Tuesday, April 3, 2012

cinta yang hakiki, suci dan abadi :)

Assalamualaikum semua :)

Apa khabar? sihat kah anda? gembira atau pun sedih kah anda? jangan begitu.. jika gembira itu suatu anugerah perasaan yang indah dihadiahi oleh Allah Swt.. tetapi jika sedih, itu tandanya Dia sedang menguji keimanan anda. baiklah, hari ni seperti biasa, saya tidak dapat tidur lagi. hehe dah jadi lumrah hidup seorang pelajar, tidak tidur malam ialah normal. malah saya masih teringat kata2 bekas perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau hanya memerlukan 4 jam sahaja untuk tidur. ya, 4 jam sudah cukup untuk mendapatkan rehat yang berkualiti dan membuat otak kita mampu berfikir serta bekerja dengan lebih baik. okay lah. itu bukan topik saya pada pagi yang hening ini (sudah pun terdengar burung2 pagi berkicauan menandakan waktu subuh hampir menjelma). melihat pada tajuk, anda pasti sudah dapat meneka, cinta yang hakiki, suci dan abadi.. semestinya cinta pada yang satu, ALLAH SWT.. :)

Topik ini dapat saya huraikan kerana, saya sudah pun habis membaca buku kefahaman peribadi untuk membina keluarga bahagia, 'Mencari Pasangan Hidup' karya Ustaz Emran Ahmad. walaupun seharian saya sibuk dengan dunia pelajaran, sosial dan hiburan, tetapi pengisian hati tidak saya lupakan. jadi saya menggunakan peluang yang ada untuk menghabiskan pembacaan saya dengan buku ini. anda boleh lah mendapatkan buku ini di mana2 cawangan kedai buku seperti popular, mph dan sebagainya.


buku 'Mencari Pasangan Hidup' kegunaan pada masa depan :)

Melalui buku ini, saya sedikit sebanyak sudah pun memahami maksud perkahwinan menurut Islam, Islam menggalakkan kita berkahwin dan sebagainya. masih saya teringat, di saat saya membeli buku ini di depan ayah saya. pada mula nya rasa takut dalam diri menjelma, bimbang ayah saya marah atau pun berfikir bahawa saya sudah tidak sabar mahu mendirikan rumahtangga. namun berkat keikhlasan untuk mempelajari, ayah saya hanya tersenyum, dan saya percaya dia juga mahu saya mendalami ilmu ini supaya dapat diguna pakai ketika tiba nya hari bersejarah saya kelak.

Ada satu bahagian yang menarik perhatian saya dalam buku ini, iaitu 'mulakan langkah pertama'. mengapa saya tertarik pada bahagian ini? kerana, selama ini saya juga pernah memulakan langkah pertama dengan harapan supaya dapat berkawan dan mengenali antara satu sama yang lain. namun, dalam buku ini telah tertulis bahawa setiap yang terjadi ada hikmah dan takdir Nya. maka ketika itu saya sudah pun redha, dan berserah kepada Dia untuk menentukan jalan hidup saya. ketika saya alpa, Dia hadir memberi cahaya, petunjuk kepada saya. saya juga manusia biasa, masih lemah dengan nafsu dan godaan dunia. namun setiap hari saya cuba menjadi seorang yang lebih baik dari yang sebelum nya.


Baru2 ini saya sering bermimpi perkara2 yang pelik, tidak mampu saya tafsirkan. malah, di waktu ketika ini saya sedang di uji oleh Nya, ujian yang bakal menentukan nasib diri saya pada masa depan. semakin ingin jauh, semakin dekat ia datang. itu lah ujian Allah terhadap saya untuk mengetahui sejauh mana keimanan dan ketakwaan saya pada Dia. namun saya akui, saya masih berharap ia akan bersambung dan memulihkan apa yang telah dikeruhkan.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya. tidak mampu untuk saya mengulas, kenapa. itu kerja Dia. saya hanya mampu untuk berserah pada takdir, dan memohon agar di jauhkan bala malapetaka serta kejahatan api neraka. sayang dan kasih nya saya pada Allah tidak mampu saya huraikan, kerana Dia Maha Pencipta, Maha Penyayang, Maha Esa, Maha Penguasa, Maha Pengasih dan Maha Pengampun. apa yang boleh saya lakukan, mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Nya dan menjauhi larangan serta perkara yang boleh merosak kan akidah.

Firman ALLAH,

"Wahai orang yang beriman. Bertakwalah kamu kepada ALLAH dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara)." - surah al-Ahzab: 70


Saya bukan lah hendak berlagak menjadi seorang yang baik, kerana saya juga pernah melakukan kesilapan dan dosa. namun saya cuba mengajak anda semua untuk terus percaya dan yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT. 



Sekadar berkongsi pandangan, dan mengajak kepada perubahan yang hakiki, dijamin keselamatan nya di dunia dan akhirat :)

selingan: selesai saya menulis penulisan ini, azan subuh pun berkumandang. semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari hari yang sebelum nya :)



No comments:

Post a Comment