Monday, March 19, 2012

kehebatan Lee Ji Eun a.k.a IU~

Siapa x kenal IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun? Penyanyi cilik yang berbakat besar ini baru sahaja tamat graduasi persekolahan nya. IU merupakan artis naungan LOEN Entertainment (Korea) dan EMI Music (Japan) dilahirkan pada tarikh 16 May 1993. Kini beliau berusia 18 tahun sudah berkecimpung dalam industri hiburan selama hampir 4 tahun (debut tahun 2008)

IU pada awal kemunculan nya (debut)

Zaman debut beliau adalah ketika IU mula muncul dalam rancangan hiburan Korea Selatan, iaitu M! Countdown pada 18 September 2008. Pada bulan yang sama tidak lama itu IU muncul buat pertama kali dengan anak pertama nya iaitu mini album bertajuk 'Lost and Found' yang mempunyai isi lagu paling popular ketika itu, 'Missing Child'. Walaubagaimana pun, tuah tidak semestinya datang bergolek, yang mana album itu tidak mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat muzik tanah air sehingga kemudian IU muncul dengan album yang telah memecah rekod dalam industri hiburan bidang nyanyian.


IU di zaman persekolahannya


Seterusnya pada tahun 2009, IU sekali lagi muncul dengan album penuh pertamanya, 'Growing Up' yang memasarkan lagu 'Boo' sehingga berjaya memasuki carta pop muzik Korea teratas, Inkigayo. Dikatakan, suaranya yang merdu lunak dan berbakat besar itu merupakan pencarian hampir kesemua pemuzik dan penulis lirik lagu di Korea Selatan, yang mana percaya IU bakal pergi lebih jauh dari itu.


IU ketika buat pertama kali memenangi M! Countdown


Berkat kesungguhan beliau, akhirnya umum mula mengenali siapa IU yang sebenarnya. Peminat beliau semakin bertambah tidak kira golongan muda mahupun tua turut meminatinya. IU mempunyai sikap keanak-anakan yang sering menghiburkan semua krew produksi di set penggambaran dan juga di dalam studio. Kesungguhan dan mempunyai disiplin yang bagus menyebabkan ramai pihak cuba mengambil beliau untuk menjadi naugan artis di bawah mereka. Namun IU setia dengan syarikat pertamanya iaitu LOEN Entertainment yang sentiasa menjaga kebajikan para artis nya dengan baik.


dari kiri: IU, Sooah & Jiyeon (kawan baik)


Pada tahun 2010, sekali lagi pencipta lirik lagu 'Nagging' telah memilih IU untuk menjadi pasangan duet bersama Im Seulong (2AM) kerana merasakan suara IU amat sesuai digandingkan bersama dengan penyanyi vokal lelaki itu. Lagu 'nagging' itu adalah untuk rancangan program realiti hiburan Korea Selatan, 'We Got Married' yang mana ketika itu IU berjaya memenangi anugerah pertamanya menerusi debut nya dalam SBS Inkigayo melalui lagu 'nagging' itu. Beliau seterusnya semakin menjadi pilihan ramai dan menerima rezeki yang melimpah ruah menerusi kemunculan buat pertama kalinya dalam lagu latar cerita 'Road No 1' menerusi lagu 'Because I'm a Woman'.


IU bersama Im Seulong


Selain daripada itu juga, bakat IU terserlah apabila beliau berkebolehan bermain alat muzik gitar, yang mana apabila beliau mengadakan konsert peribadinya, beliau akan mengadakan satu slot bermain gitar di tengah2 pentas. Disebabkan bakat nya itu, akhirnya beliau dipilih untuk melakonkan watak Kim Pil Suk dalam drama Korea terhangat tahun 2011, 'Dream High'. IU ketika ditemubual berkata, sedikit sebanyak watak Kim Pil Suk itu ada dalam dirinya. 


IU bersama Woo Young salah seorang pelakon Dream High


IU ketika bermain gitar di atas pentas


Pada tahun 2011, IU muncul sekali lagi dengan gandingan single terbaru 'Good Day' yang membuatkan beliau dikenali sebagai artis vokal wanita yang boleh menyanyi koder sampai ketiga tinggi notanya.  Seterusnya beliau juga turut popular menerusi lagu 'The Story I Didn't Know' yang mana lagu tersebut berada di carta teratas. Selain daripada itu juga, IU sendiri telah mengubah lagu untuk drama Korea 'The Greatest Love' yang bertajuk 'Hold My Hand' yang mana beliau sendiri menyanyikannya. Ini adalah kerana beliau amat menghormati senior dalam syarikat beliau iaitu, Cha Seung Won yang juga merupakan pelakon utama dalam drama tersebut.


IU dalam muzik video Good Day

Pada 29 November 2011, lahirnya album penuh kedua beliau 'Last Fantasy' yang berupaya mempunyai sebanyak 13 buah lagu yang mampu menjadi bualan hangat dalam industri muzik Korea Selatan. Antara menjadi sambutan ramai ialah 'You & I' lagu yang sangat popular menerusi tarian pusingan arah jam. Seterunya, IU telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan siaran langsung di  Tokyo's Bunkamura Orchard Hall yang juga merupakan debut pertama beliau dalam single Japan 'Good Day' di negara matahari tersebut.


IU dalam muzik video nya, You & I

IU bergambar bagi promosi album single debut di Japan

Sikap keramahan beliau adalah salah satu faktor ramai artis dari kumpulan lain turut menjadikan beliau sebagai idola mereka. Antaranya ialah kumpulan idol lelaki popular iaitu B2ST sendiri amat menyanjung IU sehinggakan sanggup menghadiri konsert artis cilik itu secara rahsia kerana bimbang imej mereka akan tercemar. Salah seorang ahli B2ST iaitu Yang Yoseob pernah menyatakan dalam satu temubual esklusif bersamanya iaitu beliau amat meminati IU sehingga apabila bertemu dengan nya, beliau akan mula rasa gugup seolah2 bertemu dengan pasangan kesukaannya.


Yoseob amat suka sikap IU yang keanak-anakan

Peminat mula menggandingkan IU dengan Yang Yoseob kerana mereka kelihatan amat secocok bersama ketika saling berduet menyanyikan lagu 'If You Want A lover' pada sebuah acara hiburan hujung tahun lepas. Bukan itu sahaja, Taeyang (Big Bang) turut pernah menyatakan bahawa beliau memilih IU sekiranya diberi peluang untuk berganding bersama atau menjadi kekasih. Kenyataan beliau itu telah membuatkan kemunculan IU pada sebuah konsert khas bersama Taeyang, yang mana IU telah mencium pipi nya. Kini ia menjadi bualan hangat media kerana baru2 ini rancangan itu di tayangkan semula di mata umum.


IU ketika berduet bersama Yoseob

IU mencium pipi Taeyang dalam sebuah rancangan hiburan


Selain daripada itu juga, IU turut diberi peluang untuk menjadi endorser bagi pelbagai jenama pakaian dan juga makanan. Terbaru, beliau menandatangani perjanjian kontrak dengan pakaian sukan jenama Le Coq Sportif, yang agak popular di negara beliau. 


Walaupun beliau berbadan kecil, namun beliau amat dikenali sebagai artis cilik yang suka makan. IU amat menggemari makanan laut, terutamanya kerang bakar. Ini dapat dibuktikan melalui kemunculan beliau dalam siri program realiti permainan terkini, 'Running Man' yang mana ketika itu beliau adalah tetamu undangan bagi episod di Yeosu, kerana beliau merupakan ambassador bagi Pameran Dunia Yeosu. Nmaun demikian walaupun beliau suka makan, beliau kini nekad tidak mahu makan dengan banyak kerana di awal kemunculan badan nya agak berisi sehingga ada anti peminat nya yang memanggil beliau sebagai 'piggy'. Semangat yang kental dan tidak pernah berputus asa membuatkan IU nekad menguruskan badan nya, dan kini beliau mampu memakai baju saiz ekstra kecil.


IU dalam Running Man episod 77


IU juga amat meminati warna2 yang terang seperti kuning, merah dan juga oren. Oleh sebab itu, ramai peminat tidak menyangka bahawa IU boleh bermain bola keranjang walaupun beliau berbadan kecil dan cilik. Kini IU semakin dikenali ramai, malah peminat nya semakin bertambah dengan debut terbarunya di negara Jepun itu. Selain itu, kecantikan semula jadinya telah membuatkan dia dikenali sebagai 'Nation's Little Sister' di negara Korea Selatan kerana mempunyai kulit wajah yang cantik dan sikap yang bersopan santun yang amat sinonim di negara itu.


IU ketika rakaman dalam muzik video Last Fantasy





No comments:

Post a Comment