Friday, December 28, 2012

Syukran~ :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukran jazilan selesai sudah pembentangan individu saya bagi Degree kali ini.. apa yg mampu saya kongsi, pada permulaan memang perasaan takut, gemuruh, gementar itu ada. tidak dinafikan, saya turut tidak dapat tidur semalaman. ya, namun akhirnya ketika pembentangan, segalanya berjalan lancar.. saya bersyukur dengan Nya tidak terkira, walau pelbagai dugaan Dia datangkan, akhirnya dapat di atasi.. benarlah yg mana Dia tidak akan memberi sesuatu ujian jika Dia rasa kita tidak mampu menghadapinya.


Baiklah, kini saya sudah boleh digelar sebagai penganggur. ya, setelah tamat sesi pembelajaran selama ini, maka kini perlulah saya mencari kerja. ya kerja! sebut tentang kerja, saya kira sebagai kerja sementara, sebelum saya benar benar ditawarkan pekerjaan tetap. cukuplah saya mencari rezeki sementara ada waktu ni, tambahan pula saya berhajat mahu mengambil lesen memandu selepas ini. itu memerlukan kewangan, dan juga masa.


menjelang tiga hari lagi, kita bakal menjejak ke tahun baru iaitu 2013. setiap orang punya azam, itu saya kira normal dilakukan pada awal tahun. ya, saya punya beberapa azam yg saya mahu dicapai pada tahun hadapan. tidak perlu lah saya nyatakan azam azam saya itu. cukuplah sekadar berkongsi mengenai pandangan saya mengenai azam tahun baru.


walau apa pun perancangan anda, gunakanlah masa itu dengan sebaik baiknya dan semoga ianya bermanfaat. ya, ada terlintas di hati mahu mendirikan masjid, namun itu hanya lah azam pada tahun hadapan in shaa Allah.. :)





Sunday, December 16, 2012

kursus pra perkahwinan~

Assalamualaikum~~

Lama saya x post disini.. cukup tempoh sebulan.. huhu maaf ya, oleh kerana dalam proses penghabisan latihan industri, maka saya agak  sibuk dengan pelbagai tugasan, misalnya tugasan di tempat latihan industri dan juga thesis saya.. oh ya, saya sudah diberitahu tarikh pembentangan individu thesis.. huhu mengira detik hari sahaja ini..

Berbalik kepada tajuk asal...


Kursus pra perkahwinan... ya.. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. saya hanya bercadang, tetapi Dia yang menentukan. maka dengan takdirnya saya telah pun selesai menjalani kursus ini.. pada awalnya, ada juga terfikir, perlukah saya mengambil kursus ini sedangkan saya belum merancang bernikah lagi? namun, akhirnya terbuka jua pintu hati ini untuk menyertainya..



 
 
 
Kursus pra perkahwinan yang di adakan pada 15 & 16 Disember 2012, di tempat saya belajar, akhirnya berjaya saya hadiri. kursus ini adalah dilaksanakan berpandukan JAKIM, bermaksud sijilnya tidak punya tarikh luput sehingga saya bernikah nanti. ya, dan modul2 nya juga adalah seiring modul2 kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh JAKIM.
 
 
Sepanjang dua hari kursus ini, banyak perkara yang saya seakan2 samar2 kurang faham, akhirnya menjadi faham. sepuluh modul wajib dihadiri adalah berkaitan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. ya, tidak dinafikan ada modul yang mana pembelajarannya penting, dan harus difahami. pelbagai pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah2 dapat saya garapkan dan menjadikan sebagai iktibar. yang mana yang baik, eloklah saya ambil. yang mana yang kurang baik, jadikan pengajaran.
 
 
Pun begitu, kursus ini dihadiri oleh pelajar2, pasangan pelajar dan juga pasangan bukan pelajar yang terdiri dari pihak luar. seperti saya, niat hadir untuk menambah ilmu dan disamping itu juga menjadikan sijil yang diperoleh ini sebagai titik permulaan hidup saya, seandainya jodoh saya tiba di kemudian hari. pada saya, berdasarkan harga yang ditawarkan, eloklah saya mengambil dahulu, walaupun ada kebarangkalian pasangan saya kelak mahu mengambil bersama saya. tidak salah sekiranya jika dia mahu, saya boleh menghadiri sekali lagi. ilmu yang diterima apalah salahnya jika diulangi dan diperbaiki sekiranya ada mana2 bahagian yang perlu diolah.
 
Alhamdulillah, semoga semua yang hadir pada kursus ini dikurniakan pasangan yang baik. saya doakan kepada mereka yang hadir bersama pasangannya, semoga selamat diijabkabulkan, dan bahagia hingga ke Jannah, in shaa Allah.. tidak lupa, saya juga mendoakan kawan kawan saya, yang turut hadir bersama kursus ini, semoga dipertemukan jodoh dengan cepat.. eloklah jika sudah ada yang berkenan atau punyai pilihan hati mempercepatkan proses pernikahan itu. kerana yang halal itu sememangnya dituntut Allah. in shaa Allah mudah mudahan :)