Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, saya sudah boleh menarik nafas lega kerana semalam keputusan peperiksaan akhir semester saya telah pun diketahui. cukup dapat saya kongsikan, saya benar2 bersyukur dengan hasilnya. berbaloi kata orang dengan usaha saya selama satu semester. jadi kini boleh lah saya meneruskan perjalanan hidup saya ke alam praktikal, yang bakal bermula minggu hadapan. perasaan takut itu masih ada, tambahan untuk bekerjasama dalam sebuah organisasi bercampur kaum selain Melayu itu adalah dugaan nya. dan ya, sudah pasti bahasa utama saya kelak di organisasi tersebut ialah Bahasa Inggeris. akan saya cuba melalui nya dengan tabah.
berbalik kepada topik asal, 'hakikat untuk diterima', saya kini sedar cabaran untuk dilalui bukan lah mudah. tambahan pula seiring dengan usaha, doa dan bertawakal serta keberkatan hidup maka ia mampu diatasi dengan senang. untuk menjadi senang, memang susah. untuk menjadi susah, memang senang. begitu lah roda kehidupan manusia untuk direntasi dengan pelbagai pergolakan atau kisah tersendiri. namun, apa lah ertinya sekiranya usaha yang dilakukan tidak berbaloi yakni tidak berjaya?
hakikat itu sering dikaitkan dengan takdir penentuan Nya. sama ada benar atau pun tidak, hanya Dia yang Mengetahui. Dia yang Merancang segalanya dan Dia juga yang Mentakdirkan hidup manusia. biarpun dalam soal pencarian rezeki, jodoh, keluarga dan kehidupan. adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk mencari serta melalui perjalanan yang masih belum dikenal pasti penghujungnya. kejayaan itu tidak datang bergolek, ia haruslah dicari dan dilalui pahit getir kehidupan maka barulah kemanisan kejayaan itu dapat dirasa. namun apa yang penting walaupun kejayaan itu sudah dimiliki, asal usul diri janganlah dilupai. hakikat kita hidup dibawah yang satu itu adalah benar. janganlah menjadi seperti Firaun yang alpa dan mengkagumi serta merasakan dirinya terhebat di dunia, walhal sehebat mana pun kita pasti ada lagi yang Maha Kuasa yakni Pencipta alam semesta.
"Ya Allah, semoga Kau sentiasa bersamaku ketika dalam keadaan susah mahupun senang, agar diriku tidak tersasar dari jalan Mu"
No comments:
Post a Comment