Friday, April 13, 2012

chapter 4: akhirnyaa.. (sambungan 'Lara Dunia')

Esya tiba di Melaka, dalam keadaan menangis tersedu sedan. dia berlari sekuat hati cuba melupakan apa yang terjadi. hidup Esya sudah tidak bermakna lagi. dia berasa mahu bunuh diri. 

"bodoh! aku bodoh! sial jantan x guna! arrrggghhhhhh!!!" jerit Esya sambil menangis x henti2 di atas bangunan tingkat 16 itu. dia kini betul2 berada di bahagian bumbung bangunan itu. 

Apakah nasib dia, akhirnya mahkota yang dpertahankan selama ini habis luncai di mamah manusia bertopengkan iblis dengan begitu sahaja. dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali nya, ketika dalam perjalanan ke Melaka. sudah lah baru sahaja bersedih di tampar abang sendiri, kini sedih nya semakin membukit dan mana maruah diri mahu di letak nya. 

Esya sudah nekad. kaki nya semakin dekat menghampiri hujung tepi pelantar bahagian bumbung tingkat 16 itu. air matanya deras mengalir. sekejap2 dia mengesat air mata yang jatuh di pipi mulus gebu nya itu. dalam fikiran nya, terdetik wajah ibu, ayah dan abang nya walaupun mereka seolah2 tidak ambil peduli tentang diri nya lagi. namun segala nya terhenti secara tiba2. seorang lelaki muncul dari belakang dengan senyap2 cuba mendekati Esya yang pada ketika itu semakin melangkah ke depan penjuru bumbung itu.

"er.. awak menikmati langit yang biru ni ya?" tanya lelaki tersebut.

Esya pantas toleh ke belakang dalam keadaan terkejut, menyebabkan diri nya tidak stabil dan kaki kiri nya tergelincir jatuh. dia di ambang maut. hanya dua tapak tangan yang mampu menyelamatkan dirinya pada ketika itu. dengan sedaya upaya dia cuba menahan tangan nya dari tidak melepaskan bumbung itu.

"to.. tolong! ahhh.. tttolong saya!" Esya merayu meminta tolong. akhir nya di ketika itu dia mula sedar betapa jahil fikiran nya dan juga berasa amat berdosa kerana telah melanggar satu larangan Allah SWT, iaitu cuba bunuh diri.

"nanti! jangan gerak. hiarrghhh!" lelaki itu cuba menarik tangan Esya sekuat hati nya. kuasa Allah, Esya berjaya di selamatkan. dia terjatuh betul2 di atas badan lelaki tersebut, dalam keadaan tidak bermaya Esya cuba bangun kan diri dan beredar dari tubuh sasa lelaki itu.

"ma.. maafkan saya. ter.. ter.. terima kasih!" Esya gugup dan masih berasa ketakutan. dia menangis lagi. tidak mampu menahan air mata yang di rasakan penuh dengan titisan dosa.

"fuhh. syukur alhamdulillah, awak selamat. lega nya ya Allah!" ujar lelaki itu.

"apa awak buat dekat sini? cuba bunuh diri?" tegur lelaki itu dengan berterus terang pada Esya

Esya masih tidak mampu memandang wajah lelaki tersebut. tambahan, dia masih dalam ketakutan akibat kesan di rogol oleh orang yang tidak di kenali nya. dia menundukkan wajah. dia cuba menjarakkan diri dari lelaki itu. dia mengesat air mata nya dengan lengan baju nya. dia takut.

Lelaki itu cuba menghampiri Esya, dengan niat untuk menenangkan diri nya. dia dengan perlahan, menggunakan tangan nya yang bukan muhrim itu mengangkat wajah Esya. di renung nya mendalam. cuba mendapat kepercayaan bahawa dia tidak akan mengapa2kan Esya. niat nya hanyalah untuk membuat Esya berasa lega.

Alangkah terkejut nya Esya. Johan! lelaki yang di minati nya selama ini. muncul di hadapan nya. muncul tatkala dia cuba bunuh diri. dan Johan lah yang menyelamat kan diri nya dari terjatuh di bumbung tingkat 16 ini.

Esya malu. dia malu bukan kerana suka nya pada Johan. tetapi malu dengan peristiwa percubaan membunuh diri itu. dia sedar dia sudah tergelincir dari akidah dan pedoman Islam. dengan segera dia cepat2 beristighfar. semoga Allah tidak murka dengan perbuatan nya tadi.

"awak x jawab lagi pertanyaan saya. cuba bunuh diri ke?" Johan masih cuba merungkai persoalan nya. 

"ya. saya memang tadi mahu bunuh diri." jujur Esya pada Johan.

"ya Allah! mengucap lah awak ni! Allah sudah memberi awak peluang untuk hidup tetapi dengan bangga nya awak mahu memendek kan ajal awak? amal kebaikan dah cukup ke? dah confident sangat ke dapat masuk syurga?" tegur Johan dengan niat untuk menasihati diri Esya.

"Sial! kau siapa nak nasihat aku?! kau tahu x apa yang aku dah alami?! ha? kenapa kau x biarkan aku mati je tadi? menyusahkan aku!" bentak Esya dengan penuh kemarahan.

Johan terkedu. dia tidak mampu berkata2. namun dia faham gadis itu masih dalam keadaan terkejut dan ketakutan. cuma dia tidak dapat meneka kenapa. tetapi naluri dia kuat memaksa dia untuk mengekori gadis itu ketika baru tiba di apartment itu. dia dapat merasakan, gadis itu akan melakukan sesuatu di luar jangkaan nya. ya, tekaan nya tepat sekali. di lihat nya gadis itu menuju ke bumbung atas tingkat 16. perasaan nya bercampur baur dan dia sudah bersiap sedia sekiranya terjadi apa2 pada gadis itu. itulah tadi dia berjaya menyelamatkan gadis itu dari cubaan bunuh diri nya.

"ya, saya memang tidak tahu apa masalah awak. maaf kan saya. niat saya cuma mahu menenangkan awak. saya minta maaf saudari." Johan berkata2 pada Esya.

"aku... aku di rogol... bangsat lelaki tu! aku dah xde apa2 lagi.. mahkota aku dah punah!" jujur Esya pada Johan. entah kenapa dia seperti boleh percaya lelaki itu.

Johan membulat mata nya. lelaki berumur 23 tahun, bertubuh tinggi, punyai dada yang bidang dan wajah yang sempurna lakar nya di mata kaum hawa, terkaku dengan pengakuan berani Esya itu. dalam fikiran nya, tidak pernah menyangka nasib malang sebegini akan menimpa pada gadis itu. dia merenung ke wajah gadis itu. timbul rasa belas ihsan. 

Dengan tiba2, Johan mula berkata2.

"kalau awak sanggup, saya sanggup menjadi suami awak. niat saya ikhlas." Johan melafazkan niat nya pada Esya.

Bergurau kah kau? jadi suami aku? untuk apa? bukan kau yang patut bertanggungjawab! tapi lelaki tua itu! lelaki sial bernafsu serakah itu! bukan kau! aku x mahu kau jadi pak sanggup! 

"siapa kau nak jadi suami aku? siapa kau nak tanggung malu aku ni? siapa kau nak menjadi bapa kepada anak yang bakal di lahirkan nanti? ha? kau siapa?! jangan pura2 nak tunjuk baik! aku benci lelaki macam kau! pergi!" marah Esya semakin membuak2 di depan Johan.

"demi Allah, saya sanggup. siapa saya, hanya lah seorang hamba Allah yang baru sahaja menyelamat kan bakal isteri nya dari cubaan bunuh diri. siapa saya untuk tanggung malu isteri, itu lah tanggungjawab saya untuk di jawab di akhirat nanti dan siapa saya untuk menjadi bapa, itu suatu anugerah Allah sekiranya suatu hari nanti tiba masa nya bakal isteri saya bersalin." bersungguh2 Johan cuba meyakinkan Esya. dia benar2 ikhlas. sebenar nya, Johan masih tidak faham kenapa mulut nya melafazkan kata2 itu. namun akhir nya dia benar2 yakin, ini lah kuasa Allah pada nya. mungkin ada hikmah di sebalik ini semua.

Esya menangis lagi. dia benar2 tidak menyangka Johan berniat ikhlas pada nya. dia akhir nya akur dengan kesungguhan Johan yang cuba melamar nya. dengan segera, Esya berserah pada Allah. mungkin ini balasan yang Allah beri kan pada nya kerana kekufuran nya sebentar tadi. hati nya masih tertanya2, dengan pelbagai persoalan di minda. dia tidak mampu berfikir lagi. Esya tiba2 pengsan. dia cuba mahu menganggap, kejadian yang menimpa pada diri nya ini hanyalah sebuah mimpi. dan bukan nya realiti.

(bersambung di kemudian hari...)

No comments:

Post a Comment