Friday, April 6, 2012

chapter 3: dia dia dia. ish! (sambungan 'Lara Dunia')

"Adoi letih nyaaa! sakit badan aku semua. ibu ni. asyik2 suruh aku buat tula, ini la. letih la bu.. hari minggu aku balik bukan nak buat kerja, tapi nak rehat2.." mengadu Esya sendirian sambil menyapu halaman rumah nya.

"Esya! dah habis sapu belum tu? ni ha cili kering ni. mari tolong ibu buang biji dia." arah Pn Maimon pada anak nya.

"Ibu, kenapa kan orang perempuan kena buat kerja dapur? abang tu. asyik kat kedai kopi je, x tolong kita pun." rintih Esya

"Esya, Esya. dah besar panjang xkan x boleh nak berfikir? dah masuk degree pun. dah boleh kahwin pun. dah. jangan nak banyak alasan. cepat buang biji cili tu. ibu nak masak ni." tegur Pn Maimon

"Ala ibu. macam la ibu xkenal anak perempuan ibu sorang ni. pemalas. ada je alasan kronik dia tu. haa Esya. kau tu patut dah kahwin. tengok kawan2 kau. semua dah kahwin, ada anak. kau? belajar degree apa la sangat. huh!" perli Fendi yang merupakan abang sulung kepada Esya.

"Abang ni kan, kalau mulut tu x busuk macam bau longkang, memang x sah kan? eleh. abang cakap je Sya macam ni. tapi abang tu? duk goyang kaki je kat rumah. pagi gi kedai kopi, melobi diri. petang hilang entah ke mana. abang jangan pandang rendah pada degree tahu? dengan degree ni la Sya boleh tanggung abang nanti." marah Esya pada abang nya

PAAANGGG!! satu tamparan kuat ibarat kuali yang melayang di dinding, terkena di muka tulus Esya. siapa lagi kalau bukan kerja Fendi, amat terkenal dengan panggilan 'hero malaya kampung' di kawasan perumahan nya itu. bersikap biadap seperti ahlong, kurang ajar dan tiada adab terhadap orang yang lebih tua. termasuk ibu dan adik nya sendiri.

"Ya Allah! Fendi! apa kau buat ni? kau x layak nak pukul anak aku! pergi!" Jerit Pn Maimon pada anak lelaki tak berguna nya itu.

Tamparan yang kuat itu menyebabkan Esya terjatuh sungkur ke lantai. muka nya merah dan ternyata kesan tamparan di pipi kanan dia.

"Biar ibu. x sakit pun. Sya cakap benda yang betul. abang pukul lah banyak mana sekali pun Sya xkan diam macam itu saja!" memberontak Esya pada abang nya

Esya bukan lah anak yang degil. tetapi dia cuba menunjukkan bahawa pendidikan itu amat penting. sebelum dia diterima masuk ke degree, abang nya cukup membantah dia sambung belajar. bagi Fendi, segulung ijazah tidak bawa ke mana. tidak menjamin masa depan. namun atas galakan Pn Maimon, Esya berani meneruskan perjuangan nya. 

"Adik x guna! kurang ajar lagi dengan aku. ingat diri tu sikit. kau tu adik aku! berani lawan cakap aku?" marah Fendi

"Sudah lah. kau pergi sana Fendi. keluar dari rumah ni. kau jangan balik selagi adik kau ada kat sini. keluar!" halau Pn Maimon pada anak lelaki nya

Sungguhpun keluarga Esya berkemampuan dan amat terkenal, kerana ibu nya Pn Maimon adalah seorang pegawai tinggi di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. namun pemikiran yang cetek oleh abang nya menyebabkan keluarga itu sering menjadi perhatian penduduk kawasan Setiamas. jiran tetangga sering menyebarkan fitnah dan tohmahan pada keluarga itu memandangkan bapa Esya, bercerai dengan ibu nya. di kata kan bapa nya punyai isteri muda. namun Esya tidak pernah ambil peduli tentang itu. pada nya, dia hanya mahu ingin berjaya dalam pelajaran, kerana dia ingin buktikan pada semua orang tanggapan mereka itu salah. Esya seorang anak yang berani mencuba sesuatu yang baru itu, mengambil keputusan menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi di sebuah institut pengajian tinggi awam di Melaka.

"Ibu, Sya nak balik. Sya x mahu duduk rumah ni lagi." cakap Esya lagi

"balik lah. lagi lama kau kat sini, lagi teruk abang kau kerja kan nanti. jaga diri baik2 nak. nanti ibu bank in duit belanja." dalam keadaan terpaksa, Pn Maimon melepaskan pemergian anak nya kerana bimbang dipukul teruk oleh anak lelaki nya lagi.

Esya mengemas barang2 nya dan dengan segera keluar dari rumah banglo megah itu. pada nya, tiada guna rumah mewah tapi tiada kasih sayang dari abang nya. ibu nya pula, sudah lah terlalu sibuk dengan kerja, keprihatinan juga tiada. hanya sekali sekala sahaja ibu nya bertanya khabar. oleh sebab itu Esya lebih suka pergi ke rumah kawan baik nya, Jannah. namun Jannah tidak balik minggu itu. maka Esya berjalan kaki ke stesen bas keseorangan dengan membawa buah tangan tamparan kemerahan di pipi, di lihat orang ramai, ibarat dia mangsa keganasan rumah tangga. hati yang perit cuba di hibur kan dengan mendengar lagu2 kesukaan nya, Korea sepanjang perjalanan ke Melaka itu. dia sudah tawar hati, kecewa dengan sikap abang nya yang langsung tidak berfikiran matang, biadap dan rakus kadang kala membuatkan Esya tidak senang duduk tinggal bersama di rumah besar nya itu. dia bimbang jika suatu hari abang nya cuba membuat sesuatu di luar jangkaan nya, rogol. namun fikiran negatif itu cepat2 Esya buang kan, kerana walau bagaimana sekalipun air di cincang tidak akan pernah putus. dia sayang abang nya. dia berharap abang nya boleh berubah.

akan bersambung di kemudian hari lagi :)

No comments:

Post a Comment