Tuesday, June 26, 2012

Diari perjalanan~ temuduga latihan industri

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)


Indahnya hari ini, cuaca redup, tidak terlalu panas dan angin sepoi2 bahasa seolah2 alam ini memahami perasaan saya. hehe. sebenarnya, sejak semalam dan hari ni saya telah pun menghadiri 3 temu duga untuk latihan industri. kisah nya bermula apabila sebulan yang lalu, saya telah pun menggunakan laman sesawang 'jobstreet' untuk mencari syarikat yang menerima pelajar ijazah sarjana muda (pemasaran) seperti saya ini. jadi saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman saya bermula perjalanan dari rumah hingga lah tiba di syarikat2 itu.

malam sebelum hari kejadian, saya berbincang dahulu dengan keluarga mengenai bagaimana saya mahu ke syarikat pertama. memandangkan syarikat tersebut terletaknya di tengah2 bandar, maka saya telah mengambil keputusan menggunakan kemudahan awam sedia ada iaitu LRT Putra. saya juga turut melakar dahulu laluan keretapi tersebut yang akan saya lalui. setelah lebih kurang 1 jam perbincangan, akhirnya keputusan diperoleh yang mana saya terlebih dahulu akan mengikut ibu saya ke tempat kerja nya kemudian barulah dia menghantar saya ke stesen keretapi yang berhampiran.



(rekaan peta laluan lrt dan monorel)

perjalanan saya bermula dari pukul 6.30 pagi. ini kerana untuk mengelak kesesakan laluan lintas dan memandangkan pejabat ibu terletak di Wangsa Maju. sedangkan pula rumah saya di Sri Kembangan.

setibanya di pejabat, saya terlebih dahulu mengambil sarapan yang telah dibekalkan oleh pembantu rumah saya, kuetiaw ladna. benarlah kata orang kasih ibu itu tiada tandingannya. dia telah melayani saya, membuatkan saya terharu. tambahan pula, sedikit sebanyak layanannya membuat saya semakin bersemangat untuk menghadiri temuduga pagi itu. dia turut memberikan nasihat serta petua yang boleh saya turuti. katanya, sekiranya gemuruh, bacalah ayat2 dan doa yang pendek. semoga perasaan gemuruh itu dapat dikawal.

tepat jam 8.30 pagi, saya memulakan perjalanan dari Wangsa Maju ke titik penukaran pertama iaitu Dang Wangi. di sana saya kemudiannya harus berjalan selama lebih kurang 10 minit melalui laluan pejalan kaki berbumbung. sejurus kemudian saya tiba di tempat persinggahan ketiga iaitu monorel Bukit Nanas kemudian dari situ saya akan ke tempat persinggahan terakhir iaitu Raja Chulan. ketika di situ apa yang dapat saya lihat ialah lautan manusia yang sedang menunggu ketibaan monorel tersebut. sudah dapat saya jangka, kehidupan dan gaya hidup masyarakat di Kuala Lumpur amat berbeza dengan kehidupan di Melaka. rata2 tidak mengambil tahu hal orang dan sibuk meneliti jam serta gadget popular masa kini. kos sepanjang perjalanan pergi dapat diatasi kerana saya meminjam kad prabayar touch n go ibu saya. ia amat mudah malah saya tidak perlu beratur dan memikirkan sama ada wang kecil mencukupi atau tidak.



(agak curam menuruni lif bergerak ini)






 (sebuah kedai 'Wariseni' di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung)



tepat jam 8.45 pagi saya tiba di stesen monorel Raja Chulan. waktu temu duga saya bermula jam 10 pagi. dan memandangkan saya telah pun berjanji dengan aunty saya, jadi saya tunggu dia di stesen itu. lebih kurang 35 minit kemudian saya berjumpa dengan dia. dia membawa saya ke bangunan syarikat yang mahu menemuduga saya. kami perlu berjalan sejauh 500 meter namun bukanlah menjadi halangan buat diri saya kerana saya sudah biasa berjalan kaki sejauh itu. cuma yang menjadi halangan ialah lalu lintas yang sibuk maka membuatkan saya perlu berhati2 ketika melintas jalan utama. setelah itu, aunty meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan saya pula memasuki bangunan itu.




(bangunan syarikat Wisma Goldhill)

nasihat pensyarah, supaya datang awal terlebih dahulu saya lakukan. saya tiba di pejabat tersebut tepat pukul 9.30 pagi. persekitaran pejabat begitu korporat, membuatkan saya teruja untuk memasukinya. pintu di buka dan penyambut saya ialah seorang wanita berbangsa Cina. tepat tekaan saya, dia ialah pengurus bahagian sumber manusia yang sebelum ini sering berhubung dengan saya mengenai temu duga ini. oleh kerana saya datang awal, maka dia meminta saya menunggu sebentar di dalam bilik mesyuarat untuk mengisi borang butiran diri. dia turut meminta saya memberi segala dokumen mengenai diri saya termasuklah salinan2 sijil saya. 

temu duga itu berakhir dalam masa 30 minit sahaja. kata pengurus itu, saya telah pun lulus ujian temuduga dan dia akan menelefon saya dalam tempoh 3 hari kemudian. setelah itu saya terus pulang semula ke pejabat ibu saya dan tunggu di sana sementara menghadiri temuduga kedua pada sebelah petang di Wangsa Maju. 

pada sebelah petang, saya ditemani ibu untuk menghantar saya ke pejabat kedua, sekitar berhampiran juga namun sekiranya berjalan kaki dari pejabat ibu saya mengambil masa 30 minit. syarikat kedua juga bersetuju untuk menghubungi saya dalam tempoh minggu yang sama. namun tugasan yang perlu saya lakukan ialah memasarkan produk2 dan menemubual pelanggan. temuduga mengambil masa selama 15 minit itu akhirnya berakhir. kemudian saya berjalan kaki semula ke pejabat ibu saya. cuaca ketika itu begitu panas, namun mujurlah saya membawa kipas tangan. sebelum tiba di pejabat ibu, saya berhenti sebentar di stesen minyak yang bersebelahan untuk membeli minuman 100 plus dan ais krim. hehe setelah penat berjalan, dahaga dan kepanasan dapat disejukkan. sementara menunggu ibu tamat waktu bekerja, saya berehat di dalam bilik pejabat ibu saya dan akhirnya saya tertidur kepenatan.



(masjid tersegam indah yang berdekatan)




(terpaksa berjalan kaki melintas jalan utama kenderaan)

kemudian, ibu menurunkan saya ke stesen Jelatek dan saya meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk bertemu dengan kakak saya. saya tidur di rumah nya selama dua malam bagi memudahkan saya pergi ke tempat temuduga terakhir, juga di Jalan Raja Chulan. Keesokan harinya saya bersiap2 untuk ke temuduga terakhir. oleh itu saya bergerak dari jam 7.30 pagi bersama kakak, dia menghantar saya di stesen LRT Pandan Jaya. dari situ saya menaiki keretapi menuju ke Hang Tuah dan mengambil penukaran monorel ke Raja Chulan. ia amat mudah malah menjimatkan masa kerana saya tiba di syarikat tersebut jam 8.30 pagi.



benar tekaan saya, tiada kedai minum kecil mahupun penjaja yang menjual sarapan pagi. malah kedai yang dibuka ialah Starbucks dan Dunkin Donuts. mujurlah ada kedai roti di bahagian dalam. jadi saya membeli roti sandwich bersama nescafe ais.  kos sarapan pagi yang pada saya begitu tinggi membuatkan saya mula berfikir dahulu jalan penyelesaian sekiranya saya bekerja di situ sama ada membawa bekal ataupun membeli terlebih dahulu di kawasan persekitaran rumah.



(sarapan pagi kos rm6)

saya memasuki bangunan itu dan menuju ke lif menekan butang 9. sama seperti keadaan syarikat pertama, korporat dan juga selesa. seorang lelaki berbangsa Cina membukakan pintu untuk saya, sambil bertanya tujuan saya datang ke sana. dia membawa saya berjumpa dengan pengurus bahagian sumber manusia juga wanita berbangsa Cina. sesi temuduga itu hanya selama 6 minit. ini kerana saya sudah diberitahu tugasan yang bakal dilakukan, maka pengurus itu hanya menerangkan soal gaji dan juga kemudahan yang diberikan.

selesai temuduga, saya pulang semula ke rumah kakak. perasaan bercampur baur, antara suka, gembira dan juga ragu2. semoga saya diterima menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang telah menemuduga saya.


"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku, semoga segala usaha ku mendapat keberkatanMu, aamiin.."




No comments:

Post a Comment