Thursday, July 26, 2012

10 tanda kita wajib berkahwin- ringkasan dari buku "Mencari Pasangan Hidup"

Rasulullah bersabda:

"Wahai para pemuda. barang siapa di antara kalian yang mampu bernikah, maka bernikahlah. kerana pernikahan itu lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menekan syahwatnya (sebagai benteng)

-Hadis sahih riwayat al-Bukhari, bab Nikah, no. 5066 dan Muslim no. 1402

1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang

Firman Allah:

"Dan kahwinlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin, maka ALLAH akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA; dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui."

-Surah an-Nur: 32

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati ALLAH. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Contohnya, perasaan sunyi bagi mereka yang pernah menghadapi putus cinta, ketiadaan anak dan hidup bersendirian di penghujung usia. Keadaan ini pasti mengundang kesedihan di hati. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut. Apalah guna harta, kemewahan dan kegembiraan jika ia tidak boleh dikongsi?

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon mereka itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat. Ingatlah bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

2) Kehidupan yang tidak terurus

Kehidupan yang sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru, orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga sistematik.

3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan.

Rasulullah bersabda:

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa."

-Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada pelbagai pihak. akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

5) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

6) Jatuh cinta pada seseorang

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah menciptakan manusia dengan fitrah sedemikian. lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'ketetapan ALLAH dengan hikmah-NYA menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. tetapi akan menjauhkan daripada yang berbeza dengannya.' inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-NYA.





Maka sedemikianlah sedikit ringkasan dari buku yang dipilih kali ini, "Mencari Pasangan Hidup". saya tidak lampirkan selebihnya kerana, empat tanda lagi itu memasuki bidang yang lebih mendalam, yakni tidak sesuai diceritakan disini. tambahan pula, masih ada followers saya yang berada di bawah umur. namun begitu, ambillah iktibar dan sekiranya anda sudah mencapai tanda2 seperti di atas, maka segerakanlah anda berkahwin. ini bagi mengelak berlakunya maksiat serta zina di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment