Saturday, March 24, 2012

chapter 2 (sambungan 'Lara Dunia')

Ya Allah! aku terlambat! habislah, sekarang jam pukul 11 pagi... kelas pukul 10.30 pagi ni memang betul2 menguji kesabaran. tambahan aku tengah 'cuti'. jadi agak susah nak bangun pagi.

"Hello, Jann. lecturer dah masuk belum? sorry Jann.. aku terlajak." Esya menghubungi Jannah

"Wei, gila lambat kau ni. kau tidur pukul berapa semalam ni?" tanya Jann dengan serius

"Aku tidur pukul 4 pagi Jann.." jawab Esya takut2 dalam panggilan telefon itu. lalu dengan segera dia memutuskan panggilan itu kerana lif sudah pun terbuka luas untuk dia masuk dan turun dengan segera dari asramanya.

Esya berlari selaju mungkin dari asramanya ke kolej tempat dia menuntut. dia sudah terlambat pergi ke kelas. nasib baiklah lif di bawah kosong. lalu Esya dengan pantas menekan butang nombor 9 di dada lif itu. sampainya di kelas, nasib Esya sangat beruntung. pensyarah nya masih belum masuk lagi. dengan segera dia duduk di sebelah Jannah, dan tersenyum kambing. Jannah hanya mampu menggeleng dan merenung Esya. pada ketika itu, buddy Esya, Kamil mula bertanya macam2 pada nya kenapa lambat dan sebagainya. Esya akhirnya hanya mampu senyum dan mengelap peluh nya dengan tisu yang ada kerana ia mula menitis laju di wajah nya. dengan segera dia mengeluarkan kipas sakti nya dan terus menerus dia laju mengipas dirinya. "panas". itulah ayat pertama yang keluar dari mulut nya apabila tiba di kelas.

Jannah sudah tidak tahan lagi. renungan tajam nya akhirnya berakhir dengan sembulan ayat2 pedas dan panas yang penuh tanda tanya pada Esya.

"Pukul 4 pagi? kau buat apa? ini mesti melayan cerita kau tu kan. drama Korea tu. Ish3. apa nak jadi lah dengan kau ni. minat, minat lah jugak, tapi janganlah sampai tidur lambat." teguran Jannah kepada Esya

"Aku tahu Jann, aku minta maaf. lain kali aku x buat lagi. hehe. drama tu best sangat lah Jann. aku jadi seronok tengok x henti2. alaa, jangan lah marah.." pujuk Esya lagi

Kamil mula memasang telinga. dan akhirnya dia ketawa berdekah2 melihat gelagat buddy nya itu dimarahi dan diberi syarahan ringkas oleh Jannah. Esya menjeling pada Kamil, lalu dengan pantas tangan nya yang masih memegang kipas itu memukul bahu Kamil. Kamil masih ketawa.

"Lawak lah kau ni Sya. kah kah kah. kan dah kena sebijik dengan Jannah." perli Kamil pada Esya

"Kau diam lah. aku sumbat kipas ni dalam mulut kau baru tahu. macam lah kau x pernah datang lambat kan. lagi pun lecturer x sampai lagi. relax suda." geram Esya pada Kamil yang rajin mengusik nya

sedang asyik mereka bertiga bergurau senda, akhirnya pensyarah mula masuk ke kelas. pensyarah tersebut menyatakan maaf nya kerana beliau mempunyai mesyuarat sebentar tadi. dengan segera, beliau meminta para pelajar untuk membuka buku teks muka surat 37. buku teks yang tebal itu dibuka dengan pantas. lalu dengan tiba2 pensyarah itu berkata.

"hari ni saya tidak dapat mengajar anda semua. jadi sebentar lagi saya harus ke MITC kerana ada urusan penting. saya mahu anda membaca buku teks ini dan membuat latihan di belakang. please submit to me before 4 pm today. I will be in my office after 2 o' clock. okay so class dismiss! before that, class rep Munif please write down all students name who came to my class today. I will give you an extra marks. to those whose not come, I will deduct 1 marks from your test." terang pensyarah itu dengan laju sambil segera menulis di papan putih kerja khusus yang perlu dibuat oleh pelajarnya.

"Hoorayy!" Esya jerit kegembiraan, lalu ditepuk bahu oleh Jannah. Esya ketawa.

"Apa lagi jom lah balik! sambung Korea la, hehehe." bergurau Esya pada Jannah

Jannah sahabatnya di kolej ini, satu2nya yang memahami perangai Esya yang suka bergurau dan menyakat orang. kadang2 dia agak rimas dengan Esya, namun kadang2 gurauan Esya mampu menceriakan hari2 Jannah.

Jannah senyum dan menggeleng. di dalam hati nya berkata kegeraman dia terhadap Esya namun tersenyum akhirnya kerana sudah tidak mampu melawan kenakalan Esya itu.

"Sya, jom gi makan nak? alang2 kelas cancel ni, moh le kita gi makan. nak x?" pelawa Kamil pada Esya

"makan? em.. tapi aku kena g bank kejap. ibu aku baru bank in. xdok pitih ni. lain lah kau nak belanja aku, aku on je hehehe" jawab Esya

Tangan Esya ligat menaip sms kepada ibu nya, menanyakan khabar berita dan memberitahu sekiranya wang belanja sudah di masuk kan atau tidak. malang sekali, ibu nya masih lagi dalam mesyuarat di pejabat nya. ibu nya memesan agar Esya meminjam dahulu wang kawan nya kerana petang nanti baru lah ibu nya boleh ke bank.

"Hm.. aku xdok pitih la Kamil. ibu aku x masuk kan duit lagi. aku x makan kot. balik bilik je la." rintih Esya pada Kamil

Pada ketika itu, Jannah sudah pun bergerak ke perpustakaan untuk menggunakan komputer di sana. ini kerana Jannah tidak mempunyai komputer peribadi maka segala kerja khusus dia akan lakukan di perpustakaan.

Esya berjalan kaki pulang ke asramanya. secara tidak sengaja, dia terserempak dengan lelaki yang sudah lama dia perhatikan, Johan. namun Johan pada ketika itu tidak mengenalinya. Esya hanya mampu mengeluh, dan meneruskan perjalanannya ke ruang lif di asramanya.

punya lah lama aku x terserempak dengan dia. tapi bila dah terserempak, dia dunia dia, aku dunia aku. dia x kenal aku langsung. Johan, bila lah aku boleh berkenalan dengan kau ni. dapat kawan pun jadilah.

tiba2 telefon bimbit nya berbunyi. 

"Hello?"

"Assalamualaikum Esya, apa khabar?"

Suara itu tidak dikenalinya. siapa tuan empunya suara ini? nombor yang terpapar di skrin telefon bimbit tidak mempunyai nama. ternyata, nombor yang tidak dikenali.

"Waalaikummussalam, ya saya Esya. Ini siapa?"

"X kenal ke? okay, saya Hafizi. masih ingat kah?"

Hafizi! nama yang cuba dilupakan oleh Esya. dia, bekas teman lelaki dahulunya yang pernah mengecewakan Esya. akhirnya Esya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hafizi. lelaki itu terlampau kejam, bukan kerana dia membunuh orang. tetapi kejam kerana mempermainkan perasaan Esya. di tanya, di jawab endah x endah. kadang kala bersikap tidak ambil peduli, kadang kala panas baran. kadang kala beribu alasan diberikan oleh kerana sibuk praktikal di Subang, Malaysia Airlines. Ya, lelaki itu adalah merupakan pelajar jurusan penerbangan dan kejuruteraan. maka dia bakal menjadi seorang juruterbang sekiranya dia berjaya menjalani praktikal nya selama dua tahun.

"Oh. kenapa?" jawab Esya seolah2 mahu memutuskan panggilan itu dengan segera

"Awak, janganlah begini. saya masih mengharapkan awak. saya masih sayangkan awak. kenapa begitu lama awak menjauhkan diri dari saya? hampir dua tahun saya menunggu awak, cuba hubungi, awak mesti memutuskan panggilan. bila saya sms, awak tidak pernah jawab. sedangkan saya selalu menjadi orang pertama yang wish birthday awak, setiap tahun." jelas bersungguh2 Hafizi kepada Esya

Tidak! aku tidak mahu mendengar! cukup! aku benci kau! sudah jangan telefon dan ganggu aku lagi. aku masih ingat apa yang kau dah buat pada ku. masih segar di ingatan ini. sampai bila2 aku xkan maaf kan kau. kau terlampau kejam! sedangkan aku begitu sayang, kasih pada kau. aku percayakan kau. aku sudah lama bersabar dengan setiap perbuatan kau. bersifat tidak mengambil berat, langsung tidak menghubungi aku selama 2 bulan. 2 bulan! apa erti menjadi kekasih tetapi selama 2 bulan kau menghilangkan diri? alasan, kau sibuk. sibuk sangat sampai langsung tidak boleh menghubungi aku? sibuk sangat sehingga aku terserempak dengan kau yang berkasih-kasihan dengan perempuan lain? itukah maksud kau sibuk? kau curang dengan aku!

Kata2 yang cuba Esya ungkapkan, namun tidak kesampaian kerana Esya cuba mengawal diri nya agar tidak meletup dan di layani emosi. maka, Esya terus menekan butang merah, panggilan terhenti. dia sudah tidak sanggup mendengar pujukan rayu Hafizi. hati nya sudah tiada lagi insan bernama Hafizi Hashim. oleh sebab itu, selama dua tahun juga Esya menutup pintu hatinya pada mana2 jejaka yang cuba menyunting nya. dia sudah tidak percaya pada insan bernama kaum adam. namun kini hatinya seolah2 diuji, dan ingin dibuka semula pada Zarul dan juga Johan. namun dia cuba mengawal diri nya agar tidak mudah hanyut. jadi Esya sering mengingatkan dirinya agar berkawan sahaja dengan kaum adam pada ketika ini.

"menyampah gila aku. enough is enough la. boleh pula kau ni guna nombor telefon lain semata2 nak call aku?" monolog Esya sendirian

Sesampai di bilik, Esya membuka komputer peribadi nya. dia melayari laman sosial masa kini, facebook. dia mula menaip status. 

"please stop. I don't want anymore." status yang tertulis di facebook itu.

5 minit kemudian, pelbagai komen mula memasuki. bertanya, pelbagai persoalan dan meneka. itulah peranan kawan2 Esya yang cuba menarik perhatian agar dia membalas komen di situ.

Namun, tiada jawapan diberikan. Esya tidak mahu menjawab. dia duduk termenung di bilik menghadap pandangan ke tingkap, melihat indahnya langit biru ketika itu.

Aku mahu kenal dengan Johan. Zarul dah, kini Johan pula. tapi bagaimana? aku sudah add facebook dia. tapi dia masih tidak kenal aku. dan aku juga jarang komen2 di facebook nya. adoi! pening kepala lah. satu demi satu. bongok punya Hafizi! 

Esya menjerit di bilik nya tanda dia marah. marah dengan Hafizi.

Lalu Esya membuka laman sosial kedua nya, twitter. dia menulis status dan menceritakan segala yang terjadi pada hari ini bermula dari dia terlewat bangun sehingga ke peristiwa Hafizi menelefon nya. bagi Esya, meluahkan segalanya di twitter lebih memuaskan hati berbanding di facebook. ini kerana, twitter tidak mempunyai ruangan komen2 seperti facebook. malah umum tidak akan tahu.

Seperti dijangka, kawan2 di twitter yang tidak pernah dia jumpa itu, tidak mengambil peduli status Esya. ya, itulah yang dia mahukan. tiada yang busy body. privacy. dia bebas menulis apa saja kerana tiada yang akan membalas, atau bertanya. namun sekiranya dia menulis status mengenai artis Korea, maka mulalah pelbagai persoalan, jawapan akan diberikan oleh pengikut2 nya di twitter itu.

Sesudah meluahkan segalanya, Esya terus menutup komputer peribadinya dan tertidur di katil nya. dia mahu lupakan segalanya. dia cuba tidur, sambil membayangkan artis kesayangan nya. supaya dia bermimpi manis. supaya dia tidak terbawa2 dengan al kisah Hafizi, Johan dan Zarul. tiga lelaki yang bermain di fikiran Esya. kini tinggal dua. Zarul dan Johan. 

Pintu bilik nya diketuk, tanda teman sebilik sudah pulang dari kuliah. Esya bangun membuka pintu. dilihat, Fana masuk dengan muka keletihan. kasihan Fana. dia pelajar tahun akhir semester ini. banyak perkara yang harus dia lakukan sebelum berakhirnya semester ini. aku tidak boleh berceritakan ini pada Fana. aku takut dia serabut pula nanti. lebih baik aku pendam kan saja. lebih baik aku bercerita pada Jannah malam nanti. lalu Esya menyambung tidur nya semula. secara tidak sengaja, air matanya jatuh membasahi pipinya. dia menangis. namun dia tidak tahu mengapa dia menangis. lalu dia cuba menutup muka nya dengan bantal kecil nya supaya tidak di nampak oleh Fana. akhirnya Esya tertidur dalam tangisan.

baik lah, akan bersambung lagi di kemudian hari. apabila aku punyai idea yang lebih best, dan menjadikan fan fiction ini lebih menarik! :)

No comments:

Post a Comment