Thursday, March 22, 2012

JAKIM- cop halal sah atau tidak?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua


Hari ini saya ingin berkongsi mengenai isu produk cop halal. saya berfikir sebentar. selama ini saya tidak mengambil peduli soal isu logo halal yang sah ini. asalkan saya nampak tanda halal, saya anggap produk itu bebas zon haram. namun begitu secara tidak langsung, isu logo halal ini mula menyedarkan saya. apakah makanan yang telah saya kunyah dan berada di sistem cernaan ini benar2 halal? jadi isu ini akan saya bentangkan dengan lebih jelas lagi.

Pertama nya, dewasa ini terdapat pelbagai produk pasaran dari luar yang memasuki negara kita. namun demikian adakah produk2 tersebut benar2 mendapat kelulusan dari Jakim? persoalan nya, untuk mendapatkan kelulusan Jakim ia memakan masa yang lama dan harus melalui proses2 berperingkat.

Jadi, cop halal yang manakah mendapat pengesahan dari pihak Jakim? di bawah, saya sertakan gambar logo sebenar yang sesetengah pihak berjaya mendapat kelulusan dari Jakim sendiri.


Logo di atas adalah cop halal yang sah. antara ciri2 dalam logo tersebut ialah:

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Jadi anda digalakkan untuk melihat terlebih dahulu logo halal di pek2 makanan yang anda mahu membeli. Hanya logo ini yang benar2 sah disisi Jakim. Jika anda terjumpa sebarang logo yang lain, itu adalah logo persijilan yang lama. Jakim kini sudah mula berkuat kuasa untuk memperbaharui persijilan logo halal bagi semua syarikat dan juga produk2 yang terdapat di Malaysia.

Sila ambil iktibar kerana, isu halal ini amatlah penting bagi kita yang beragama Islam ini. Salah nya disisi agama apabila kita mengambil remeh hal pemakanan yang halal. Yang haram, di halalkan. Begitulah balasan azab yang bakal kita terima di akhirat kelak sekiranya tidak berwaspada dan menganggap isu halal ini tidak dipandang wajib dan diperlekehkan. Semoga penulisan saya ini dapat menyedarkan semua pihak agar lebih menitikberatkan soal pemakanan yang halal. 

Yang baik tu datang nya dari Allah, yang kurang baik itu merupakan kesilapan saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment