Wednesday, July 25, 2012

persediaan ke alam baru~

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

sementara menunggu waktu imsak dan subuh saya sempat lg cuba menulis belog disini hihi. okay persediaan ke alam baru itu ialah persediaan saya menuju ke alam latihan industri. seperti mana yg anda semua tahu saya bakal mengikuti latihan industri bagi semester 6 iaitu semester terakhir bagi ijazah sarjana muda perniagaan pemasaran. ya tidak dinafikan, saya berdebar2 menanti tarikh penting permulaan semester baru iaitu 6 Ogos 2012.

maka saya ingin berkongsi sedikit tips atau petua sebelum memasuki alam perkerjaan. tips yg pertama, kenal pasti tugasan harian anda. ketika anda dalam sesi temubual dahulu, pihak syarikat pasti telah pun memberitahu anda antara tugasan2 harian yg perlu anda lakukan. sebagai contoh, anda ditugaskan untuk membuat laporan harian. maka kenal pasti apakah laporan harian yg perlu anda lakukan seperti dalam format penulisan, grafik, data atau pun pembentangan. ini kerana laporan harian bergantung kepada keadaan fizikal syarikat tersebut. sekiranya syarikat itu merupakan syarikat pemasaran produk, maka jenis laporan yg biasa dilakukan ialah dalam format pembentangan. 

tips yg kedua, ketahui apakah skop pekerjaan anda. sebagai contoh, skop pekerjaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kewangan, pemasaran, insurans dan juga perniagaan. dengan menggunakan kaedah ini ia amat memudahkan anda setelah mengetahui bidang tertentu dalam syarikat tersebut. walaupun pada dasarnya anda berada di bidang pengurusan sumber manusia, tidak menjadi mustahil anda akan dipindahkan ke bidang pentadbiran dalam syarikat tersebut.

tips yg seterusnya, pelajari atau cuba mengingati semula apa yg telah anda belajar sebelum ini. sudah pasti anda akan menjalankan latihan industri mengikut kursus yg anda ambil. maka cuba lihat semula informasi2 penting yg boleh diguna pakai bagi diri anda. ini supaya anda tidak menjadi kelam kabut dan pengurus akan melihat anda sebagai seorang yg sentiasa bersedia serta berkebolehan melakukan sebarang perkerjaan.

persediaan berikutnya ialah minda dan juga mentaliti anda. minda memainkan peranan yg penting kerana setiap perbuatan atau pergerakan kita dikawal oleh minda atau pemikiran kita. jika anda berfikir perkerjaan itu susah, maka anda akan menjadi pekerja yg sambil lewa serta tidak berani menyuarakan pandangan anda sendiri. maka ia membuatkan anda berfikiran negatif yg mana kemudiannya akan mempengaruhi keadaan fizikal anda, dalam konteks menjadi malas.

tips yg berikutnya, persediaan fizikal. fizikal amat penting kerana ia menggerakkan otot2 dalam tubuh badan. sepanjang anda di rumah, pastikan anda melakukan sedikit pergerakan dalam seharian kerana tanpa pergerakan badan anda akan menjadi semakin lemah. sebagai contoh, anda tidak perlu berlari selaju mungkin tetapi cukuplah sekadar melakukan perkerjaan ringan di rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain dan sebagainya. pergerakan fizikal ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi cergas sepanjang hari. ini kerana sedikit pergerakan membantu perjalanan darah anda di dalam badan. apabila saluran darah berjalan dengan baik, maka keadaan fizikal anda kelihatan kuat dari luaran.

tips yg terakhir, berdoa. bagi umat Islam mahupun umat bukan Islam, berdoa kepada tuhan anda semoga dapat menjalankan latihan industri dengan keadaan baik dan berjalan lancar. setiap pagi bangun dengan berkata pada diri sendiri anda kuat serta yakin akan memberi impak positif yg mana ion2 positif akan terus masuk dalam tubuh badan anda. berdoa kepada tuhan misalannya bagi yg beragama Islam, setiap kali selepas solat mohon lah agar permudahkan segala tugasan harian anda, supaya diri memperoleh semangat baru dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

"apabila berada di dalam kekusutan fikiran, jalan yang terbaik ialah berdoa kepada Nya moga dipermudahkan segala urusan harian"

No comments:

Post a Comment