Wednesday, March 21, 2012

John Gray: Men Are From Mars, Women Are From Venus

Siapa tahu apa maksud tajuk di atas? hehe kepada peminat John Gray, anda pasti tahu kan? okay, tajuk di atas adalah sebuah buku New York Times Bestseller. dan hendak menjadi al kisah, saya juga telah membeli buku ini :)

Apa tujuan saya beli buku ini? okay, di bawah saya sertakan kenapa dan mengapa saya membelinya. pendek kata, senarai sebab2 yang kukuh.

1) Pada asalnya, saya tidak kenal siapa pun penulis buku ini. John Gray adalah nama yang pertama kali saya dengar. Ini kerana saya merupakan peminat penulis buku2 Harry Potter, J. K Rowling. Jadi bagaimana saya boleh terdetik untuk membeli buku ini? Kisah bermula apabila salah seorang pensyarah yang mengajar saya pada semester ini, dia telah memperkenal kan tajuk buku ini ketika dalam kelas subjek yang di ajarnya. Kata nya, sekiranya kita mahu mengenali kaum selain kaum kita (jika wanita, ingin mengenali lelaki), buku ini adalah jalan terbaik dan amat lengkap segala-galanya mengenai pasangan sebalik kita. Jadi ketika itu, saya terdetik untuk mencari buku ini di kedai2 buku.

2) Saya amat berterima kasih dengan kerajaan kerana memberi baucar buku yang amat berguna. Jika anda berkata saya menggunakannya ke arah yang salah, anda silap. Saya sudah membuat persediaan dengan membeli buku2 teks dari senior saya terlebih dahulu. Apa yang perlu saya tambah, hanyalah dua buah buku teks yang dibeli dengan menggunakan baucar tersebut. Jika dikira semula, jumlah harga dua buah buku teks itu memberi saya peluang baki baucar untuk digunakan dengan membeli buku2 motivasi, syarahan agama dan juga alatan menulis. Hendak dijadikan cerita, saya telah menggunakan baucar buku dengan membeli buku ini, serta 4 buah buku yang amat berguna dan memberi pengajaran buat diri saya.

3) Sebelum saya mengambil buku ini, saya terlebih dahulu melihat dan membaca sedikit bagi membuat perancangan agar buku ini tidak akan membazir sekiranya saya jadi membeli. Justeru itu, saya membelek buku ini, dan akhirnya saya asyik sehingga tidak perasan kawan saya sudah memanggil saya untuk pulang ke asrama tempat tinggal saya. Lalu, saya bawa buku ini ke kaunter dan membayarnya. Ketika sedang menunggu teksi, saya begitu seronok membaca buku ini sehinggakan saya tidak sedar bahawa telefon saya berbunyi. Apa yang istimewa mengenai buku ini?

4) Buku ini banyak memberi gambaran kehidupan sebenar pasangan yang sudah berkahwin. Ya, pada asalnya saya fikir, saya telah tersilap membeli buku kerana kisah2 yang dimuatkan kebanyakannya isu hal rumahtangga. Walhal saya masih menuntut dan tidak berkahwin lagi. Namun demikian, apa yang cuba saya katakan, buku ini boleh dijadikan panduan, yang mana saya menukar situasi suami isteri kepada situasi berkawan dengan kaum adam. Ia amat memerlukan imaginasi yang tinggi, dan sesuai dengan diri saya yang suka berimaginasi ini.

5) Sehingga kini, saya sudah berjaya membaca buku ini sampai bab 6. Bayangkan, dalam masa satu malam sahaja, saya berjaya meneruskan pembacaan saya sehingga bab 6. Ini kerana, dalam buku ini ia turut menyelitkan sebuah jadual dialog yang bersesuaian untuk dikatakan pada kaum adam mahupun kaum hawa. Pelbagai perkara yang saya belajar, di mana selama ini saya banyak melakukan kesilapan dari segi pertuturan di hadapan kaum adam. Ada sedikit sebanyak percakapan saya boleh mengguriskan perasaan kaum adam ini. Namun demikian, kaum adam ini juga ada sedikit sebanyak telah mengguriskan perasaan saya melalui percakapan mereka. 

6) Jika anda tertanya-tanya, saya boleh memberikan sedikit rumusan berdasarkan hasil pembacaan saya. Lelaki lebih gemar menjadi Mr. Fix-It, manakala wanita pula lebih berperanan sebagai Jawatankuasa Home-Improvement. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan panggilan tersebut? Sekiranya anda ingin mengetahui, anda harus mencari buku ini di kedai2 buku anda yang berhampiran.

Maka itu sahaja yang mampu saya olah melalui pandangan saya terhadap buku ini. Saya harap, dengan perkongsian ilmu saya ini dapat menjadikan anda bermotivasi untuk mengetahui serta menyelidik pasangan anda melalui sikap dan percakapan mereka. Begitu juga dengan diri saya, saya akan cuba menggunakan teknik2 yang saya dapat melalui buku ini pada si dia. Walau apa pun harapan dan usaha anda, jangan lupa berdoa pada Dia supaya Dia akan membimbing dan membantu anda mencari jalan penyelesaian. :)

dengan menggunakan baucar buku RM50, inilah hasil yang berjaya dibeli :)

No comments:

Post a Comment