Sunday, February 24, 2013

Ikhtilat

Assalamualaikum,

Ikhtilat atau pergaulan antara lelaki dan wanita. semua sudah tahu, namun ingin saya tekankan lagi mengenai perkara ini. justeru itu, saya gambarkan kisah melalui perbualan dialog antara ayah dan anak perempuannya. kisah ini tiada kaitan dengan mana2 sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal, ini sekadar gambaran supaya pembaca lebih jelas mengenai tajuk kali ini.


Anak perempuan : Ayah, adik nak keluar dengan kawan adik boleh?

Ayah                   : Siapa kawan adik tu? lelaki ke perempuan? mana adik kenal?

Anak perempuan : Nama dia, Jauhari. ala kawan tempat adik belajar jugak. dia ajak jumpa. lagipun lama dah kami x jumpa.

Ayah                   : Jauhari tu lelaki ke perempuan?

Anak perempuan : Laa ayah ni. nama pun Jauhari, dah tentu lah lelaki. ada ke perempuan nama Jauhari..

Ayah                   : Kalau lelaki ayah x benarkan.

Anak perempuan : Laa. kenapa pulak ayah? xdela, kami bukan couple pun. kami kawan je. lagipun bukan keluar berdua, keluar beramai2. ade lagi kawan lain ikut sekali..

Ayah                  : Ayah x mahu orang tengok anak perempuan ayah keluar dengan lelaki walaupun hanya kawan. ayah x mahu orang luar memfitnah anak perempuan ayah, walaupun kamu keluar beramai2. yang ramai tu lelaki kan? tapi kamu seorang perempuan kan?

Anak perempuan : Tapi ayah, adik dah janji. kan x elok dah janji pastu mungkiri? adik dah cakap kat dia yang adik setuju ikut dia keluar.

Ayah                  : Adik kena ingat ni. adik tu wanita. seorang wanita akan menjaga ikhtilat dia dengan baik. dan adik kena ingat, jangan mudah percaya pada lelaki walaupun adik dah kenal lama dengan dia. walaupun keluar beramai2, tapi adik seorang je wanita. adik takde teman, malah keselamatan adik pun belum tentu terjamin. fikir lah, ayah larang sebab ayah sayang adik. ayah x mahu adik mudah dan murah. di mata umum orang akan melihat adik sebegitu, malah kawan lelaki adik tu juga akan fikir bahawa adik ni senang sangat diajak ke mana2. kalau betul kawan lelaki adik tu berniat baik pada adik, mahu adik, dia akan datang rumah kita, jumpa ayah. bukan dengan cara nak keluar dengan adik semata2 alasan nak berkenalan sebelum berumahtangga.

Anak perempuan : Laa ayah ni. kami kawan jela. xde pun sampai ke arah nikah semua tu. sebab tu adik minta izin dengan ayah..

Ayah                   : Benar adik hanya kawan. tapi kalau kawan, perlu ke adik sampai nak keluar dengan dia? ayah lebih makan garam dulu dari adik, ayah pun seorang lelaki. ayah tahu perangai budak lelaki lebih2 lagi sebaya adik ni. pada saat ini, lelaki akan mula mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidup dia. dengan beralasan mahu kenal dulu, lelaki ajak wanita keluar berjumpa. konon ada kawan temankan, konon jaga ikhtilat. konon bukan berjumpa berdua. tapi waktu jumpa, mata x henti memandang wanita, mulut x henti bercakap manis, hati berdebar melihat wanita. kalau dah sampai tahap tu, nafsu akan mudah bergelora. fikiran mula jauh dari Allah, entah solat lima waktu yang wajib pun dilengahkan. kalau adik nak keluar juga, boleh. dengan syarat adik hanya boleh keluar dengan kawan perempuan adik je.

Anak perempuan : Baiklah ayah. kalau begitu, adik akan beritahu Jauhari, adik xjadi jumpa dia.

Ayah                   : Adik, kalau Jauhari benar2 ikhlas terhadap adik, dia akan datang jumpa ayah, minta izin dengan ayah, nak merisik adik. selepas kamu berdua dah halal, nak keluar pergi mana2 pun, xde siapa akan mempersoalkan. buat masa ni, jagalah ikhtilat kamu berdua, walau di mana2. ayah tahu zaman sekarang teknologi dah maju. facebook, twitter, whatsapp. mesej pun sama. kalau benar adik sayangkan Jauhari, adik solat lah istikharah. mintak petunjuk pada Allah. jangan jadikan alasan perlu jumpa, perlu mesej untuk eratkan hubungan. Rasulullah SAW dulu, xpernah pun jumpa isteri2 Baginda sebelum kahwin. lagi lah zaman Baginda mana ada whatsapp, twitter semua. tapi kenapa Baginda boleh kahwin isteri2nya? kerana Allah dah tetapkan jodoh Baginda. jodoh adik pun ada, jangan lah risau. kalau Allah dah tetapkan jodoh adik dengan Jauhari, in shaa Allah x ke mana. cuma perancangan Allah itu masih rahsia, Allah belum bagi petunjuk pada adik mungkin sebab belum masanya lagi. tapi percayalah pada janji Allah. yakinlah dengan ketentuannya.

Anak perempuan : Terima kasih ayah.. benar, adik hanya anggap Jauhari sebagai kawan. tapi x dinafikan, sedikit sebanyak adik mula ada rasa pada dia..

Ayah                  : Kalau begitu, istikharah lah. mohon doa pada Allah. kalau rindu doalah moga Allah sampaikan rasa rindu tu pada dia. tapi dahulukan Allah dalam hatimu, setelah itu redha jika dia bukan jodohmu. tanamkan rasa cinta pada Allah dulu, Dia akan menghantar seseorang buatmu. Kalau benar cinta, pasti akan membawa dia ke syurga, yang mana membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Anak perempuan : Baiklah ayah :)

*renungan buat diri penulis*


Monday, January 21, 2013

Permasalahan Hati

Assalamualaikum semua,

"Belajar dari kesilapan". Ya, kita selalu dengar ayat itu bahkan sering kali dikaitkan dengan perselisihan faham antara satu sama lain. Namun kita berterusan lakukan perkara yang sama, contoh kita kata mahu berubah; berhenti mengumpat. tetapi pada masa yang sama kita masih mengumpat atau jaga tepi kain orang secara tidak langsung. Mengapa?




Persoalan yang mahu dirungkaikan, mengapa kita masih melakukan perkara yang sama berulang kali? Sungguh, sudah nekad tidak mahu mengulangi. Tetapi tetap jua diulangi. Kesannya, ada manusia terluka, pergaduhan semakin panjang dan hubungan menjadi renggang.



Ini semua berkait rapat dengan permasalan hati. Jika bersih hati kita, maka kita tidak akan mengumpat, marah, fitnah, benci, sakit hati, cemburu, buruk sangka dan sebagainya. Jika kotor hati kita maka semua sifat mazmumah mudah masuk ke dalam hati. Hati yang kotor tidak dibaja dengan baik; mungkin solat yang wajib ada rongaknya atau tidak sempurna, akidah yang tidak baik, permasalahan dengan hablum minannas (hubungan sesama manusia) dan juga hablum minallah (hubungan dengan Allah)




Bagaimana mahu mengatasi?


Ini semua terletak pada diri kita. Nawaitu dan juga kesungguhan kita dalam menjernihkan permasalahan dan perselisihan faham dengan manusia yang lain. Benar, manusia tiada yang sempurna. Tetapi adakala manusia hilang kawalan dan mudah dipelopori oleh anasir luar seperti persekitaran, gangguan permasalahan hati yang dikawal oleh nafsu amarah yakni musuh umat Islam yang utama, syaitan.



Ego juga salah satu permasalahan hati yakni tidak mahu mengalah yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri. Manusia ego kerana diganggu oleh syaitan yang mana mengusik masuk ke dalam hati dan fikiran, lalu menyebabkan pergaduhan itu semakin rumit dan akhirnya berlakulah perpisahan atau contoh yang lebih mudah difahami; penceraian.



Pengurusan fitrah manusia, yakni kesukaan terhadap insan lain harus diuruskan dengan cara yang betul. Salah cara, hati mudah rosak dan sukar untuk membersihkan hati semula. Fitrah manusia tidak salah, tetapi adalah lebih baik percaya dengan pilihan Allah.





Justeri itu, hati haruslah ditanamkan rasa kecintaan terhadap pencipta manusia sekalian alam, Allah. Berzikir kepadaNya adalah salah satu cara untuk menambahkan rasa cinta pada Allah. Seterusnya tanamkan kecintaan terhadap pemimpin Islam dikagumi, Rasulullah saw. Membaca kisah kisah Baginda dengan Sahabat dan banyakkan selawat ke atas Baginda. Rasulullah s.aw telah bersabda yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok, nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah, itulah hati.”


Dan akhirnya tanamlah kecintaan terhadap kitab utama dan utusan dari Nya, al-Quran serta as-sunnah. Satu hari satu muka surat, jika diamalkan hari hari maka boleh jadi kita mampu menghafal dan memahami setiap barisan ayatNya.


Jika ia dimakmurkan dengan yakin dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah swt menjelaskan makna ini dalam surah al-Zumar, ayat 23 yang bermaksud:


“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang serupa (nilai ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.”


Dengan adanya ini maka hati tidak mudah dikuasai oleh syaitan, malah kita lebih rasa tenang setiap kali berlakunya musibah yang tidak diduga.



Perkara paling penting, kewajipan kita sebagai hamba Nya harus dilaksanakan. Ambil peluang tambahkan amalan sunat seperti bangun di pertengahan malam untuk memohon keampunan dari Nya dan meminta serta mengadu kepada Nya. Tidak sia sia kita melakukan ibadah sunat ini bahkan ia adalah sebagai jaminan, yang mana kita belum tentu peroleh pahala dari ibadah wajib kita.


Setiap kejadian ada hikmahNya. Yakinlah bahawa Allah sudah menetapkan kehidupan yang terbaik buat diri kita. in shaa Allah.


*peringatan buat diri penulis*

-gambar sekadar perhiasan-