Assalamualaikum,
Mahu Vs Perlu. Apa kaitan dengan saya?
Kalau hendak dinyatakan 'mahu', ada banyak perkara yang saya inginkan. Kalau hendak dinyatakan 'perlu', juga ada banyak yang saya perlukan.
Persoalannya, yang manakah lebih penting?
'Saya mahu kahwin' dengan 'saya perlu kahwin' ialah dua ayat yang mempunyai maksud berbeza.
'Mahu' bermaksud, sesuatu yang kita inginkan namun jika ditangguh tidak akan memberi kemudaratan. Tetapi 'perlu' bermaksud sesuatu yang wajib kita lakukan agar tidak membawa diri ke arah kemudaratan. Dalam erti kata yang lain, jika tidak laksanakan akan membawa padah pada diri sendiri.
Pada ketika ini, keinginan saya mahu berkahwin semakin hampir. Ya, tidak saya nafikan setiap kali hati terdetik mahu juga kahwin pabila melihat gambar rakan yang sudah selamat diijab kabulkan. Namun adakah perlu bagi diri saya untuk berkahwin buat masa ini?
Hanya Allah Maha Mengetahui. Jodoh saya juga telah ditetapkan sejak di luh mahfuz lagi.
Namun adakala hati saya diuji. Saya terima ujian itu. Ya, saya sudah jatuh hati pada seseorang insan. Perlukah saya menyatakan pada dia atau mahukah saya hanya sekadar mendiamkan diri?
Saya kira, pengalaman mengajar seribu pengajaran. Saya ada terfikir jika saya memberitahu insan tersebut jika ditolak, maka hati saya yang bakal cedera. Namun jika saya mendiamkan diri dan memberitahu pada 'pemilik' insan tersebut maka segala ketentuan takdir di tangan 'pemilik' tersebut.
Ada yang mencadangkan supaya saya memberitahu pada insan tersebut agar saya tidak menanggung persoalan. Tapi saya juga sudah bersedia, akibat yang bakal diterima sekiranya saya berterus terang..
Maka, adakah kerana saya mahu atau adakah saya perlu?
Saturday, February 15, 2014
Wednesday, February 12, 2014
2014.. cabaran baru.. penghijrahan sepenuhnya.. InshaAllah
Assalamualaikum,
Boleh kira cukup lama sekali saya tidak menulis di ruang blog ini. Pada asalnya, niat sekadar mahu berkongsi pandangan pelbagai bidang akhirnya bertukar menjadi ruang ekspresi diri atau meluahkan perasaan. Ya. Oleh kerana itu saya mengambil keputusan untuk berhenti sementara menulis disini kerana bimbang jika peranan jari meluahkan perasaan semakin berlarutan dan mengundang padah.
Sekelip mata sahaja, tahun 2014 kian menyapa. Sukar dipercayai, namun syukur alhamdulillah kerana saya masih hidup bernyawa di atas bumi Allah yang sementara ini. Alhamdulillah jua kerana sihat walafiat dan kini sudah bergelar pekerja tetap. Rezeki diberi dan diterima serta berkesempatan dengan itu mampu memberi sedikit sumbangan pada keluarga.
Baiklah, kembali pada tujuan asal menulis. Sepanjang penglibatan diri dari tahun 2013 hingga kini, boleh saya simpulkan pelbagai peristiwa telah berlaku. Namun tidak perlulah saya nyatakan satu per satu. Cukuplah hanya pihak tertentu dan pastinya Allah Maha Mengetahui.
Setiap hari, kita berdoa semoga diberi peluang untuk bertaubat mahupun membersihkan dosa. Namun tatkala hati terdetik mahu berubah, berubah yang boleh dikatakan sepenuhnya, akhirnya disapa bisikan godaan syaitanirojim. Ada sahaja halangan dan dugaan yang diterima. Elok periksa tahap kesuburan iman dalam diri kita. Bukanlah bermaksud, saya tidak pernah melakukan dosa, tidak. Tapi merupakan salah satu usaha untuk menjadi insan yang diterima amal ibadatnya, akhlaknya, sedekah jariahnya dan keberkatan hidup di dunianya. Ya, itulah yang berkekalan dan boleh dibawa tumpang ketika menuju ke alam barzakh nanti.
Perubahan diri semakin diuji, dari segi pelbagai aspek. Contoh paling mudah, pergaulan campur di tempat kerja, melambat2kan solat disebabkan kesibukan bekerja, permasalahan hati akibat tidak terjaga ikhtilat sesama muslim, perbezaan pandangan di kalangan pelbagai kaum di tempat kerja dan keberkatan bekerja di sebuah institusi kewangan bersifat Antarabangsa.
Tapi, siapakah kita disisi Allah jika kita melebihkan aspek duniawi dari akhirat? Apabila dalam kubur kelak, apa yang mampu kita jawab bila ditanyakan "Apakah amalan yang telah kau lakukan sepanjang hidup di bumi?" Semoga kita mampu menjawab segala pertanyaan tersebut kelak kerana yang pastinya, 'mati tidak pernah diketahui bilakah tarikhnya'
Namun tiada alasan bagi kita untuk tidak mencuba berubah dan kembali ke pangkal jalan kerana Allah sentiasa menerima mereka yang mahu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Sejauh manakah kesungguhan kita untuk melaksanakannya?
Ia bergantung pada keimanan dalam hati kita. Raja di dalam diri ialah hati, maka segala tindakan dan perubahan pasti melalui hati.
InshaAllah, semoga dipermudahkan segala bentuk perancangan samada penambahan amalan mahupun rencana kehidupan. Yang pastinya, biarlah Allah yang menetapkan segalanya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah akan menentukan kerana pada pengakhiran kelak, membawa kebaikan pada diri sendiri juga.
Wallahualam, inshaAllah..

Sunday, February 24, 2013
Ikhtilat
Assalamualaikum,
Ikhtilat atau pergaulan antara lelaki dan wanita. semua sudah tahu, namun ingin saya tekankan lagi mengenai perkara ini. justeru itu, saya gambarkan kisah melalui perbualan dialog antara ayah dan anak perempuannya. kisah ini tiada kaitan dengan mana2 sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal, ini sekadar gambaran supaya pembaca lebih jelas mengenai tajuk kali ini.
Anak perempuan : Ayah, adik nak keluar dengan kawan adik boleh?
Ayah : Siapa kawan adik tu? lelaki ke perempuan? mana adik kenal?
Anak perempuan : Nama dia, Jauhari. ala kawan tempat adik belajar jugak. dia ajak jumpa. lagipun lama dah kami x jumpa.
Ayah : Jauhari tu lelaki ke perempuan?
Anak perempuan : Laa ayah ni. nama pun Jauhari, dah tentu lah lelaki. ada ke perempuan nama Jauhari..
Ayah : Kalau lelaki ayah x benarkan.
Anak perempuan : Laa. kenapa pulak ayah? xdela, kami bukan couple pun. kami kawan je. lagipun bukan keluar berdua, keluar beramai2. ade lagi kawan lain ikut sekali..
Ayah : Ayah x mahu orang tengok anak perempuan ayah keluar dengan lelaki walaupun hanya kawan. ayah x mahu orang luar memfitnah anak perempuan ayah, walaupun kamu keluar beramai2. yang ramai tu lelaki kan? tapi kamu seorang perempuan kan?
Anak perempuan : Tapi ayah, adik dah janji. kan x elok dah janji pastu mungkiri? adik dah cakap kat dia yang adik setuju ikut dia keluar.
Ayah : Adik kena ingat ni. adik tu wanita. seorang wanita akan menjaga ikhtilat dia dengan baik. dan adik kena ingat, jangan mudah percaya pada lelaki walaupun adik dah kenal lama dengan dia. walaupun keluar beramai2, tapi adik seorang je wanita. adik takde teman, malah keselamatan adik pun belum tentu terjamin. fikir lah, ayah larang sebab ayah sayang adik. ayah x mahu adik mudah dan murah. di mata umum orang akan melihat adik sebegitu, malah kawan lelaki adik tu juga akan fikir bahawa adik ni senang sangat diajak ke mana2. kalau betul kawan lelaki adik tu berniat baik pada adik, mahu adik, dia akan datang rumah kita, jumpa ayah. bukan dengan cara nak keluar dengan adik semata2 alasan nak berkenalan sebelum berumahtangga.
Anak perempuan : Laa ayah ni. kami kawan jela. xde pun sampai ke arah nikah semua tu. sebab tu adik minta izin dengan ayah..
Ayah : Benar adik hanya kawan. tapi kalau kawan, perlu ke adik sampai nak keluar dengan dia? ayah lebih makan garam dulu dari adik, ayah pun seorang lelaki. ayah tahu perangai budak lelaki lebih2 lagi sebaya adik ni. pada saat ini, lelaki akan mula mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidup dia. dengan beralasan mahu kenal dulu, lelaki ajak wanita keluar berjumpa. konon ada kawan temankan, konon jaga ikhtilat. konon bukan berjumpa berdua. tapi waktu jumpa, mata x henti memandang wanita, mulut x henti bercakap manis, hati berdebar melihat wanita. kalau dah sampai tahap tu, nafsu akan mudah bergelora. fikiran mula jauh dari Allah, entah solat lima waktu yang wajib pun dilengahkan. kalau adik nak keluar juga, boleh. dengan syarat adik hanya boleh keluar dengan kawan perempuan adik je.
Anak perempuan : Baiklah ayah. kalau begitu, adik akan beritahu Jauhari, adik xjadi jumpa dia.
Ayah : Adik, kalau Jauhari benar2 ikhlas terhadap adik, dia akan datang jumpa ayah, minta izin dengan ayah, nak merisik adik. selepas kamu berdua dah halal, nak keluar pergi mana2 pun, xde siapa akan mempersoalkan. buat masa ni, jagalah ikhtilat kamu berdua, walau di mana2. ayah tahu zaman sekarang teknologi dah maju. facebook, twitter, whatsapp. mesej pun sama. kalau benar adik sayangkan Jauhari, adik solat lah istikharah. mintak petunjuk pada Allah. jangan jadikan alasan perlu jumpa, perlu mesej untuk eratkan hubungan. Rasulullah SAW dulu, xpernah pun jumpa isteri2 Baginda sebelum kahwin. lagi lah zaman Baginda mana ada whatsapp, twitter semua. tapi kenapa Baginda boleh kahwin isteri2nya? kerana Allah dah tetapkan jodoh Baginda. jodoh adik pun ada, jangan lah risau. kalau Allah dah tetapkan jodoh adik dengan Jauhari, in shaa Allah x ke mana. cuma perancangan Allah itu masih rahsia, Allah belum bagi petunjuk pada adik mungkin sebab belum masanya lagi. tapi percayalah pada janji Allah. yakinlah dengan ketentuannya.
Anak perempuan : Terima kasih ayah.. benar, adik hanya anggap Jauhari sebagai kawan. tapi x dinafikan, sedikit sebanyak adik mula ada rasa pada dia..
Ayah : Kalau begitu, istikharah lah. mohon doa pada Allah. kalau rindu doalah moga Allah sampaikan rasa rindu tu pada dia. tapi dahulukan Allah dalam hatimu, setelah itu redha jika dia bukan jodohmu. tanamkan rasa cinta pada Allah dulu, Dia akan menghantar seseorang buatmu. Kalau benar cinta, pasti akan membawa dia ke syurga, yang mana membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.
Anak perempuan : Baiklah ayah :)
*renungan buat diri penulis*

Monday, January 21, 2013
Permasalahan Hati
Assalamualaikum semua,
"Belajar dari kesilapan". Ya, kita selalu dengar ayat itu bahkan sering kali dikaitkan dengan perselisihan faham antara satu sama lain. Namun kita berterusan lakukan perkara yang sama, contoh kita kata mahu berubah; berhenti mengumpat. tetapi pada masa yang sama kita masih mengumpat atau jaga tepi kain orang secara tidak langsung. Mengapa?
Persoalan yang mahu dirungkaikan, mengapa kita masih melakukan perkara yang sama berulang kali? Sungguh, sudah nekad tidak mahu mengulangi. Tetapi tetap jua diulangi. Kesannya, ada manusia terluka, pergaduhan semakin panjang dan hubungan menjadi renggang.
Ini semua berkait rapat dengan permasalan hati. Jika bersih hati kita, maka kita tidak akan mengumpat, marah, fitnah, benci, sakit hati, cemburu, buruk sangka dan sebagainya. Jika kotor hati kita maka semua sifat mazmumah mudah masuk ke dalam hati. Hati yang kotor tidak dibaja dengan baik; mungkin solat yang wajib ada rongaknya atau tidak sempurna, akidah yang tidak baik, permasalahan dengan hablum minannas (hubungan sesama manusia) dan juga hablum minallah (hubungan dengan Allah)
Bagaimana mahu mengatasi?
Ini semua terletak pada diri kita. Nawaitu dan juga kesungguhan kita dalam menjernihkan permasalahan dan perselisihan faham dengan manusia yang lain. Benar, manusia tiada yang sempurna. Tetapi adakala manusia hilang kawalan dan mudah dipelopori oleh anasir luar seperti persekitaran, gangguan permasalahan hati yang dikawal oleh nafsu amarah yakni musuh umat Islam yang utama, syaitan.
Ego juga salah satu permasalahan hati yakni tidak mahu mengalah yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri. Manusia ego kerana diganggu oleh syaitan yang mana mengusik masuk ke dalam hati dan fikiran, lalu menyebabkan pergaduhan itu semakin rumit dan akhirnya berlakulah perpisahan atau contoh yang lebih mudah difahami; penceraian.
Pengurusan fitrah manusia, yakni kesukaan terhadap insan lain harus diuruskan dengan cara yang betul. Salah cara, hati mudah rosak dan sukar untuk membersihkan hati semula. Fitrah manusia tidak salah, tetapi adalah lebih baik percaya dengan pilihan Allah.
Justeri itu, hati haruslah ditanamkan rasa kecintaan terhadap pencipta manusia sekalian alam, Allah. Berzikir kepadaNya adalah salah satu cara untuk menambahkan rasa cinta pada Allah. Seterusnya tanamkan kecintaan terhadap pemimpin Islam dikagumi, Rasulullah saw. Membaca kisah kisah Baginda dengan Sahabat dan banyakkan selawat ke atas Baginda. Rasulullah s.aw telah bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok, nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah, itulah hati.”
Dan akhirnya tanamlah kecintaan terhadap kitab utama dan utusan dari Nya, al-Quran serta as-sunnah. Satu hari satu muka surat, jika diamalkan hari hari maka boleh jadi kita mampu menghafal dan memahami setiap barisan ayatNya.
Jika ia dimakmurkan dengan yakin dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah swt menjelaskan makna ini dalam surah al-Zumar, ayat 23 yang bermaksud:
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang serupa (nilai ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.”
Dengan adanya ini maka hati tidak mudah dikuasai oleh syaitan, malah kita lebih rasa tenang setiap kali berlakunya musibah yang tidak diduga.
Perkara paling penting, kewajipan kita sebagai hamba Nya harus dilaksanakan. Ambil peluang tambahkan amalan sunat seperti bangun di pertengahan malam untuk memohon keampunan dari Nya dan meminta serta mengadu kepada Nya. Tidak sia sia kita melakukan ibadah sunat ini bahkan ia adalah sebagai jaminan, yang mana kita belum tentu peroleh pahala dari ibadah wajib kita.

Setiap kejadian ada hikmahNya. Yakinlah bahawa Allah sudah menetapkan kehidupan yang terbaik buat diri kita. in shaa Allah.
*peringatan buat diri penulis*
-gambar sekadar perhiasan-
-gambar sekadar perhiasan-
Friday, December 28, 2012
Syukran~ :)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukran jazilan selesai sudah pembentangan individu saya bagi Degree kali ini.. apa yg mampu saya kongsi, pada permulaan memang perasaan takut, gemuruh, gementar itu ada. tidak dinafikan, saya turut tidak dapat tidur semalaman. ya, namun akhirnya ketika pembentangan, segalanya berjalan lancar.. saya bersyukur dengan Nya tidak terkira, walau pelbagai dugaan Dia datangkan, akhirnya dapat di atasi.. benarlah yg mana Dia tidak akan memberi sesuatu ujian jika Dia rasa kita tidak mampu menghadapinya.
Baiklah, kini saya sudah boleh digelar sebagai penganggur. ya, setelah tamat sesi pembelajaran selama ini, maka kini perlulah saya mencari kerja. ya kerja! sebut tentang kerja, saya kira sebagai kerja sementara, sebelum saya benar benar ditawarkan pekerjaan tetap. cukuplah saya mencari rezeki sementara ada waktu ni, tambahan pula saya berhajat mahu mengambil lesen memandu selepas ini. itu memerlukan kewangan, dan juga masa.
menjelang tiga hari lagi, kita bakal menjejak ke tahun baru iaitu 2013. setiap orang punya azam, itu saya kira normal dilakukan pada awal tahun. ya, saya punya beberapa azam yg saya mahu dicapai pada tahun hadapan. tidak perlu lah saya nyatakan azam azam saya itu. cukuplah sekadar berkongsi mengenai pandangan saya mengenai azam tahun baru.
walau apa pun perancangan anda, gunakanlah masa itu dengan sebaik baiknya dan semoga ianya bermanfaat. ya, ada terlintas di hati mahu mendirikan masjid, namun itu hanya lah azam pada tahun hadapan in shaa Allah.. :)

Sunday, December 16, 2012
kursus pra perkahwinan~
Assalamualaikum~~
Lama saya x post disini.. cukup tempoh sebulan.. huhu maaf ya, oleh kerana dalam proses penghabisan latihan industri, maka saya agak sibuk dengan pelbagai tugasan, misalnya tugasan di tempat latihan industri dan juga thesis saya.. oh ya, saya sudah diberitahu tarikh pembentangan individu thesis.. huhu mengira detik hari sahaja ini..
Berbalik kepada tajuk asal...
Kursus pra perkahwinan... ya.. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. saya hanya bercadang, tetapi Dia yang menentukan. maka dengan takdirnya saya telah pun selesai menjalani kursus ini.. pada awalnya, ada juga terfikir, perlukah saya mengambil kursus ini sedangkan saya belum merancang bernikah lagi? namun, akhirnya terbuka jua pintu hati ini untuk menyertainya..

Kursus pra perkahwinan yang di adakan pada 15 & 16 Disember 2012, di tempat saya belajar, akhirnya berjaya saya hadiri. kursus ini adalah dilaksanakan berpandukan JAKIM, bermaksud sijilnya tidak punya tarikh luput sehingga saya bernikah nanti. ya, dan modul2 nya juga adalah seiring modul2 kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh JAKIM.
Sepanjang dua hari kursus ini, banyak perkara yang saya seakan2 samar2 kurang faham, akhirnya menjadi faham. sepuluh modul wajib dihadiri adalah berkaitan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. ya, tidak dinafikan ada modul yang mana pembelajarannya penting, dan harus difahami. pelbagai pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah2 dapat saya garapkan dan menjadikan sebagai iktibar. yang mana yang baik, eloklah saya ambil. yang mana yang kurang baik, jadikan pengajaran.
Pun begitu, kursus ini dihadiri oleh pelajar2, pasangan pelajar dan juga pasangan bukan pelajar yang terdiri dari pihak luar. seperti saya, niat hadir untuk menambah ilmu dan disamping itu juga menjadikan sijil yang diperoleh ini sebagai titik permulaan hidup saya, seandainya jodoh saya tiba di kemudian hari. pada saya, berdasarkan harga yang ditawarkan, eloklah saya mengambil dahulu, walaupun ada kebarangkalian pasangan saya kelak mahu mengambil bersama saya. tidak salah sekiranya jika dia mahu, saya boleh menghadiri sekali lagi. ilmu yang diterima apalah salahnya jika diulangi dan diperbaiki sekiranya ada mana2 bahagian yang perlu diolah.
Alhamdulillah, semoga semua yang hadir pada kursus ini dikurniakan pasangan yang baik. saya doakan kepada mereka yang hadir bersama pasangannya, semoga selamat diijabkabulkan, dan bahagia hingga ke Jannah, in shaa Allah.. tidak lupa, saya juga mendoakan kawan kawan saya, yang turut hadir bersama kursus ini, semoga dipertemukan jodoh dengan cepat.. eloklah jika sudah ada yang berkenan atau punyai pilihan hati mempercepatkan proses pernikahan itu. kerana yang halal itu sememangnya dituntut Allah. in shaa Allah mudah mudahan :)
Thursday, November 15, 2012
sebulan sahaja lagi!! :O
apa yang sebulan ni? kenapa panik ni? apa ni? hahaha..
Sebenarnya tinggal sebulan sahaja lagi (sebulan 6 hari lagi sepatutnya) tempoh saya berpraktikal di .... (maaf, tempat dirahsiakan). Sedar x sedar, sekejap sahaja masa berlalu.. Masih segar di ingatan saya, pada hari pertama saya mula latihan industri ini. Saya memasuki bangunan tinggi itu.. Dengan perasaan bercampur takut, gementar dan malu semua ada. Sebaik saya tiba, saya dipelawa masuk oleh seorang staff perempuan melayu bertudung moden, cantik orangnya. Dia mempersilakan saya duduk di sebuah kerusi dan sebelum itu dia sempat bertanya saya, mahu berjumpa dengan siapa? Maka saya memberitahunya, saya sudah ada temujanji dengan ..... (nama dirahsiakan)
Sebenarnya, awal juga saya datang (30 minit awal). Namun ketika itu, pengurus saya dikhabarkan datang lambat kerana kesesakan lalu lintas. Jadi saya menunggu dia sehingga jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10.30 pagi. Dalam keresahan saya menunggu, saya sempat bermain buku kecil yang sentiasa saya bawa ke mana sahaja (crosswords puzzle). Telefon bimbit di tangan menanti bunyi deringan dan akhirnya ia berbunyi, benarlah tekaan saya, pengurus saya menelefon memberitahu dia akan sampai dalam tempoh 10 minit lagi. Maka saya menunggu dengan sabar.
10.45 pagi dia muncul di pintu utama, dengan senyuman yang manis, dia menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya. Sejurus itu dia menjemput saya ke ruang bilik menunggu. Ketika di dalam bilik menunggu, dia menjelaskan semula kontrak perbincangan kami. Saya mendengar dengan penuh teliti. Dia memberitahu tugasan harian saya, dan KPI saya. Ya, saya tidak menyangka walaupun berstatus hanya sebagai pelajar latihan industri juga mempunyai KPI (Key Performance Indicator) yang membawa maksud saya diberitahu target pencapaian keuntungan saya bagi tempoh selama saya disini. Ya, ini kerana saya memegang jawatan sebagai Telemarketing Executive (syarikat tersebut tidak mahu saya hebahkan mengenai status saya yang sebenar oleh itu mereka memberikan saya jawatan ini supaya mudah berkomunikasi dengan pihak ketiga)
Kiraan saya, hari pertama semestinya tiada kerja. Ya, tetapi saya diberi pelbagai katalog produk oleh pengurus, dan dia sebelum itu menjelaskan pada saya produk yang dijual oleh syarikat tersebut. Maka dia meminta saya untuk membaca setiap katalog yang diberi, dan membuat sedikit nota ringkasan. Sudah la lama saya tidak membaca (kerana cuti selepas habis semester 5) jadi secara tiba2 hendak membaca katalog yang banyak dan saya sedikit pun tidak faham itu cukup menguji kesabaran saya. Sehinggakan, saya hampir terlelap kerana tidak tahan melihat tulisan panjang dan ayat2 cliche seperti William Shakespear, yang akhirnya saya tewas jua. Ya, saya terlelap namun sempat tersedar dan tiada yang melihat.
Oleh kerana tidak tahan mengantuk, jadi saya mula mengambil alatan tulis yang berwarna seperti highlighter dan pen merah untuk membuat nota ringkasan. Saya mula menggariskan ayat2 yang penting dan membuat peta minda. Ya, selepas itu saya langsung tidak mengantuk malah saya berjaya menghabiskan pembacaan saya sebelum rehat. Punca utama lagi saya mengantuk kerana ketika itu di bulan Ramadhan. Jadi x salah saya katakan saya mengantuk kerana bangun sahur di awal pagi dan terus berjaga menunggu Subuh dan terus ke tempat kerja.
Selepas pukul 2 petang, pengurus memberitahu dia mahu melihat hasi nota ringkasan saya. Pengurus melihat nota ringkasan dan meminta saya menjelaskan mengenai setiap produk dalam katalog. Dengan penuh berhati2, saya menjelaskan satu per satu walaupun ada juga saya tidak faham tapi saya cuba jua akhirnya. Pengurus memberitahu dia kagum dengan pencapaian saya yang mudah cepat faham dan fasih berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, lega nya hati saya bila mendengar dia berkata begitu. Bukan itu sahaja, pengurus turut memuji kulit saya yang dikatakan cantik, putih dan rupa saya yang mirip gadis berbangsa cina. Maka dia mula bertanya saya, adakah saya berketurunan cina dan sebagainya? Ya, benarlah tekaan nya itu. Sedangkan pada saya, kulit saya tidaklah putih mana jika hendak dibandingkan dengan pengurus saya. Namun saya bersyukur menerima pujian itu.
Setelah 4 bulan saya menjalani latihan industri (dalam tempoh ini juga kami harus menyiapkan thesis kami dan berjumpa dengan penasihat kami) saya melalui banyak pengalaman, ada yang manis, ada yang pahit namun itu biarlah saya simpan sebagai kenangan saya di tempat itu. Setelah tamat tempoh latihan industri, saya akan kembali ke Melaka dan bersiap2 untuk persiapan akhir pembentangan individu (viva). Oleh itu dalam tempoh ini juga saya sedang mencari rumah untuk disewa di Melaka dan paling penting berdekatan dengan tempat saya belajar supaya senang untuk berjumpa dengan penasihat saya.
*Doakan saya ya! :)

Sunday, November 4, 2012
diari: teman pengganti :)
*bersih2* sawang belog.. uih banyak nya sawang! heeeee.
Assalamualaikum semua,
lama betul diri ni x update belog. semua apa khabar? sihat kah? harap semua dalam keadaan baik2 kehendakNya.
diri ni, dua tiga menjak ni sering jatuh sakit.. tp xdelah kronik pun. sakit biasa biasa. demam panas, batuk, selsema dan juga tersalah makan yg akhirnya menyebabkan sakit perut yg agak teruk.. itu dah selalu sangat menziarahi tubuh ini.. huuuu
punca sakit bukanlah kerana tidak pandai menjaga diri. tp kerana keadaan cuaca yg tidak menentu. diri ni sering bermandikan hujan, walaupun sudah dibawa payung dan gunakan. tambahan pula, di tempat praktikal diri ni diberikan tugas yang banyak. bukan mengeluh, tp sekadar berkongsi pengalaman. insyaAllah, tinggal 30+17= 47 hari lg untuk praktikal di sana. selepas itu, diri ni akan menyambung dan mempersiapkan diri utk final presentation (VIVA) bagi menyelesaikan thesis di tgn.
pun begitu, diri ni sejak akhir2 ni banyak diduga dgn perkara2 yg sudah dijangka. persahabatan, perhubungan, perbelanjaan. tentang semua itu diri ni tidak mahu mengulas lebih panjang, takut pula jika ada pihak yg terasa. maklumlah apa yg kita tulis ni kadang2 menyebabkan segolongan yg membaca tersinggung dan tersalah faham.. dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf jika ada yg tersinggung dgn kata2 saya. maafkan saya ya :)
walaupun kita merancang pelbagai dgn harapan semoga menjadi kenyataan tp yg menentukan segalanya adalah dgn kuasa Nya. saya bg contoh, awal bulan September hr itu saya berkeinginan membeli smartphone (tidak perlu dinyatakan jenis apa dan bagaimana) malah sudah pun ke kedai dan berbincang mengenai isu pembayaran. namun akhirnya saya tidak dapat membeli kerana kad pengenalan di blocked (terdapat pihak tidak bertanggungjwb mengguna IC saya dan mbuka dua akaun postpaid dan mpunyai bil yg tertunggak)
lama juga saya ambil masa utk menyelesaikan kes ini kerana memandangkn saya praktikal, jd tidak diberi cuti melainkn berjumpa dgn pensyarah thesis saya. barulah semalam (3/11/12) kiranya saya berpeluang melaporkan pada polis mengenai kes saya itu. ada satu lagi perkara yg harus dilakukan. pergi ke mana2 cawangan telekomunikasi yg terlibat dlm kes saya ini.
seperti tidak dijangka, beberapa minggu yg lepas saya berkemampuan membeli smartphone (beli telefon sahaja) dgn syrt mbyr secara ansur2 pd ibu saya (sb time byr tu guna kad kredit dia jd saya akn mbyr secara cash pd dia tiap2 bulan mengikut jumlah yg telah kami bincangkan). sejak praktikal ini, banyak pengalaman saya peroleh terutama cara menyimpan wang dan berjimat. ya, tidak dinafikan walaupun status praktikal tetapi saya boleh dilabelkan sebagai golongan sudah bekerja. jadi diri ni sudah punya satu lg tanggungjawab iaitu menyimpan wang untuk jaminan masa depan.
baiklah cukup mukadimah di situ.
berbalik tajuk asal, teman pengganti. bukanlah saya bermaksud apa apa, sekadar berkongsi cerita. mana yg salah minta tegur tegur lah saya yg hina ni. sebaik2 manusia, lebih baik lg penciptaNya. manusia itu punya kelemahan iaitu kekuatan iman yg menentukan. lewat akhir bulan lepas, saya telah menceritakan pd ayahanda bahawa saya punyai kawan berlainan jantina. tujuan beritahu, pada asalnya ingin mendapatkan restu dan keberkatan. namun terdapat suatu peristiwa dan akhirnya saya batalkan niat td. sudah terlanjur berbicara dgn ayahanda, namun dgn segera saya menafikan perhubungan kami. ayahanda berfikir kami ke arah gerbang perkahwinan. tp segala isu salah faham sudah diperbetulkan.
apa yg mahu saya ceritakan, bukanlah utk mengutuk atau meluahkan perasaan. tp sejak peristiwa itu, saya nekad dlm diri tidak mahu membuka lg hati pd mana2 lelaki. saya nekad utk menguncinya semula. dan buat masa ni biarlah saya sibuk sibukkan diri memikirkan hal thesis, praktikal dan Ilahi. biarlah saya hanya berkhidmat pada Nya (Hasbunallah wa ni'mal wakeel)
namun sekiranya ada pihak yg cuba cuba utk membuka semula pintu hati ini, saya tidak akan menolak. saya akan cuba juga mengatasi permasalahan diri dan menerima dia seadanya.
tentang hati, sukar utk mengetahui. ia boleh diketahui pabila tuan pemegang tersebut, cuba selongkarnya. jika hanya simpan, berdiam diri, rahsia itu tidak akan dapat dibongkari. dibibir berkata tidak, tp dihati terukir namanya dan hanya Allah Maha Mengetahui.
okaylah, cukup sampai disini perkongsian saya hari ni. moga2 insyaAllah kita dipertemukan di lain hari :)

Friday, October 5, 2012
melarikan diri..
dulu, beria2. tak sabar. ternanti2.
tapi kini tidak lagi.
cuba melarikan diri. kalau dapat pergi jauh2 pun x apa.
bukan kerana benci
tapi serahlah dirimu pada Allah dahulu sepenuhnya
kerana diri ini juga belum dapat serahkan diri pada Nya dengan sepenuhnya.
pabila sudah dilakukan
InsyaAllah Dia akan menyatukan
Mereka yang ditakdirkan untuk bersama
Pasangan tulang rusuk yang tidak akan tertukar.
sekiranya dalam tempoh penyerahan mu
temui pengganti diri ini
maka terima lah dia seikhlas hati mu
kerana segala cerita
walau sehebat mana direka
walau sehebat mana dirancang
hanya Dia yang menentukan.

Tuesday, September 25, 2012
redha
redha ikhlas tabah. itu yg selalu di ungkapkan. tp benarkah betul2 redha? benarkah betul2 ikhlas? benarkah betul2 tabah?
ia sukar. memang. hati kata mahu. sebab hati, maka segalanya mengikut kehendak hati.
penantian mengembara ini masih belum sampai ke destinasi nya. masih jauh rupanya.
dugaan Allah bagi ini.
namun kenapa petanda yang diperoleh menunjukkan kebahagiaan?
mungkin itu bukan petanda. itu mainan perasaan.
tawakal. sekarang serah diri pada Allah.
cinta manusia tidak ke mana. ya, benar lah ungkapan ini.
Allah murka, kerana itu dia tidak membenarkan.
maka janji ku akan lebih mentaati Allah.
ya Allah, ampunkan lah dosa ku. sesungguhnya aku berdosa denganMu.
doa ku, agar rasa ini dapat dibuangkan, jauhkan hati ku darinya.
seboleh2nya. jauhkan lah kami. jangan uji diri aku lagi.
mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. moga hikmah itu ke arah kebaikan.

Saturday, August 4, 2012
Hakikat untuk diterima
Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, saya sudah boleh menarik nafas lega kerana semalam keputusan peperiksaan akhir semester saya telah pun diketahui. cukup dapat saya kongsikan, saya benar2 bersyukur dengan hasilnya. berbaloi kata orang dengan usaha saya selama satu semester. jadi kini boleh lah saya meneruskan perjalanan hidup saya ke alam praktikal, yang bakal bermula minggu hadapan. perasaan takut itu masih ada, tambahan untuk bekerjasama dalam sebuah organisasi bercampur kaum selain Melayu itu adalah dugaan nya. dan ya, sudah pasti bahasa utama saya kelak di organisasi tersebut ialah Bahasa Inggeris. akan saya cuba melalui nya dengan tabah.
berbalik kepada topik asal, 'hakikat untuk diterima', saya kini sedar cabaran untuk dilalui bukan lah mudah. tambahan pula seiring dengan usaha, doa dan bertawakal serta keberkatan hidup maka ia mampu diatasi dengan senang. untuk menjadi senang, memang susah. untuk menjadi susah, memang senang. begitu lah roda kehidupan manusia untuk direntasi dengan pelbagai pergolakan atau kisah tersendiri. namun, apa lah ertinya sekiranya usaha yang dilakukan tidak berbaloi yakni tidak berjaya?
hakikat itu sering dikaitkan dengan takdir penentuan Nya. sama ada benar atau pun tidak, hanya Dia yang Mengetahui. Dia yang Merancang segalanya dan Dia juga yang Mentakdirkan hidup manusia. biarpun dalam soal pencarian rezeki, jodoh, keluarga dan kehidupan. adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk mencari serta melalui perjalanan yang masih belum dikenal pasti penghujungnya. kejayaan itu tidak datang bergolek, ia haruslah dicari dan dilalui pahit getir kehidupan maka barulah kemanisan kejayaan itu dapat dirasa. namun apa yang penting walaupun kejayaan itu sudah dimiliki, asal usul diri janganlah dilupai. hakikat kita hidup dibawah yang satu itu adalah benar. janganlah menjadi seperti Firaun yang alpa dan mengkagumi serta merasakan dirinya terhebat di dunia, walhal sehebat mana pun kita pasti ada lagi yang Maha Kuasa yakni Pencipta alam semesta.
"Ya Allah, semoga Kau sentiasa bersamaku ketika dalam keadaan susah mahupun senang, agar diriku tidak tersasar dari jalan Mu"
Sunday, July 29, 2012
itu ujian..
Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)
sedar x sedar, dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. alhamdulillah, saya masih boleh lagi meneruskan ibadah puasa ini tanpa gangguan. namun, dalam waktu kita menahan nafsu lapar dan dahaga, siapa tahu akhirnya saya diduga dengan ujian dariNya.
dalam tempoh 9 hari sahaja berpuasa, saya sudah terasa akan ujian dariNya. pertama, ujian kesabaran. jujur, saya bukan penyabar namun ketika ini saya banyak diduga untuk lebih bersabar. adakala kita memang tidak mampu memuaskan kehendak orang di sekeliling kita. justeru itu adakala saya menahan kemarahan dalam hati, tidak pedulikan hal tersebut dan menganggap ia ujian buat saya. ya, saya juga mahu menjadi penyabar. biar lah orang lemparkan tohmahan pada saya yang penting saya hanya perlu bersabar. sering kali kita mendengar pepatah "sabar itu separuh dari iman". oleh itu saya mahu sikap sabar itu tertanam dalam diri ini.
ujian kedua, kemalasan. ya Allah.. susah mahu saya gambarkan namun sejak berpuasa, sikap malas saya semakin menebal dalam diri ini. mengapa sepertinya Dia mahu menguji saya tetapi hari demi hari saya menjadi malas. malas dalam konteks kehidupan. bagi konteks ibadah, rajin pula jadinya. tetapi bila disuruh membuat sesuatu itu perasaan malas terus datang, tambahan kuat tidur di siang hari. memang benar, tidur di bulan puasa dapat pahala tidur. namun jikalau tidur secara berlebihan? itu bukan menjadi pahala tetapi puasa pun silap hari bulan boleh jadi makhruh. itulah yang saya tidak mahu ia terjadi.
dan yang terakhir ujian keikhlasan. dalam melakukan sesuatu pasti kita sering terdengar istilah ikhlas. apakah benar saya ikhlas melakukan ibadah? apakah saya ikhlas menolong orang? itu saya cuba rungkaikan. pelik sekiranya kita membuat sesuatu kerja tanpa ikhlas, yang mana hasilnya kurang memuaskan. ikhlas dalam beribadah kita boleh lihat yang kita bersungguh2 melakukannya, sebagai contoh solat sunat terawikh dan witir. jika kita berasa letih, penat dan sebagainya kerana melakukan solat tersebut maka kita tidak benar2 ikhlas melakukannya. soal letih dan penat itu saya tidak pernah nyatakan pabila melakukan solat sunat dalam bulan mulia ini. saya bimbang, sekiranya terlintas di fikiran saya "ish letih lah solat terawikh ni", maka Dia tidak menerima solat saya.
"ikhlas beribadah kepada Allah beerti diri sudah mentauhidkan seikhlasnya hanya pada Dia"
Friday, July 27, 2012
Rumah Allah itu indah :)
Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)
Masjid atau rumah Allah itu mestilah indah kan? hihi jadi hari ini saya nak kongsi 10 masjid terindah di dunia. terima kasih ustaz google, saya berjaya mencari kesemua gambar2 yang cantik ini. selamat melihat :)
1) Asfi Mosque - Lucknow, India
2) Makkah Al Mukarama, Saudi Arabia
3) Maschour Zhusup Kopeevcentral Mosque - Pavlodar, Kazakhstan
4) Old City Ottoman Mosque - Akhaltsikhe, Georgia
5) Sheikh Zayed Mosque - Abu Dhabi, U.A.E
6) Grand Mosque of Djenné - Djenné, Mali
7) Masjid Selat Melaka - Malaysia
8) Sultan Ahmed Blue Mosque - Istanbul, Turkey
9) The Prophet's Mosque - Medina, Saudi Arabia
10) Badshahi Mosque - Lahore, Pakistan
sebenarnya, masih ada banyak lagi masjid2 yang indah dan cantik, tapi saya pilih sepuluh masjid di atas kerana keunikan seni bina dan juga terdapat kisah2 yang menarik bagi setiap masjid tersebut. namun apa yang penting, bukanlah kecantikannya tetapi berapa padatkah jumlah jemaah yang bersembahyang di masjid2 tersebut. kalau sekadar cantik tetapi tidak digunakan dengan, tiada gunanya juga. Wallahualam :)
"Menjadi impian ku serta kewajipan ku kelak untuk menunaikan umrah serta haji suatu hari nanti. insyaAllah, moga hajatku ini dapat ditunaikan"
Thursday, July 26, 2012
10 tanda kita wajib berkahwin- ringkasan dari buku "Mencari Pasangan Hidup"
Rasulullah bersabda:
1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang
Firman Allah:
2) Kehidupan yang tidak terurus
3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Rasulullah bersabda:
4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
5) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
6) Jatuh cinta pada seseorang
"Wahai para pemuda. barang siapa di antara kalian yang mampu bernikah, maka bernikahlah. kerana pernikahan itu lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menekan syahwatnya (sebagai benteng)
-Hadis sahih riwayat al-Bukhari, bab Nikah, no. 5066 dan Muslim no. 1402
1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang
Firman Allah:
"Dan kahwinlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin, maka ALLAH akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA; dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui."
-Surah an-Nur: 32
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati ALLAH. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Contohnya, perasaan sunyi bagi mereka yang pernah menghadapi putus cinta, ketiadaan anak dan hidup bersendirian di penghujung usia. Keadaan ini pasti mengundang kesedihan di hati. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut. Apalah guna harta, kemewahan dan kegembiraan jika ia tidak boleh dikongsi?
Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon mereka itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat. Ingatlah bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
2) Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan yang sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru, orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga sistematik.
3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan.
Rasulullah bersabda:
"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa."
-Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Hibban
4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada pelbagai pihak. akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
5) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.
6) Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah menciptakan manusia dengan fitrah sedemikian. lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.
Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'ketetapan ALLAH dengan hikmah-NYA menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. tetapi akan menjauhkan daripada yang berbeza dengannya.' inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-NYA.
Maka sedemikianlah sedikit ringkasan dari buku yang dipilih kali ini, "Mencari Pasangan Hidup". saya tidak lampirkan selebihnya kerana, empat tanda lagi itu memasuki bidang yang lebih mendalam, yakni tidak sesuai diceritakan disini. tambahan pula, masih ada followers saya yang berada di bawah umur. namun begitu, ambillah iktibar dan sekiranya anda sudah mencapai tanda2 seperti di atas, maka segerakanlah anda berkahwin. ini bagi mengelak berlakunya maksiat serta zina di kalangan masyarakat.
Wednesday, July 25, 2012
persediaan ke alam baru~
Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)
sementara menunggu waktu imsak dan subuh saya sempat lg cuba menulis belog disini hihi. okay persediaan ke alam baru itu ialah persediaan saya menuju ke alam latihan industri. seperti mana yg anda semua tahu saya bakal mengikuti latihan industri bagi semester 6 iaitu semester terakhir bagi ijazah sarjana muda perniagaan pemasaran. ya tidak dinafikan, saya berdebar2 menanti tarikh penting permulaan semester baru iaitu 6 Ogos 2012.
maka saya ingin berkongsi sedikit tips atau petua sebelum memasuki alam perkerjaan. tips yg pertama, kenal pasti tugasan harian anda. ketika anda dalam sesi temubual dahulu, pihak syarikat pasti telah pun memberitahu anda antara tugasan2 harian yg perlu anda lakukan. sebagai contoh, anda ditugaskan untuk membuat laporan harian. maka kenal pasti apakah laporan harian yg perlu anda lakukan seperti dalam format penulisan, grafik, data atau pun pembentangan. ini kerana laporan harian bergantung kepada keadaan fizikal syarikat tersebut. sekiranya syarikat itu merupakan syarikat pemasaran produk, maka jenis laporan yg biasa dilakukan ialah dalam format pembentangan.
tips yg kedua, ketahui apakah skop pekerjaan anda. sebagai contoh, skop pekerjaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kewangan, pemasaran, insurans dan juga perniagaan. dengan menggunakan kaedah ini ia amat memudahkan anda setelah mengetahui bidang tertentu dalam syarikat tersebut. walaupun pada dasarnya anda berada di bidang pengurusan sumber manusia, tidak menjadi mustahil anda akan dipindahkan ke bidang pentadbiran dalam syarikat tersebut.
tips yg seterusnya, pelajari atau cuba mengingati semula apa yg telah anda belajar sebelum ini. sudah pasti anda akan menjalankan latihan industri mengikut kursus yg anda ambil. maka cuba lihat semula informasi2 penting yg boleh diguna pakai bagi diri anda. ini supaya anda tidak menjadi kelam kabut dan pengurus akan melihat anda sebagai seorang yg sentiasa bersedia serta berkebolehan melakukan sebarang perkerjaan.
persediaan berikutnya ialah minda dan juga mentaliti anda. minda memainkan peranan yg penting kerana setiap perbuatan atau pergerakan kita dikawal oleh minda atau pemikiran kita. jika anda berfikir perkerjaan itu susah, maka anda akan menjadi pekerja yg sambil lewa serta tidak berani menyuarakan pandangan anda sendiri. maka ia membuatkan anda berfikiran negatif yg mana kemudiannya akan mempengaruhi keadaan fizikal anda, dalam konteks menjadi malas.
tips yg berikutnya, persediaan fizikal. fizikal amat penting kerana ia menggerakkan otot2 dalam tubuh badan. sepanjang anda di rumah, pastikan anda melakukan sedikit pergerakan dalam seharian kerana tanpa pergerakan badan anda akan menjadi semakin lemah. sebagai contoh, anda tidak perlu berlari selaju mungkin tetapi cukuplah sekadar melakukan perkerjaan ringan di rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain dan sebagainya. pergerakan fizikal ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi cergas sepanjang hari. ini kerana sedikit pergerakan membantu perjalanan darah anda di dalam badan. apabila saluran darah berjalan dengan baik, maka keadaan fizikal anda kelihatan kuat dari luaran.
tips yg terakhir, berdoa. bagi umat Islam mahupun umat bukan Islam, berdoa kepada tuhan anda semoga dapat menjalankan latihan industri dengan keadaan baik dan berjalan lancar. setiap pagi bangun dengan berkata pada diri sendiri anda kuat serta yakin akan memberi impak positif yg mana ion2 positif akan terus masuk dalam tubuh badan anda. berdoa kepada tuhan misalannya bagi yg beragama Islam, setiap kali selepas solat mohon lah agar permudahkan segala tugasan harian anda, supaya diri memperoleh semangat baru dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.
"apabila berada di dalam kekusutan fikiran, jalan yang terbaik ialah berdoa kepada Nya moga dipermudahkan segala urusan harian"
Saturday, July 21, 2012
Ramadhan~ datang lagi ^^
Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)
sedar x sedar bulan Islam yg plg dirindui, disayangi dan dinanti2 datang lagi.. Alhamdulillah, berkat doa Nya saya masih bernyawa di dunia ini dan mampu menjalankan ibadah berpuasa seperti biasa. cuma harapan saya kali ini, agar dapat berpuasa penuh dalam istilah kaum hawa ini diberi cuti istimewa setiap bulan. bukan apa, sekurang2nya saya mahu merasa kemanisan iman dalam bulan Ramadhan secara penuh :)
hari ini, hari pertama semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa. eh. berpuasa je ke? puasa tahan lapar sahaja? tidak, puasa yg dimaksudkan selain menahan lapar dan dahaga, kita juga berpuasa mata, mulut, telinga dan hati. eh. macam mana tu?
puasa mata, yg mana kita tidak melihat perkara2 yg boleh membatalkan iman. hehe. kalau yg ini xperlu rasanya saya mengulas lebih panjang kerana anda semua mesti sudah faham kan? lebih2 lg kita ni dah bergelar dewasa, sudah matang fikiran dan perbuatan. pasti lah anda mengerti apa itu yg membatalkan iman. maka, cuba seboleh2 nya mengelak dari memandang apa sahaja contoh nya, jikalau anda pergi kedai atau petang ini pergi bazar Ramadhan. anda kebetulan terlihat seorang gadis cantik misalan nya. kalau sekali pandang, x apa. tapi berkali2? haaa itulah yg dikatakan perkara yg membatalkan iman :)
puasa mulut, bukan bermaksud anda menjadi bisu. haha saya faham, sebab anda puasa, saya puasa. maka senyap sahaja sepanjang hari? tidak. puasa mulut yg membawa maksud anda tidak berkata2 perkara yg membawa kerugian, atau menyebut perihal orang lain. dalam konteks mengumpat. masyaAllah, jauhkan lah sikap suka mengumpat. sebalik nya, gunakan kelebihan mulut anda untuk berzikir, mengaji al-Quran, bertilawah dan sebagai nya. dan kalau ada yg mana boleh memberikan ceramah agama khusus nya di surau2 atau masjid, ambil lah peluang ini untuk melipatgandakan pahala anda. saya mengamalkan dengan membaca al-Quran, sebaik saya selesai solat Subuh. baca, tidak bermakna sekiranya kita tidak membaca dengan makhraj dan tajwid yg betul. oleh itu selesai saya membaca secara berseorangan dibilik, saya kemudian nya menyambung dengan membaca di hadapan ayahanda saya. seperti tadi, siapa sangka bila hari2 membaca Alhamdulillah, bacaan saya semakin baik. namun masih ada yg perlu saya perbaiki bagi hari2 yg mendatang. insyaAllah, mudah mudahan amalan ini dapat saya teruskan hingga ke hari akhir Ramadhan. dan seterusnya, moga ia berterusan walaupun bukan di bulan Ramadhan :)
puasa telinga, yg mana kita mengelak mendengar al kisah kehidupan orang lain. ini macam kes bila orang mengumpat lah. pasti sipulan itu mahu kita mendengar kan? jadi, elak kan dari masuk campur hal kehidupan orang lain. sebalik nya, dengar ayat2 Quran yg dibaca dalam cd, youtube misalannya. kan lebih bagus? ha sekarang ni zaman moden, jadi apa salah nya mendengar ceramah dari ustaz2 yg bertauliah masa kini? ada banyak kan, jadi pilih lah di hati. kalau pada saya, sekira nya saya di rumah, saya akan meluangkan masa dengan mendengar ceramah2 di kaca televisyen seperti rancangan yg bermula jam 7 pagi, 'Tanyalah Ustaz'. melalui rancangan itu saya dapat mengurangkan rasa keraguan sekiranya ada perkara yg saya kurang pasti. maklum lah, saya hanya seorang pelajar biasa, saya tidak arif mengenai bidang2 agama namun saya cuba mempelajari nya dari mereka yg pakar mengenai nya :)
dan yg terakhir, puasa hati yg barangkali pada saya amat suker dilaksanakan oleh segelintir umat Islam. eh. apa dia ni puasa hati? puasa hati ini bermaksud anda tidak berniat sesuatu yg boleh mengganggu iman anda. contoh, anda nampak seekor kucing kurap sedang berjalan di tepi anda. lantas, anda pasti tidak menyebut kerana malu di hadapan orang, tetapi di hati anda pasti terlintas "eeee kucing ni. pergi lah tempat lain. kau tu kurap!" masyaAllah.. kasihan kucing kurap tadi. namun tahu kah anda Allah memberi seribu ganjaran pahala kepada kucing itu tadi, dan bukan nya pada anda? sebab, kucing itu tadi hanya berjalan di sebelah anda, namun tidak pula kucing itu terlintas untuk mengusik anda. begitu juga apabila ada insan kurang bernasib baik meminta sedekah di laluan pejalan kaki, atau di bazar Ramadhan.. anda mengerutkan dahi, membenci dan cuba lari dari insan tersebut. maka Allah juga memberi seribu ganjaran pahala kepada insan itu kerana dia hanya senyum sahaja pada anda. jadi, fikir2kan lah.
Ramadhan juga adalah bulan percuma yg diberikan oleh Allah swt untuk kita menambahkan pahala kita. bukan sekadar berpuasa, tetapi apa sahaja amalan kebaikan yg kita lakukan, insyaAllah boleh dapat pahala. contoh, tolong mak beli barang, sapu sampah, basuh kereta ayah dan juga bersedekah. haa lagi2 masa ini lah kita bersedekah dan mengeluarkan zakat. syukur Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk mengeluarkan zakat bagi simpanan dan harta. bagi zakat fitrah, saya masih dibawah tanggungan ibubapa. tidak mengapa, yg penting ikhlas dalam memberi dan menghulurkan.
di akhiri ini, saya juga seperti umat Islam yg lain, mahu berjumpa dengan malam lailatulqadar. insyaAllah, saya akan mengulas lebih lanjut apa itu malam lailatulqadar pada hari akan datang.
"Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih bermakna buat diri ku"
Sunday, July 15, 2012
kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?
Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)
apa khabar semua? how are you? annyeonghaseyo? hehe lama betul saya x update dekat sini. bukan apa, sebab sebelum ini saya menduduki peperiksaan akhir. apa yang mampu saya lakukan, tawakal kepada Allah. harap semoga semua subjek lulus. berbalik kepada topik asal, hmm hari ini saya ingin berkongsi sedikit hajat saya ketika sedang bercuti menunggu panggilan latihan industri. ya, saya berhajat untuk menguruskan badan saya yang agak gempal dan tembam ini. hehe ;)
persoalannya mengapa? sebelum ini pernah saya nyatakan bahawa tiada istilah kurus atau diet dalam kamus hidup saya. tetapi kenapa kini secara tiba2 saya ingin melakukannya?
ini kerana, saya menerima teguran dari ayahanda saya, beliau meminta agar saya mengecilkan badan saya sedikit. tak banyak pun tak apa, asalkan ada nampak perubahan. oleh itu, sebagai seorang bapa, beliau telah pun merencanakan tugasan buat saya sepanjang saya di rumah. antara tugasan2nya adalah seperti berikut:
1) kawanan bilik2 di tingkat atas, adalah jagaan saya. oleh itu saya bertanggungjawab mengemas bilik2 tersebut.
2) memastikan saya sehari berpeluh2 demi mengurangkan lemak di badan.
3) menu masakan yang tidak berat. lebihkan memakan sayur-sayuran.
4) pengurangan mengambil menu nasi yang digantikan dengan buah-buahan pada waktu malam.
5) menu utama, air masak. minum sebanyak2nya. minuman manis, dikurangkan.
6) makanan bergoreng diganti dengan makanan rebusan air dan bakar.
dan yang terakhir seboleh2nya berpuasa. bukan untuk mengganti puasa (dah habis ganti, yay!) tetapi sekadar mengawal nafsu makan yang melampau.
tetapi, berbalik kepada tajuk utama,
'kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?'
baiklah. ini tujuan asal mengapa saya ingin berubah. atas pesanan dan nasihat ayahanda tercinta juga, beliau meminta saya mengecilkan badan juga atas dasar demi seorang lelaki, yakni bakal suami saya. persoalannya mengapa? sebagai seorang bapa, beliau sudah yakin bahawa anak perempuan nya ini pasti mempunyai rasa suka atau dalam diam2 menanam perasaan cinta pada seseorang.
namun tidaklah beliau mempersoalkan pada saya, siapa lelaki tersebut. ini hanyalah firasat saya semata2. bayangkanlah. kalau sebelum ini beliau hanya meminta saya kurus demi kesihatan, tetapi saya perlekehkan, dan beliau menegur berkali2 namun tidak jua saya ambil sebagai langkah pengurangan. tetapi kini beliau menegur saya dengan berkata
"nanti tak ada lelaki nak jadi suami, sebab badan itu gemuk sangat".
akhirnya saya tersedar dari lamunan yang panjang. ada benar disebalik kata2nya.
oleh itu kini saya dalam proses cuba mengurangkan nafsu makan. bagaimana? sedangkan saya amat gemar makan. hobi saya makan. sukar untuk melawan tetapi akan saya cuba. terutama, dugaan saya ialah gemar memakan makanan yang manis. itu juga bahaya. makanan yang manis boleh membawa kepada obesiti melampau hingga tercetusnya penyakit kencing manis. kawan2 saya juga berpesan agar kurangkan pengambilan makanan manis. baiklah, saya akan cuba. insyaAllah moga saya dapat mengawal nafsu makan saya ini dan mengecilkan saiz badan saya juga.
tentang soal samada saya sudah berpunya atau belum?
jawapannya, belum. saya masih belum berpunya. malah saya tidak faham istilah berpunya itu. adakah perlu pihak lelaki menyatakan hasratnya kepada saya? atau adakah berpunya itu bermaksud 'hati saya telah dimiliki oleh seseorang?'
itu masih saya cuba rungkaikan. namun tidak saya nafikan, memang ada seorang insan yang secara tidak langsung berjaya mengetuk pintu hati saya. tetapi biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan Allah. jikalaupun dia mengetahuinya, maka biarlah hubungan itu mesra tetapi berbatas. apa yang boleh saya katakan, saya hanya berserah kepada Allah sekiranya benar kami mempunyai jodoh.
walau apa pun, pesanan ayahanda tidak pernah saya lupa. katanya,
"belajar dahulu hingga tamat, pelajari dahulu ilmu suri rumahtangga. bekerjalah dahulu mengumpul dana masa depan. kemudian sekiranya sudah tiba masa boleh lah menamatkan usia bujang"
ayahanda tidak melarang saya untuk berkawan dengan kaum adam, namun biarlah berbatas. apa yang penting, ayahanda mahu elakkan berlakunya gejala maksiat dan juga fitnahan di kalangan masyarakat.
apa2 pun saya cuma berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia ayahanda kerana saya mahu dia menjadi wali saya di majlis pernikahan saya kelak. dan saya juga mahu dia melihat bakal cucunya sebelum dia menghembuskan nafasnya kali terakhir. itulah harapan saya.
"tawakal kepada Allah, nescaya Dia akan cuba yang terbaik buat dirimu. kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya"
Ikhlas menulis,
Safiah Rahim
Tuesday, June 26, 2012
Diari perjalanan~ temuduga latihan industri
Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)
Indahnya hari ini, cuaca redup, tidak terlalu panas dan angin sepoi2 bahasa seolah2 alam ini memahami perasaan saya. hehe. sebenarnya, sejak semalam dan hari ni saya telah pun menghadiri 3 temu duga untuk latihan industri. kisah nya bermula apabila sebulan yang lalu, saya telah pun menggunakan laman sesawang 'jobstreet' untuk mencari syarikat yang menerima pelajar ijazah sarjana muda (pemasaran) seperti saya ini. jadi saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman saya bermula perjalanan dari rumah hingga lah tiba di syarikat2 itu.
malam sebelum hari kejadian, saya berbincang dahulu dengan keluarga mengenai bagaimana saya mahu ke syarikat pertama. memandangkan syarikat tersebut terletaknya di tengah2 bandar, maka saya telah mengambil keputusan menggunakan kemudahan awam sedia ada iaitu LRT Putra. saya juga turut melakar dahulu laluan keretapi tersebut yang akan saya lalui. setelah lebih kurang 1 jam perbincangan, akhirnya keputusan diperoleh yang mana saya terlebih dahulu akan mengikut ibu saya ke tempat kerja nya kemudian barulah dia menghantar saya ke stesen keretapi yang berhampiran.
(rekaan peta laluan lrt dan monorel)
perjalanan saya bermula dari pukul 6.30 pagi. ini kerana untuk mengelak kesesakan laluan lintas dan memandangkan pejabat ibu terletak di Wangsa Maju. sedangkan pula rumah saya di Sri Kembangan.
setibanya di pejabat, saya terlebih dahulu mengambil sarapan yang telah dibekalkan oleh pembantu rumah saya, kuetiaw ladna. benarlah kata orang kasih ibu itu tiada tandingannya. dia telah melayani saya, membuatkan saya terharu. tambahan pula, sedikit sebanyak layanannya membuat saya semakin bersemangat untuk menghadiri temuduga pagi itu. dia turut memberikan nasihat serta petua yang boleh saya turuti. katanya, sekiranya gemuruh, bacalah ayat2 dan doa yang pendek. semoga perasaan gemuruh itu dapat dikawal.
tepat jam 8.30 pagi, saya memulakan perjalanan dari Wangsa Maju ke titik penukaran pertama iaitu Dang Wangi. di sana saya kemudiannya harus berjalan selama lebih kurang 10 minit melalui laluan pejalan kaki berbumbung. sejurus kemudian saya tiba di tempat persinggahan ketiga iaitu monorel Bukit Nanas kemudian dari situ saya akan ke tempat persinggahan terakhir iaitu Raja Chulan. ketika di situ apa yang dapat saya lihat ialah lautan manusia yang sedang menunggu ketibaan monorel tersebut. sudah dapat saya jangka, kehidupan dan gaya hidup masyarakat di Kuala Lumpur amat berbeza dengan kehidupan di Melaka. rata2 tidak mengambil tahu hal orang dan sibuk meneliti jam serta gadget popular masa kini. kos sepanjang perjalanan pergi dapat diatasi kerana saya meminjam kad prabayar touch n go ibu saya. ia amat mudah malah saya tidak perlu beratur dan memikirkan sama ada wang kecil mencukupi atau tidak.
(agak curam menuruni lif bergerak ini)
(sebuah kedai 'Wariseni' di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung)
tepat jam 8.45 pagi saya tiba di stesen monorel Raja Chulan. waktu temu duga saya bermula jam 10 pagi. dan memandangkan saya telah pun berjanji dengan aunty saya, jadi saya tunggu dia di stesen itu. lebih kurang 35 minit kemudian saya berjumpa dengan dia. dia membawa saya ke bangunan syarikat yang mahu menemuduga saya. kami perlu berjalan sejauh 500 meter namun bukanlah menjadi halangan buat diri saya kerana saya sudah biasa berjalan kaki sejauh itu. cuma yang menjadi halangan ialah lalu lintas yang sibuk maka membuatkan saya perlu berhati2 ketika melintas jalan utama. setelah itu, aunty meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan saya pula memasuki bangunan itu.
(bangunan syarikat Wisma Goldhill)
nasihat pensyarah, supaya datang awal terlebih dahulu saya lakukan. saya tiba di pejabat tersebut tepat pukul 9.30 pagi. persekitaran pejabat begitu korporat, membuatkan saya teruja untuk memasukinya. pintu di buka dan penyambut saya ialah seorang wanita berbangsa Cina. tepat tekaan saya, dia ialah pengurus bahagian sumber manusia yang sebelum ini sering berhubung dengan saya mengenai temu duga ini. oleh kerana saya datang awal, maka dia meminta saya menunggu sebentar di dalam bilik mesyuarat untuk mengisi borang butiran diri. dia turut meminta saya memberi segala dokumen mengenai diri saya termasuklah salinan2 sijil saya.
temu duga itu berakhir dalam masa 30 minit sahaja. kata pengurus itu, saya telah pun lulus ujian temuduga dan dia akan menelefon saya dalam tempoh 3 hari kemudian. setelah itu saya terus pulang semula ke pejabat ibu saya dan tunggu di sana sementara menghadiri temuduga kedua pada sebelah petang di Wangsa Maju.
pada sebelah petang, saya ditemani ibu untuk menghantar saya ke pejabat kedua, sekitar berhampiran juga namun sekiranya berjalan kaki dari pejabat ibu saya mengambil masa 30 minit. syarikat kedua juga bersetuju untuk menghubungi saya dalam tempoh minggu yang sama. namun tugasan yang perlu saya lakukan ialah memasarkan produk2 dan menemubual pelanggan. temuduga mengambil masa selama 15 minit itu akhirnya berakhir. kemudian saya berjalan kaki semula ke pejabat ibu saya. cuaca ketika itu begitu panas, namun mujurlah saya membawa kipas tangan. sebelum tiba di pejabat ibu, saya berhenti sebentar di stesen minyak yang bersebelahan untuk membeli minuman 100 plus dan ais krim. hehe setelah penat berjalan, dahaga dan kepanasan dapat disejukkan. sementara menunggu ibu tamat waktu bekerja, saya berehat di dalam bilik pejabat ibu saya dan akhirnya saya tertidur kepenatan.
(masjid tersegam indah yang berdekatan)
(terpaksa berjalan kaki melintas jalan utama kenderaan)
kemudian, ibu menurunkan saya ke stesen Jelatek dan saya meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk bertemu dengan kakak saya. saya tidur di rumah nya selama dua malam bagi memudahkan saya pergi ke tempat temuduga terakhir, juga di Jalan Raja Chulan. Keesokan harinya saya bersiap2 untuk ke temuduga terakhir. oleh itu saya bergerak dari jam 7.30 pagi bersama kakak, dia menghantar saya di stesen LRT Pandan Jaya. dari situ saya menaiki keretapi menuju ke Hang Tuah dan mengambil penukaran monorel ke Raja Chulan. ia amat mudah malah menjimatkan masa kerana saya tiba di syarikat tersebut jam 8.30 pagi.
benar tekaan saya, tiada kedai minum kecil mahupun penjaja yang menjual sarapan pagi. malah kedai yang dibuka ialah Starbucks dan Dunkin Donuts. mujurlah ada kedai roti di bahagian dalam. jadi saya membeli roti sandwich bersama nescafe ais. kos sarapan pagi yang pada saya begitu tinggi membuatkan saya mula berfikir dahulu jalan penyelesaian sekiranya saya bekerja di situ sama ada membawa bekal ataupun membeli terlebih dahulu di kawasan persekitaran rumah.
(sarapan pagi kos rm6)
saya memasuki bangunan itu dan menuju ke lif menekan butang 9. sama seperti keadaan syarikat pertama, korporat dan juga selesa. seorang lelaki berbangsa Cina membukakan pintu untuk saya, sambil bertanya tujuan saya datang ke sana. dia membawa saya berjumpa dengan pengurus bahagian sumber manusia juga wanita berbangsa Cina. sesi temuduga itu hanya selama 6 minit. ini kerana saya sudah diberitahu tugasan yang bakal dilakukan, maka pengurus itu hanya menerangkan soal gaji dan juga kemudahan yang diberikan.
selesai temuduga, saya pulang semula ke rumah kakak. perasaan bercampur baur, antara suka, gembira dan juga ragu2. semoga saya diterima menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang telah menemuduga saya.
"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku, semoga segala usaha ku mendapat keberkatanMu, aamiin.."
Subscribe to:
Posts (Atom)