Sunday, July 29, 2012

itu ujian..

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

sedar x sedar, dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. alhamdulillah, saya masih boleh lagi meneruskan ibadah puasa ini tanpa gangguan. namun, dalam waktu kita menahan nafsu lapar dan dahaga, siapa tahu akhirnya saya diduga dengan ujian dariNya.

dalam tempoh 9 hari sahaja berpuasa, saya sudah terasa akan ujian dariNya. pertama, ujian kesabaran. jujur, saya bukan penyabar namun ketika ini saya banyak diduga untuk lebih bersabar. adakala kita memang tidak mampu memuaskan kehendak orang di sekeliling kita. justeru itu adakala saya menahan kemarahan dalam hati, tidak pedulikan hal tersebut dan menganggap ia ujian buat saya. ya, saya juga mahu menjadi penyabar. biar lah orang lemparkan tohmahan pada saya yang penting saya hanya perlu bersabar. sering kali kita mendengar pepatah "sabar itu separuh dari iman". oleh itu saya mahu sikap sabar itu tertanam dalam diri ini.

ujian kedua, kemalasan. ya Allah.. susah mahu saya gambarkan namun sejak berpuasa, sikap malas saya semakin menebal dalam diri ini. mengapa sepertinya Dia mahu menguji saya tetapi hari demi hari saya menjadi malas. malas dalam konteks kehidupan. bagi konteks ibadah, rajin pula jadinya. tetapi bila disuruh membuat sesuatu itu perasaan malas terus datang, tambahan kuat tidur di siang hari. memang benar, tidur di bulan puasa dapat pahala tidur. namun jikalau tidur secara berlebihan? itu bukan menjadi pahala tetapi puasa pun silap hari bulan boleh jadi makhruh. itulah yang saya tidak mahu ia terjadi.

dan yang terakhir ujian keikhlasan. dalam melakukan sesuatu pasti kita sering terdengar istilah ikhlas. apakah benar saya ikhlas melakukan ibadah? apakah saya ikhlas menolong orang? itu saya cuba rungkaikan. pelik sekiranya kita membuat sesuatu kerja tanpa ikhlas, yang mana hasilnya kurang memuaskan. ikhlas dalam beribadah kita boleh lihat yang kita bersungguh2 melakukannya, sebagai contoh solat sunat terawikh dan witir. jika kita berasa letih, penat dan sebagainya kerana melakukan solat tersebut maka kita tidak benar2 ikhlas melakukannya. soal letih dan penat itu saya tidak pernah nyatakan pabila melakukan solat sunat dalam bulan mulia ini. saya bimbang, sekiranya terlintas di fikiran saya "ish letih lah solat terawikh ni", maka Dia tidak menerima solat saya.

 



"ikhlas beribadah kepada Allah beerti diri sudah mentauhidkan seikhlasnya hanya pada Dia"

No comments:

Post a Comment