Thursday, November 15, 2012

sebulan sahaja lagi!! :O

apa yang sebulan ni? kenapa panik ni? apa ni? hahaha..


Sebenarnya tinggal sebulan sahaja lagi (sebulan 6 hari lagi sepatutnya) tempoh saya berpraktikal di .... (maaf, tempat dirahsiakan). Sedar x sedar, sekejap sahaja masa berlalu.. Masih segar di ingatan saya, pada hari pertama saya mula latihan industri ini. Saya memasuki bangunan tinggi itu.. Dengan perasaan bercampur takut, gementar dan malu semua ada. Sebaik saya tiba, saya dipelawa masuk oleh seorang staff perempuan melayu bertudung moden, cantik orangnya. Dia mempersilakan saya duduk di sebuah kerusi dan sebelum itu dia sempat bertanya saya, mahu berjumpa dengan siapa? Maka saya memberitahunya, saya sudah ada temujanji dengan ..... (nama dirahsiakan)

Sebenarnya, awal juga saya datang (30 minit awal). Namun ketika itu, pengurus saya dikhabarkan datang lambat kerana kesesakan lalu lintas. Jadi saya menunggu dia sehingga jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10.30 pagi. Dalam keresahan saya menunggu, saya sempat bermain buku kecil yang sentiasa saya bawa ke mana sahaja (crosswords puzzle). Telefon bimbit di tangan menanti bunyi deringan dan akhirnya ia berbunyi, benarlah tekaan saya, pengurus saya menelefon memberitahu dia akan sampai dalam tempoh 10 minit lagi. Maka saya menunggu dengan sabar.

10.45 pagi dia muncul di pintu utama, dengan senyuman yang manis, dia menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya. Sejurus itu dia menjemput saya ke ruang bilik menunggu. Ketika di dalam bilik menunggu, dia menjelaskan semula kontrak perbincangan kami. Saya mendengar dengan penuh teliti. Dia memberitahu tugasan harian saya, dan KPI saya. Ya, saya tidak menyangka walaupun berstatus hanya sebagai pelajar latihan industri juga mempunyai KPI (Key Performance Indicator) yang membawa maksud saya diberitahu target pencapaian keuntungan saya bagi tempoh selama saya disini. Ya, ini kerana saya memegang jawatan sebagai Telemarketing Executive (syarikat tersebut tidak mahu saya hebahkan mengenai status saya yang sebenar oleh itu mereka memberikan saya jawatan ini supaya mudah berkomunikasi dengan pihak ketiga)

Kiraan saya, hari pertama semestinya tiada kerja. Ya, tetapi saya diberi pelbagai katalog produk oleh pengurus, dan dia sebelum itu menjelaskan pada saya produk yang dijual oleh syarikat tersebut. Maka dia meminta saya untuk membaca setiap katalog yang diberi, dan membuat sedikit nota ringkasan. Sudah la lama saya tidak membaca (kerana cuti selepas habis semester 5) jadi secara tiba2 hendak membaca katalog yang banyak dan saya sedikit pun tidak faham itu cukup menguji kesabaran saya. Sehinggakan, saya hampir terlelap kerana tidak tahan melihat tulisan panjang dan ayat2 cliche seperti William Shakespear, yang akhirnya saya tewas jua. Ya, saya terlelap namun sempat tersedar dan tiada yang melihat.

Oleh kerana tidak tahan mengantuk, jadi saya mula mengambil alatan tulis yang berwarna seperti highlighter dan pen merah untuk membuat nota ringkasan. Saya mula menggariskan ayat2 yang penting dan membuat peta minda. Ya, selepas itu saya langsung tidak mengantuk malah saya berjaya menghabiskan pembacaan saya sebelum rehat. Punca utama lagi saya mengantuk kerana ketika itu di bulan Ramadhan. Jadi x salah saya katakan saya mengantuk kerana bangun sahur di awal pagi dan terus berjaga menunggu Subuh dan terus ke tempat kerja.

Selepas pukul 2 petang, pengurus memberitahu dia mahu melihat hasi nota ringkasan saya. Pengurus melihat nota ringkasan dan meminta saya menjelaskan mengenai setiap produk dalam katalog. Dengan penuh berhati2, saya menjelaskan satu per satu walaupun ada juga saya tidak faham tapi saya cuba jua akhirnya. Pengurus memberitahu dia kagum dengan pencapaian saya yang mudah cepat faham dan fasih berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, lega nya hati saya bila mendengar dia berkata begitu. Bukan itu sahaja, pengurus turut memuji kulit saya yang dikatakan cantik, putih dan rupa saya yang mirip gadis berbangsa cina. Maka dia mula bertanya saya, adakah saya berketurunan cina dan sebagainya? Ya, benarlah tekaan nya itu. Sedangkan pada saya, kulit saya tidaklah putih mana jika hendak dibandingkan dengan pengurus saya. Namun saya bersyukur menerima pujian itu.

Setelah 4 bulan saya menjalani latihan industri (dalam tempoh ini juga kami harus menyiapkan thesis kami dan berjumpa dengan penasihat kami) saya melalui banyak pengalaman, ada yang manis, ada yang pahit namun itu biarlah saya simpan sebagai kenangan saya di tempat itu. Setelah tamat tempoh latihan industri, saya akan kembali ke Melaka dan bersiap2 untuk persiapan akhir pembentangan individu (viva). Oleh itu dalam tempoh ini juga saya sedang mencari rumah untuk disewa di Melaka dan paling penting berdekatan dengan tempat saya belajar supaya senang untuk berjumpa dengan penasihat saya.

*Doakan saya ya! :)

No comments:

Post a Comment