Tuesday, March 27, 2012

kematangan~

kematangan selalu disalah ertikan sebagai dewasa. tidak, matang x semestinya anda sudah dewasa. ada orang yang matang sebelum usia mencecah 20 tahun. misal nya, baru2 ini terdapat kes yang mana budak berumur 9 tahun sudah melahirkan bayi. jadi dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang matang. namun, benarkah matang itu wujud dalam diri setiap orang?

gambar sekadar hiasan: monyet juga tahu berfikir :)


saya ingin mengupas persoalan ini.


sebenarnya, usia matang manusia bergantung kepada tahap pemikiran seseorang itu. misalan nya, seseorang itu sudah mampu berfikir dan melakukan kerja dengan baik. seperti diri saya, yang berusia 23 tahun ini saya mengaku saya masih belum matang. pemikiran saya masih kebudak-budakan. kadang kala berjiwa keanakan dan manja. ini mungkin faktor kelahiran saya dalam keluarga sebagai anak bongsu. namun begitu, anak bongsu tidak bermakna saya tidak boleh melakukan kerja. sepanjang saya hidup, saya sudah alami pelbagai rintangan dan juga hidup berdikari. 


baik lah, kadang kala kematangan seseorang itu juga boleh terjadi apabila terdapat sesuatu perkara yang meninggalkan kesan dalam diri dia. sebagai contoh, dia kehilangan orang yang dia sayangi. ini boleh terjadi kerana dia sudah mula berfikir bahawa dia mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menjaga adik beradik nya.


oleh itu, usia kematangan seseorang akan berlaku di suatu peringkat yang mana minda nya sudah menetapkan dia bersedia menerima segala rintangan besar dalam hidupnya, sebagai contoh, apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak. ketika itu dalam diri akan mempunyai suatu perasaan menyayangi dan bertanggungjawab memelihara anak serta keluarga dengan baik dan sempurna makan minum nya.



sekiranya anda masih tertanya-tanya, ya. anda seharusnya melihat diri anda, adakah sudah mencapai usia kematangan atau pun belum. untuk mengetahuinya ia boleh diukur melalui sikap, perbuatan dan tingkah laku diri anda. saya bagi contoh tiga situasi untuk anda mendapat gambaran mengenai usia kematangan seseorang.


Situasi pertama:

anda berkawan dengan seseorang, dan secara tidak sengaja dia telah menyinggung perasaan anda. apakah tindakan yang anda lakukan?
a) merajuk dan minta dipujuk
b) memarahi kawan anda semula
c) memaafkan kawan anda dan berkawan dengan dia semula



sekiranya jawapan anda a) atau pun b), anda di kategori kan sebagai belum mencapai usia kematangan. jawapan yang paling sesuai ialah c). ini kerana pada usia kematangan, bergaduh dengan kawan itu adalah asam garam kehidupan yang mana menganggap ia sebagai rencah yang menyedapkan lagi perhubungan antara satu sama lain. sama contoh dalam rumahtangga. jika si suami menyinggung perasaan si isteri, itu hanyalah gurauan senda si suami yang kadang kala mahukan belaian kasih dan manja dari isteri nya.

"kita kawan sampai bila-bila, itu janji saya"




Situasi kedua:

anda sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan gelap yang sunyi dan tiada orang dan secara tiba2 ada seorang cuba merompak anda. apakah yang anda lakukan?
a) memberi apa saja yang di minta
b) melarikan diri dan cuba meminta tolong
c) melawan dan cuba mencari senjata untuk memukul perompak tersebut



jawapan yang tepat adalah a). ini kerana usia kematangan turut mengajar kita untuk berfikir sebelum bertindak. adakah anda mahu di kejar, dan di apa-apa kan oleh perompak tersebut? pernahkah anda terfikir bahawa perompak itu membawa senjata juga di dalam poketnya? itulah risiko yang bakal anda hadapi. namun jika anda memberi apa yang perompak itu minta contoh, wang, telefon bimbit, sedikit sebanyak anda sudah menyelamatkan diri anda dari bahaya yang tidak dijangka seperti dibunuh atau ditikam.

gambar hiasan: ada situasi yang mana perompak menyerang dengan menunjukkan pisau.




Situasi ketiga:

anda berada di sebuah hotel, di bahagian cafe dan sedang rancak memilih makanan. di hadapan anda ada pebagai menu yang menyelerakan dan membuka pandangan mata anda. anda:
a) segera memilih memenuhkan pinggan dan mengambil apa saja yang di depan mata
b) mengambil sedikit demi sedikit setiap menu yang ada
c) hanya mengambil satu jenis menu, dan datang semula apabila ia sudah habis dimakan



jawapan, c). mungkin anda akan berkata bahawa b) ialah jawapan paling tepat namun anda silap satu perkara. ya memang benar hanya mengambil sedikit demi sedikit bagi setiap menu yang ada. tetapi pinggan yang anda bakal bawa ke meja makan itu sudah pun dipenuhi dengan makanan yang bercampur2 seperti nasi, kuih dan juga buah. orang sekeliling akan melihat diri anda sebagai seorang yang tidak pandai menjaga adab di meja makan dan apabila berada di majlis terhormat. jadi, apa yang harus anda lakukan ialah hanya mengambil satu jenis menu di satu bahagian, dan kembali ke meja makan. selesai menu tersebut barulah ke bahagian buffet dan mengambil menu kedua di bahagian yang berikutnya. ikut lah kitaran menu yang telah dinyatakan misal nya jika pada ketika itu terdapat hidangan sup, maka mulakan dengan memakan sup dahulu.

pilih lah makanan dengan bijak dan bersesuaian dengan diri anda supaya tidak membazir :)



dari tiga situasi yang telah saya berikan ini maka dapat saya simpulkan bahawa usia kematangan itu bergantung kepada cara kita berfikir. adakah kita mampu berfikir benda yang baik dan buruk serta adakah kita tahu melakukan sesuatu perkara kena di tempatnya?


tepuk dada, tanya selera :)

No comments:

Post a Comment