Sunday, March 18, 2012

chapter 1: cuba-cuba (sambungan 'Lara Dunia')

Esya merenung sendirian. dia x tahu nak buat apa. lalu dia pergi ke bilik Jannah. 

" Jan, kau buat apa tu? aku bosan lah Jan.. Jom kita keluar jalan2 nak?" cakap Esya pada Jannah

"keluar jalan pergi mana? kita bukan ada kereta pun. kau nak aku berjalan kaki ke?" tanya Jannah

"ala.. jalan kaki x jauh sangat pun. kita pergi la Jonker Walk ke, Mahkota Parade ke. aku bosan ni."

"kau bosan sangat ni kenapa? oh aku tahu. kau rindu Zarul kot, hehehe" usik Jannah pada Esya

"eh ke situ pula kau ni. aku bosan sebab kita ni cuti2 macam ni x pergi mana2 pun. duduk terperap kat bilik je. kena lah berjalan sikit. bagi berpeluh sikit. hirup udara segar ke. jom lah Jan.." pujuk Esya

"Hm.. okay lah. kita nak pergi mana ni? aku x de duit sangat. x boleh lah nak enjoy sangat. setakat keluar jalan2 cuci mata boleh lah" bebel si Jannah

"kita pergi Jonker Walk nak? aku teringin nak cari kipas tangan. kau macam x kenal aku je. minah kipas. puteri lilin kan. memang lah kat sini aircond dia kuat, tapi bila dah habis kelas, peluh aku x habis2 sebab panas" cerita Esya

Lalu mereka bersiap untuk ke Jonker Walk berjalan kaki dari tempat tinggal mereka. tepat pukul 8.30 malam itu, mereka keluar bersama2 dengan teman sebilik Esya, Fana. sebelum ke Jonker Walk, mereka sempat menjamu selera untuk makan malam di kedai makan yang tersedia servis karaoke kepada pelanggan2 nya.

sedang seronok berjalan kaki, tiba2 mereka diganggu oleh sekumpulan lelaki bermotor. 

"Jann, aku takut ni. apa dia orang ni nak dengan kita?" takut si Esya

"entah la Esya, aku pun takut tapi kita ni perempuan jadi nak x nak kita kena berani. kita x boleh tunjuk yang kita ni lemah." berani si Jannah

"Esya, Jannah. macam mana ni? tangan aku dah prepare nak call polis ni." bisik Fana pada kami

"okay relax. dia orang ni saja2 je ni. aku percaya." tenang si Esya pada kawan2nya

tidak lama selepas itu, mereka geng bermotor itu berlalu tinggal Esya, Jannah dan Fana. rupanya ada seorang pak cik polis yang sedang berjalan ronda2 di depan.

"kamu semua okay kah? kalau perlu mari ikut pak cik kita buat laporan polis." ujar pak cik polis yang baik hati itu

"kami okay je, rasanya xpela pak cik. terima kasih banyak2. kami pergi dulu" ujar Esya

Jam di tangan menunjukkan pukul 9.30 malam. Esya, Jannah dan Fana tiba di Jonker Walk. tempat itu terkenal di daerah Melaka sebagai kawasan pelancongan dan pusat pengumpulan kaum Cina yang menjual pelbagai produk2yang menarik.


"Jann, tengok ni. cantik lah kipas tangan ni. aku macam nak beli" puji Esya 

"jangan tengok kecantikan saja, cuba tengok fungsi dia. tahan lama ke x, bila kipas tu kuat x angin dia. kalau setakat cantik tapi x boleh pakai x guna juga." ceramah si Jannah pada Esya

"ye aku tahu tu, macam memilih pasangan lah kan. jangan tahu mencari yang kacak, sedap mata memandang tapi tidak gentlemen. haa kau kan tahu aku cukup pantang lelaki yang x gentlemen ni. harap2 si Zarul tu gentlemen lah." jawab Esya dengan tegas pada Jannah

sedang asyik mereka melihat barang2 yang terjual di Jonker Walk itu, tiba2 mata Esya tertumpu pada seorang lelaki di hadapan nya. Lelaki yang cukup dia kenali itu, bernama Zarul.

"Eh! awak. x sangka jumpa kat sini. sorang2 je ke?" ujar Zarul pada Esya

"em x, saya dengan kawan2 saya. awak datang sorang je ke?" tanya Esya pada Zarul

"saya datang dengan kawan." jawab Zarul sambil senyum

pada ketika itu senyuman Zarul telah berjaya menusuk ke hati Esya. Esya tunduk malu2 kerana dia merasakan jantung nya berdegup sungguh laju. Esya sehingga mahu lari dari Zarul ketika itu. 

"Okay lah awak. saya pergi dulu." ujar Esya dengan segan kerana merasakan dirinya sudah kantoi di hadapan Zarul.

"eh nanti lah dulu. saya lupa nama awak. boleh awak bagitahu nama awak siapa?" tanya Zarul dengan penuh sopan pada Esya

laaa. mamat ni. boleh pula dia lupa nama aku?! stress je aku dengar. rase stress tu ibarat si Gwang Soo yang dalam Running Man tu kena buli dengan Jong Kook. 

"Nama saya Esya. awak boleh panggil saya, Sya atau Esya" jawab Esya dengan sabar

"haa Esya! maaf lah, saya lupa nama awak, tapi saya x lupa rupa awak. hehe. saya Zarul." jawab Zarul dengan senyum kambing

aku tahu lah nama kau Zarul. apa punya lelaki lah dia ni. xpe2. sabar Esya. okay jangan nampak sangat kau suka dia ni.

"okay lah Zarul, saya pergi dulu ya. lain kali kita jumpa lagi" ujar Esya dengan cepat

"err. Esya. x salahkan kalau saya mahu dapatkan nombor telefon awak?" tanya Zarul dengan nervous

haa? nombor telefon? eh betul ke apa yang aku dengar ni? ke aku salah dengar? nak tanya lagi sekali nanti apa pula dia cakap. macam x caye je ni. betul ke semua ni? tapi aku gembira la. eh kenapa dengan aku ni? adoi laju nya degupan jantung ni. Ya Allah tolong lah hamba Mu ini dengan bertenang.

"awak nak nombor telefon saya? boleh.. kejap. 017-7642412" jawab Esya

Zarul kelihatan dengan segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan dengan pantas dia menyalin nombor yang diberi oleh Esya itu. lalu dia mengulang semula supaya nombor yang dia salin itu tidak salah. di wajah nya terukir senyuman kepuasan.

"okay, saya miss call awak. itu nombor saya tau. simpan ya" ujar Zarul pada Esya

"okay. dapat da. okay saya da simpan. terima kasih awak" jawab Esya dengan malu2

Lalu Esya pergi tinggal kan Zarul di situ dengan hati yang berbunga. Esya berasa sungguh gembira malam itu walaupun pada awalnya dia agak terganggu dan masih teringat dengan peristiwa dia dan kawan2 nya diganggu oleh geng bermotor itu. malam itu Esya tersenyum sendirian sambil tangan nya ligat membalas mesej Zarul yang segera sms pada dia sejurus mereka tiba di asrama mereka. Esya menjerit kegembiraan dengan teman sebiliknya, Fana sambil menceritakan bagaimana Zarul meminta nombor telefon nya tadi. Fana hanya mampu menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat kawan nya itu. malam itu Esya tidur di ulit mimpi yang indah sambil berangan kan Zarul adalah jodoh nya.


akan bersambung di kemudian hari pabila idea ku sudah bergeliga di kepala ini. hehe jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment