Thursday, April 19, 2012

chapter 5: bahagia.. (sambungan 'Lara Dunia')

"err.. awak.. nak makan dulu atau nak mandi dulu?" tanya Esya pada Johan

Pertanyaan itu tidak disambut Johan. wajah Johan yang ceria tiba2 berubah masam mencuka tanda rajuk nya datang kembali. dia dengan pantas bangun dari katil saiz king itu lalu meninggalkan Esya seorang diri dalam kamar tidur. Johan cuba memprotes. dia tidak suka di panggil 'awak' oleh isterinya yang kini sah, dan halal dipegangnya. namun apa kan daya, Esya masih tidak bersedia untuk memanggilnya dengan panggilan 'abang', kerana dia tahu siapa diri nya untuk bermanja2 dengan lelaki tersebut.

"Aku terima nikah nya Esya binti Haji Ahmad Nawawi dengan mas kahwin satu ratus ringgit Malaysia, tunai." lafaz nikah Johan pada wali pihak Esya, iaitu bapanya, Dato' Haji Ahmad Nawawi , hanya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi suami Esya. masih terbayang2 saat indah dia di ijabkabulkan bersama lelaki itu, dalam suasana yang serba ringkas, namun dihadiri oleh ramai teman dan sanak saudara pihak masing2. tiada yang menyangka, mengapa mereka berkahwin awal, tiada buah mulut pada hari tersebut. segalanya berjalan mengikut apa yang telah mereka rancang. malah, hanya ibu bapa Johan yang mengetahui bahawa Esya sudah tiada dara, namun hasil siasatan dan rujukan doktor, Esya tidak akan mengandung luar nikah. maka pihak keluarga Johan sudi menerima Esya sebagai menantu mereka dan berjanji tidak akan membuka rahsia ini buat selama2nya.

Bapa Esya, Dato Haji Ahmad Nawawi hanya mampu tersenyum melihat satu2 nya anak gadis yang telah selamat di nikahi oleh Johan. dia berasa bangga kerana mempunyai menantu yang sangat kacak rupa paras nya, dan telah pun merancang untuk mengambil Johan sebagai pewaris tetap syarikat hak milik nya. namun memikirkan juga bahagian abang sulung Esya, dia akhirnya terpaksa akur membuat keputusan untuk mengambil dahulu Johan sebagai salah seorang pegawai di syarikat bimbang anak lelaki nya tidak bersetuju.

Puan Maimon termenung dan melihat gelagat anak gadisnya itu, yang sedang asyik bergambar dengan hadirin yang hadir pada malam itu. dia hanya mampu melihat dari jauh, kerana tidak mahu dikaitkan dengan bekas suami nya, kerana jurugambar sudah bersiap sedia merakam sebarang aksi di majlis resepsi itu. dia juga tidak terlepas pandang, melihat isteri muda suami nya yang sedang sarat mengandung anak pertama. tidak terlintas langsung di fikiran nya untuk mengusik kebahagiaan keluarga suami nya yang baru itu. apa yang diharapkan semoga hubungan mereka berkekalan. akhirnya mata nya tertumpu pada Johan, satu2 menantu lelaki nya. dengan segera dia menuju ke arah Johan sambil tersenyum manis. 

"Ibu harap Johan dapat jaga anak ibu baik2. ibu serah kan Esya pada Johan. ibu sedar, selama ini ibu tidak pernah menatang Esya secukupnya. Johan lah satu2 nya harapan ibu." pinta Puan Maimon sambil menyesal kerana dia tidak pernah menjalankan tanggungjawab nya pada Esya. sungguh pun dia adakala nya mengambil berat tentang Esya, namun masa nya lebih di gunakan di pejabat nya.

dang! dang! dang! bunyi jam di dinding

Lamunan Esya terhenti. baru lah dia sedar bahawa dia duduk termenung mengingatkan hari pernikahan nya. jam di dinding menunjuk kan pukul 10 malam. Johan masih tidak muncul di kamar tidur mereka. dia mula risau. dia tidak mengerti perangai Johan yang adakala tersenyum riang, adakala masam mencuka. dia dengan segera bangun dan keluar dari kamar tidur nya. matanya melilau mencari Johan. tiba2 dilihat satu cahaya yang terang, dari hujung laluan ke bilik bacaan, rupanya suami nya itu tertidur di kerusi duduk bilik tersebut. Esya ketawa. dalam hati nya terdetik bahawa Johan memang kacak rupa parasnya. itulah salah satu sebab dahulu nya Esya menyukai Johan. 

"Kacau dia tidur ni seronok juga. hehe" timbul niat nakal Esya. siapa sangka, si gadis bungsu ini amat terkenal dengan kenakalan dia yang kadang2 mengundang kemarahan orang2 disekeliling nya. namun akhirnya melihat senyuman manis dan comel nya itu, tiada kawan2 yang sanggup memarahi dia. mereka menganggap itu hanyalah perkara biasa.

Dengan pantas, Esya menggunakan jari telunjuk nya menutup ruang hidung Johan supaya dia tidak boleh bernafas. ditutupnya dengan perlahan, namun tidak lah ketat kerana bimbang apa2 terjadi nanti. berkerut2 wajah Johan yang sedang nyenyak tidur itu dan dia asyik menggeleng2 kepalanya tanda dia tidak selesa. tangan sasa nya juga asyik menolak jari telunjuk Esya ke tepi dalam keadaan mata nya yang tertutup. kasihan, kelihatan dia benar2 keletihan dan mengantuk. Esya cuba menahan ketawa nya bimbang suami nya akan terjaga. ini lah kali pertama dia mengusik suami nya itu.

sedang asyik Esya ketawa, akhirnya jari nya berjaya ditangkap Johan sekali gus tangan nya juga. Johan membuka mata. ditenung wajah Esya dengan mendalam, sambil berkerut2 dahi nya dia berkata,

"Esya buat apa ni?"

Hampir terkedu Esya di buat nya. dia terduduk dan kaku tidak dapat berbicara. dia menundukkan wajah nya, dan cuba menarik tangan nya dari genggaman Johan. namun tidak dilepas nya. Johan masih menunggu jawapan dari mulut kecil Esya itu.

"errr... xde.. xde pape.." jawab Esya takut2

Johan melihat wajah isteri nya. sudah dapat dijangka, Esya masih segan dan malu2 dengan dia. wajah yang tertanya2 tadi akhirnya bertukar dengan senyuman kacak, beserta kemunculan dua lesung pipit di pipi lelaki tersebut.

"ooo.. Esya mengusik abang ya?" teka Johan dengan isteri nya

Wajah Esya bertukar kemerahan, tanda dia begitu segan dengan suami nya. namun timbul rasa bahagia dalam hati nya. tetapi dia tidak menunjuk rasa bahagia itu, dengan segera dia menjawab persoalan suami nya.

"mana ade, Esya cuma nak kejut kan abang, tapi bila tengok abang tidur nyenyak jadi Esya x kejut lah" itulah ayat sopan yang keluar dari mulut Esya

Betapa gembira nya rasa hati Johan, mendengar panggilan 'abang' itu. pada nya sudah cukup membahagia kan diri nya, kerana dia terasa dihargai oleh isteri nya. ingin sahaja dia memeluk isteri nya itu, namun ditahan nya kerana dia takut Esya terkejut dan memarahi nya walaupun mereka adalah pasangan yang sah. ingin sahaja dia melanjutkan tarikh bulan madu mereka ke esok hari namun di kawal nya juga kerana Esya dalam keadaan tidak dibolehkan sembahyang.

"ya Allah, ini kah rasa bahagia yang kau berikan pada setiap umat Mu yang telah pun mendirikan rumahtangga?" benak di fikiran Johan

Rasa bahagia Johan turut dirasai oleh Esya. pada saat Johan merenung Esya, jantung nya berdebar2 tanda dia sudah mula menerima lelaki tersebut sebagai cinta hakiki nya. pipi kemerahan tanda rasa suka nya semakin menebal sehingga kadang2 Esya mula merindui suami nya itu di saat dia tiada di rumah. dia dalam diam telah pun jatuh cinta pada suami nya, pasangan tulang rusuk nya dan penyeri hidup nya hingga ke taman syurga.

No comments:

Post a Comment