggunakan laman sesawang 'jobstreet' untuk mencari syarikat yang menerima pelajar ijazah sarjana muda (pemasaran) seperti saya ini. jadi saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman saya bermula perjalanan dari rumah hingga lah tiba di syarikat2 itu.

malam sebelum hari kejadian, saya berbincang dahulu dengan keluarga mengenai bagaimana saya mahu ke syarikat pertama. memandangkan syarikat tersebut terletaknya di tengah2 bandar, maka saya telah mengambil keputusan menggunakan kemudahan awam sedia ada iaitu LRT Putra. saya juga turut melakar dahulu laluan keretapi tersebut yang akan saya lalui. setelah lebih kurang 1 jam perbincangan, akhirnya keputusan diperoleh yang mana saya terlebih dahulu akan mengikut ibu saya ke tempat kerja nya kemudian barulah dia menghantar saya ke stesen keretapi yang berhampiran.



(rekaan peta laluan lrt dan monorel)

perjalanan saya bermula dari pukul 6.30 pagi. ini kerana untuk mengelak kesesakan laluan lintas dan memandangkan pejabat ibu terletak di Wangsa Maju. sedangkan pula rumah saya di Sri Kembangan.

setibanya di pejabat, saya terlebih dahulu mengambil sarapan yang telah dibekalkan oleh pembantu rumah saya, kuetiaw ladna. benarlah kata orang kasih ibu itu tiada tandingannya. dia telah melayani saya, membuatkan saya terharu. tambahan pula, sedikit sebanyak layanannya membuat saya semakin bersemangat untuk menghadiri temuduga pagi itu. dia turut memberikan nasihat serta petua yang boleh saya turuti. katanya, sekiranya gemuruh, bacalah ayat2 dan doa yang pendek. semoga perasaan gemuruh itu dapat dikawal.

tepat jam 8.30 pagi, saya memulakan perjalanan dari Wangsa Maju ke titik penukaran pertama iaitu Dang Wangi. di sana saya kemudiannya harus berjalan selama lebih kurang 10 minit melalui laluan pejalan kaki berbumbung. sejurus kemudian saya tiba di tempat persinggahan ketiga iaitu monorel Bukit Nanas kemudian dari situ saya akan ke tempat persinggahan terakhir iaitu Raja Chulan. ketika di situ apa yang dapat saya lihat ialah lautan manusia yang sedang menunggu ketibaan monorel tersebut. sudah dapat saya jangka, kehidupan dan gaya hidup masyarakat di Kuala Lumpur amat berbeza dengan kehidupan di Melaka. rata2 tidak mengambil tahu hal orang dan sibuk meneliti jam serta gadget popular masa kini. kos sepanjang perjalanan pergi dapat diatasi kerana saya meminjam kad prabayar touch n go ibu saya. ia amat mudah malah saya tidak perlu beratur dan memikirkan sama ada wang kecil mencukupi atau tidak.



(agak curam menuruni lif bergerak ini)






 (sebuah kedai 'Wariseni' di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung)



tepat jam 8.45 pagi saya tiba di stesen monorel Raja Chulan. waktu temu duga saya bermula jam 10 pagi. dan memandangkan saya telah pun berjanji dengan aunty saya, jadi saya tunggu dia di stesen itu. lebih kurang 35 minit kemudian saya berjumpa dengan dia. dia membawa saya ke bangunan syarikat yang mahu menemuduga saya. kami perlu berjalan sejauh 500 meter namun bukanlah menjadi halangan buat diri saya kerana saya sudah biasa berjalan kaki sejauh itu. cuma yang menjadi halangan ialah lalu lintas yang sibuk maka membuatkan saya perlu berhati2 ketika melintas jalan utama. setelah itu, aunty meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan saya pula memasuki bangunan itu.




(bangunan syarikat Wisma Goldhill)

nasihat pensyarah, supaya datang awal terlebih dahulu saya lakukan. saya tiba di pejabat tersebut tepat pukul 9.30 pagi. persekitaran pejabat begitu korporat, membuatkan saya teruja untuk memasukinya. pintu di buka dan penyambut saya ialah seorang wanita berbangsa Cina. tepat tekaan saya, dia ialah pengurus bahagian sumber manusia yang sebelum ini sering berhubung dengan saya mengenai temu duga ini. oleh kerana saya datang awal, maka dia meminta saya menunggu sebentar di dalam bilik mesyuarat untuk mengisi borang butiran diri. dia turut meminta saya memberi segala dokumen mengenai diri saya termasuklah salinan2 sijil saya. 

temu duga itu berakhir dalam masa 30 minit sahaja. kata pengurus itu, saya telah pun lulus ujian temuduga dan dia akan menelefon saya dalam tempoh 3 hari kemudian. setelah itu saya terus pulang semula ke pejabat ibu saya dan tunggu di sana sementara menghadiri temuduga kedua pada sebelah petang di Wangsa Maju. 

pada sebelah petang, saya ditemani ibu untuk menghantar saya ke pejabat kedua, sekitar berhampiran juga namun sekiranya berjalan kaki dari pejabat ibu saya mengambil masa 30 minit. syarikat kedua juga bersetuju untuk menghubungi saya dalam tempoh minggu yang sama. namun tugasan yang perlu saya lakukan ialah memasarkan produk2 dan menemubual pelanggan. temuduga mengambil masa selama 15 minit itu akhirnya berakhir. kemudian saya berjalan kaki semula ke pejabat ibu saya. cuaca ketika itu begitu panas, namun mujurlah saya membawa kipas tangan. sebelum tiba di pejabat ibu, saya berhenti sebentar di stesen minyak yang bersebelahan untuk membeli minuman 100 plus dan ais krim. hehe setelah penat berjalan, dahaga dan kepanasan dapat disejukkan. sementara menunggu ibu tamat waktu bekerja, saya berehat di dalam bilik pejabat ibu saya dan akhirnya saya tertidur kepenatan.



(masjid tersegam indah yang berdekatan)




(terpaksa berjalan kaki melintas jalan utama kenderaan)

kemudian, ibu menurunkan saya ke stesen Jelatek dan saya meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk bertemu dengan kakak saya. saya tidur di rumah nya selama dua malam bagi memudahkan saya pergi ke tempat temuduga terakhir, juga di Jalan Raja Chulan. Keesokan harinya saya bersiap2 untuk ke temuduga terakhir. oleh itu saya bergerak dari jam 7.30 pagi bersama kakak, dia menghantar saya di stesen LRT Pandan Jaya. dari situ saya menaiki keretapi menuju ke Hang Tuah dan mengambil penukaran monorel ke Raja Chulan. ia amat mudah malah menjimatkan masa kerana saya tiba di syarikat tersebut jam 8.30 pagi.



benar tekaan saya, tiada kedai minum kecil mahupun penjaja yang menjual sarapan pagi. malah kedai yang dibuka ialah Starbucks dan Dunkin Donuts. mujurlah ada kedai roti di bahagian dalam. jadi saya membeli roti sandwich bersama nescafe ais.  kos sarapan pagi yang pada saya begitu tinggi membuatkan saya mula berfikir dahulu jalan penyelesaian sekiranya saya bekerja di situ sama ada membawa bekal ataupun membeli terlebih dahulu di kawasan persekitaran rumah.



(sarapan pagi kos rm6)

saya memasuki bangunan itu dan menuju ke lif menekan butang 9. sama seperti keadaan syarikat pertama, korporat dan juga selesa. seorang lelaki berbangsa Cina membukakan pintu untuk saya, sambil bertanya tujuan saya datang ke sana. dia membawa saya berjumpa dengan pengurus bahagian sumber manusia juga wanita berbangsa Cina. sesi temuduga itu hanya selama 6 minit. ini kerana saya sudah diberitahu tugasan yang bakal dilakukan, maka pengurus itu hanya menerangkan soal gaji dan juga kemudahan yang diberikan.

selesai temuduga, saya pulang semula ke rumah kakak. perasaan bercampur baur, antara suka, gembira dan juga ragu2. semoga saya diterima menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang telah menemuduga saya.


"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku, semoga segala usaha ku mendapat keberkatanMu, aamiin.."




Sunday, June 24, 2012

Favorite Song~ Permata Yang Dicari

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

hai semua, buat apa tu? sempena hari ahad yang mulia ini, saya nak berkongsi lagu kegemaran saya. haa. lagu apa? hehe lagu ini bertajuk 'Permata Yang Dicari'.

sejak bila saya minat lagu unsur kerohanian ini? jujur, terus terang saya lebih kepada genre kpop yang sedang hangat dibual bicara oleh masyarakat kita. malah ada yang mencuba menjadikan lagu kpop sebagai teman muzik harian mereka. begitu juga dengan saya, apabila mengulangkaji pelajaran saya pasti akan memutar lagu2 kpop di komputer peribadi saya.

namun, suatu hari ketika saya sedang duduk termenung dalam kelas *waktu tu di awal semester 5, pensyarah belum masuk kelas* saya terdengar seorang sahabat saya sedang rancak menyanyikan lagu ini. saya tertanya2. eh lagu apa ni? tambahan pula, suara sahabat saya itu sangat lunak, merdu bak buluh perindu. jadi saya segera bertanya pada dia.

(gambaran asal perbualan antara saya dengan dia)


saya: boleh aku tahu, kau sedang nyanyi lagu apa?
dia:   eh maaf lah kalau suara aku x sedap. hehe. oh ini lagu kumpulan DeHearty. kenapa tanya?
saya: DeHearty? siapa tu? x pernah dengar pun..
dia:   *dengan berani menegur diriku* itulah, kau asyik dengar lagu kpop saja. sampaikan lagu genre nasyid pun kau x tahu..
saya: *hanya mampu terdiam sambil menerima teguran dari dia*
dia:    kau nak dengar x? kejap aku pasang kan.


sejurus itu, sahabat saya pun memutarkan lagu itu di telefon bimbitnya. bagai pertama kali mendengar alunan irama nasyid Raihan ketika saya kecil dahulu, saya terus jatuh hati. bukan kerana suara penyanyi yang lunak tetapi lirik yang dibacakan oleh penyanyi itu membuatkan saya terus membuka jaringan bluetooth telefon bimbit saya dan meminta sahabat saya hantar lagu itu.

hati saya tersentuh mendengar satu per satu ayat yang dinyanyikan oleh kumpulan itu. begini lah liriknya:




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)



apa yang menjadikan saya begitu teruja dan tersentuh mendengar lagu ini? kerana, terdapat serangkap baris yang mana saya menggunakannya ketika saya berdoa. adakah ini suatu kebetulan? ketika saya sedang memohon petunjuk dari Nya, saya sering menggunakan ayat tersebut. tidak perlulah saya nyatakan baris ayat yang mana. cukuplah sekadar ia menjadi panduan. lagu ini seolah2 menjadi intisari buat diri saya, yang mana pada ketika itu masih dalam dilemma kehidupan dan perhubungan. maka, kerana itulah saya sangat tersentuh hati apabila mendengar lirik lagu ini.

sehingga kini, saya juga turut mendengar lagu2 Dehearty seperti wanita, pengantin baru dan lain2. selain itu, saya juga suka mendengar lagu penyanyi Raihan, Nowseeheart, Sami Yusof, Maher Zain, Hijjaz, Rabbani, Debu, Zain Bikha, Yusuf Islam, Saujana dan juga UNIC. anda juga boleh cuba mendengar lagu kumpulan DeHearty ini. manalah tahu anda akan jatuh hati seperti saya. Allah amat menyukai hambaNya yang tidak jemu2 memuji Allah dan menggemari lagu2 irama nasyid, kerana irama ini adalah seperti panduan buat diri kita untuk semakin mendekati Nya :)

"semoga ada hikmah disebalik yang terjadi"

ikhlas menulis,
Safiah Rahim

Wednesday, June 20, 2012

hectic hectic. minggu yang busy~

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

Hectic? apa itu? oh maksud dia 'sibuk'- erti kata lain, sibuk dengan pelbagai tugasan. contoh nya bagi pelajar2 IPTA, mereka akan berhadapan dengan peperiksaan akhir :)



okay, saya kini semakin 'hectic'. ini kerana minggu ini merupakan minggu terakhir bagi semester tahun ini. pasti anda sudah tahu, saya kini di tahun akhir pembelajaran saya, yang mana bermula Ogos depan saya akan menjalani latihan industri di sebuah syarikat yang telah pun saya ketahui. syhhh. rahsia. nanti2 saya bagi tahu anda okay? hehe

sejurus itu, di minggu akhir ini pelbagai tugasan harus segera disiapkan bagi memudahkan pensyarah memberi markah bagi penilaian kerja khusus kepada para pelajar. oleh itu setiap pelajar, saya percaya sedang bertungkus lumus menyiapkan saki baki kerja khusus yang tinggal dan sudah pun mula menelaah untuk peperiksaan akhir yang bakal tiba dua minggu lagi. macam tak percaya kan? lagi dua minggu saja!



saya juga kini sudah berminggu2 tidak tidur secara teratur (tidur lambat, kadang itu tidur selepas Subuh, kadang itu tidak tidur langsung) kerana masa yang ada saya guna kan dengan menyelesaikan segala kerja2 yang telah diberi. bukan itu sahaja, malah saya turut menelaah untuk menjawab ujian kedua bagi subjek2 pelajaran saya semester ini *esok ada test SMM tapi x study lagi hehe*


justeru itu, saya mengucapkan semoga berjaya, selamat menyiapkan segala tugasan, selamat menjawab segala ujian, selamat membentangkan pembentangan individu atau kumpulan, kuiz2 dan juga projek2 yang perlu dihantar (huhu masih ada 3 subjek dalam usaha menyiapkan segala tugasan. gambateh!)


oh! sebelum saya terlupa. jaga makan minum anda, jaga kesihatan anda, jaga peribadi anda, jaga diri anda, jaga tingkah laku anda, jaga percakapan anda, jaga perhubungan anda, jaga perbuatan anda, jaga pemikiran anda, jaga zahir dan batin anda dengan baik2! hehe 


"Allah itu sentiasa ada. Maka perlu lah hamba Nya meminta dan memohon pertolongan dari Nya"

Ikhlas dari,
Safiah Rahim

Wednesday, June 13, 2012

dengan takdir Nya

Bismillahirahmannirahim..


akhirnya
terbuka jua pintu hati
untuk bersemuka dan bertegur sapa
mengapa tidak dari dulu lagi
kerana egois dan rasa marah di hati


syukur alhamdulillah
mungkin kerana doa yang dipohon
mungkin kerana perasaan yang tersimpan
mungkin kerana keikhlasan yang luhur
jiwa kini tidak sengsara lagi


di saat akhir ini
moga segalanya berjalan lancar
apa yang penting keberkatan
untuk menuju puncak kejayaan
rezeki diberi tidak mampu untuk menolak lagi


sehingga akan tiba
suatu hari nanti
jikalau ditakdirkan
maka kun fayakun lah janji Nya
jikalau tidak ditakdirkan
hanya mampu berserah pada Nya


Ikhlas dari,
Safiah Rahim

Monday, June 4, 2012

Allah selamatkan aku..

Bismillahirahmannirahim,Assalamualaikum,annyeonghaseyo, hello~ ^^

Alhamdulillah, hari ni genap 23 tahun saya hidup di dunia ini.. Selamat Hari Jadi Safiah! hihi da besar2 ni, tak perlu  lah kek bday kan? itu bagi budak2 kecik jela.. cukup sekadar ucapan dan doakan saya sihat2 selalu, tabah dan sabar banyak2. kenapa tabah? 

sebenarnya, dua menjak ni saya agak putus asa.. bukan dengan hidup, tapi dengan tanggungjawab dan kepimpinan.. terus terang, saya gagal menjadi ketua yang bagus.. saya gagal memimpin anak2 buah saya dengan baik.. saya gagal memastikan segala kerja berjalan lancar.. memang, bukan senang nak memuaskan hati ramai pihak tambahan apabila kita kena berhubung dengan pihak atasan.. ya, terus terang, saya cukup tak puas hati dengan servis pihak atasan.. atas sebab itu segala kerja kami terpaksa ditunda beberapa kali.. dan juga, mungkin kerana saya tidak cukup tegas dengan anak2 buah saya, maka saya gagal mengarahkan mereka membuat kerja mengikut bahagian masing2.. ya itu saya mengaku, saya tak tegas malah saya tidak bertindak seperti ketua. bukan saya tidak mahu, tetapi hendak dipendek kan cerita, anak2 buah, kawan saya. kalau saya tegas, ada pula nanti yang tersinggung. tetapi kalau saya tidak tegas, maka ada pula yang bertindak seolah2 dialah ketua. saya berbelah bagi. walaupun sifat itu tidak harus ada pada seorang ketua, tetapi saya cuba juga hingga akhirnya ada beberapa anak buah yang mendengar arahan saya. saya tidak hanya tahu mengarah mereka, sebaliknya saya juga membuat kerja. namun ada segelintir pihak yang tidak mahu memberi kerjasama, oleh itu kerja kami tergendala. saya tidak mahu mengulas lebih mendalam dan menyebut nama mana2 pihak, itu biarlah rahsia antara saya dan tuhan. bagi mereka yang nampak, mereka tahu siapa buat kerja, siapa tak buat kerja. melihat pada hasil pun kita sendiri boleh menilai kan? jadi apa yang boleh saya cakap, saya amat tidak berpuas hati dengan hasilan kerja itu. namun bila fikir 'dah last minute' apa boleh saya buat, melainkan setuju sahaja dan teruskan dengan pelan mereka. jadi itulah sebab kenapa saya berputus asa.. selama saya pernah menjadi ketua, tidak pernah sekalipun saya berputus asa. malah, saya selalu menggunakan motto hidup saya, "there is no give up word in my dictionary". kali ni, mungkin Allah mahu menguji saya, dan nah, Dia Maha Mengetahui..

Namun, hari ni sempena genap umur saya 23 tahun (walaupun tak sampai lagi sebab lahir pukul 4.05 pagi) saya bersyukur masih dipanjangkan usia hidup dan menjadi hambaNya.. terima kasih Allah.. terima kasih abah, mama, umi, adik beradik semua kerana menjaga dan mendidik saya hingga ke hari ini.. terima kasih kawan2 yang selalu bersama diwaktu susah dan senang terutama wani, rasnah, anna, azrin.. mereka sering membantu saya.. terima kasih sepupu yang paling rapat dengan saya syafiqah sophia, kerana sudi menjadi tempat meluahkan rasa sedih, suka dan duka.. terima kasih pensyarah2 yang rapat dengan saya.. terima kasih pada yang pernah menjadi kawan saya, mohon maaf sekiranya saya pernah menyinggung perasaan awak2.. kalau boleh, saya harap saya boleh berkawan semula dengan awak2.. mungkin insyaAllah, suatu hari nanti..

"kadang2 sukar mahu melupakan, tetapi senang menyebut kemaafan. namun cubalah buka hati dengan ikhlas memaafkan insan2 disekeliling anda jika mereka menyakiti anda.. hidup ini umpama roda, sebentar kita di atas, sebentar lagi kita di bawah. walau apa pun situasi anda, percaya dan yakin lah bahawa Allah itu sentiasa ada disisi anda, maka mohon lah petunjuk dan doa dari dia, nescaya dia akan membantu anda apabila didalam kesusahan"

Ikhlas menulis,
Safiah Rahim