Saturday, March 31, 2012

A? B? AB? O? ape tuu??

Assalamualaikum..

melihat jam di laptop sudah pukul 5.27 pagi.. haha.. saya tidak tidur lagi.. tapi nasib baik lah esok saya tiada apa2 program penting, jadi boleh lah berehat2 di bilik, hehehe.. tiba2 pagi buta begini saya mendapat idea untuk membuat penulisan mengenai darah. oh darah? kenapa dengan darah? sebab, saya pernah menonton sebuah rancangan program hiburan Korea Selatan, U Kiss vampire. rancangan itu menunjukkan kumpulan darah manusia dan sikap2 mereka. oh baru lah saya tahu bahawa melalui jenis darah juga kita boleh tahu personaliti seseorang itu. jom kita tengok 4 kumpulan darah yang sinonim dengan manusia serta sikap positif dan negatif nya :)

Darah Jenis A
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Sikap Positif: 
1. Mementingkan adat dan budaya.
2. Menepati masa
3. Mudah bergaul
4. Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
5. Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:
1. Mudah obses pada sesuatu benda.
2. Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.



Darah Jenis B
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Sikap Positif: 
1. Menyayangi binatang.
2. Kreatif dan mudah bergaul
3. Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
4. Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
5. Sangat penyayang.

Sikap Negatif:
1. Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
2. Sukar untuk memikul tanggungjawab

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.




Darah Jenis AB
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Sikap Positif:
1. Rasional dalam membuat keputusan.
2. 'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain
3. Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:
1. Kadang-kadang suka mengasingkan diri
2. Sukar untuk membuat keputusan
3. Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.




Darah Jenis O
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Sikap Positif: 
1. Teguh pendiriannya.
2. Bercita-cita tinggi
3. Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:
1. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
2. Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap
kejam terhadap orang lain.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


Jadi bagaimana? sudah kah anda tahu jenis darah anda? adakah personaliti yang saya nyata kan di atas ada dalam diri anda? 


sekiranya ada, itulah diri anda. namun sekiranya anda tidak suka dengan sikap negatif dalam diri anda, anda boleh berubah. tiada manusia yang tidak diberi peluang untuk menjadi lebih baik dari sebelum nya. seperti diri saya, setelah saya melihat jenis darah saya, dapat disimpulkan kebanyakan nya memang tepat. ya, itu diri saya. namun apabila saya melihat sikap yang negatif, saya terfikir untuk berubah. ya, kadang kala sikap saya amat menjengkel kan pihak2 sekeliling. selagi saya masih bernyawa di dunia ini saya akan cuba menjadi manusia yang berguna kepada semua pihak. bukan kesempurnaan yang di minta, tetapi sumbangan saya pada mereka. 



Ini hanyalah sekadar perkongsian terbuka. tidak bermaksud untuk menyinggung mana2 pihak. 




cuci mata: Lee Donghae berdarah A ^^V



ceria kan lah hari anda dengan meluangkan masa bersama teman rapat anda. di samping itu beriadah bersama mereka akan menyatukan perpaduan dan hubungan silaturrahim itu semakin kuat sesama anda. :)

No comments:

Post a Comment