Tuesday, December 6, 2011

pengenalan: Novel Lara Dunia

mcm mana nk ckap pada org yg kite suke tu, bahawa kite suke kat dia? hurmm.. susah bukan? tmbh2 lg bile kite xnk laa nnti tidak berbalas pula. so hari ni admin nk bt fan fiction. hehe, dah lme x asah bakat ni jd penulis crite. so, kisah dia mcm ni..

Esya merenung sendirian, mengenangkan nasibnya yang masih belum tentu bernasib baik atau tidak. 

"hurmm.. aku segan lah Jannah.. tak kan aku nak beritahu dia yang aku suka dia?" soal esya pada kawan baik nya, Jannah. 

masih terbenak di fikiran Esya, dulu dia pernah mencuba berkenalan dengan seorang jejaka, Zarul namanya. Zarul, lelaki yang boleh dikatakan mempunyai rupa, pandai, telah berjaya menarik perhatian Esya. kisah perkenalan mereka bermula apabila Esya menyertai pertandingan menulis lirik lagu di tempat belajar nya. 

"Salam, awak peserta tulis lirik lagu bukan?" soal Zarul.

"waalaikumussalam, ya saya. err. anda siapa?" soal Esya

"oh, saya Zarul. orang kuat program ini. saya difahamkan awak memerlukan khidmat bantuan saya. jadi, apa yang boleh saya bantu?" pelawa Zarul

"Ya. begini, saya memerlukan seorang lelaki untuk menjadi pemain watak bila saya membaca lirik lagu saya nanti. kiranya, saya mahu penonton faham apa yang saya cuba sampaikan." terang Esya

"baiklah, saya akan cuba penuhi permintaan awak. cuma seorang sahaje ke? atau ada apa2 hendak tambah?"

"ermm. tidak rasanya. setakat ni, cume itu sahaja. dan kalau boleh, saya mahu dia ada masa saya dalam raptai penuh nanti"

"boleh, baiklah. saya cuba. nanti saya akan minta Amir carikan seorang ahli kami yang sesuai. awak tak kisah kan lelaki macam mana rupa dia?"

"boleh, ya saya tak kisah, asalkan ada. terima kasih ya" ucap Esya

Masih segar di iingatan Esya, tatkala perbualan kali pertama mereka. pada ketika itu, esya masih belum rasa suka pada Zarul. di minda Esya, hanyalah ingin menjadi pemenang pada malam itu. ya, malam itu. bermula lah segalanya. saat Esya sedang menghafal lirik lagu nya, tiba2 Zarul hadir dalam pandangan Esya. memakai baju melayu berkain songket sudah cukup membuat Esya terjatuh hati. kebetulan, Esya turut memakai baju jubah yang dipinjam oleh rakan sebiliknya, Fana. pandangan mata Zarul mula mengekori langkah Esya. dia tidak keruan. dia mula gemuruh dan cuba menghafal lirik lagunya. namun seketika kemudian, Zarul menghampiri Esya lalu memperkenalkan seorang jejaka kepadanya. 

"Awak, ini Amir, dia bakal menjadi pelakon tambahan awak malam ini"

"oh, Amir. saya Esya, peserta bakat lirik lagu. saya mengharapkan kerjasama awak untuk membantu saya malam ini."

"baiklah, saya cuba buat yang terbaik. jadi apa yang harus saya lakonkan nanti?" soal Amir

Esya menerangkan pada Amir mengenai hasil gubahan lirik lagu yang ditulisnya. Amir cuba mendalami watak yang diiinginkan oleh Esya. sekilas, mata Esya asyik mencari kelibat Zarul. di lihatnya, dia sedang sibuk menjaga program tersebut. akhirnya, Zarul berjaya menangkap pandangan Esya. kali ini giliran Zarul untuk merenung Esya. dia seolah2 terpegun dengan Esya malam itu. sedangkan, Esya tidak lah menarik bagi pandangan lelaki kerana, dia tidak lah cantik mahupun ayu. dia hanya wanita biasa. tiada yang istimewa mengenai dirinya. tambahan pula, bentuk badan nya yang gempal dan berisi, membuatkan dirinya tidak menjadi buruan kaum lelaki. dia dengan gemuruh, cuba melarikan pandangan tersebut. 

"mintak2 dia tak nampak. adoi malunya" rintih Esya sendirian

malam itu, Esya telah berjaya memenangi tempat pertama dan dia menerima hadiah berupa trofi kemenangan dan sijil penyertaan. Esya sangat gembira. dia menangis kerana tidak mampu menahan perasaan, sambil ditemani Jannah.

"Jann, aku menang Jann! aku berjaya!! alhamdulillah"

"tahniah Sya. aku tahu kau mesti boleh punya! kau kena belanja aku ni"

"yela2, lepas ni kita pergi makan dekat kedai makan kuning yang biasa tu. malam ni aku belanja kau. okay?"

"orait! eh, mana kamera kau? mari sini aku ambil kan gambar. saat2 manis ni mestilah dirakam dalam sebuah kenangan"

"err, Jann. kejap ya. aku nak jumpa seseorang kejap. 5 minit! nanti kita ambil gambar ya?"

dalam dewan itu, dia cuba meninjau dan mencari Zarul. dengan harapan, ingin berterima kasih kerana telah membantunya. namun hampa. Zarul masih sibuk menguruskan tetamu VIP malam itu dengan mempelawa mereka ke jamuan makan. 

"awak, boleh tak nanti awak tolong cakap pada Zarul, terima kasih banyak2 sebab dah tolong saya?"

"baik lah, nanti saya sampaikan" ujar seorang AJK program tersebut.

"aku suka dia" ujar Esya seorang diri

tiga hari kemudian, seperti biasa, Esya akan berjalan2 dengan Jann, untuk mencari santapan tengah hari. ketika itu, Esya terpegun melihat keindahan alam semesta ciptaan Nya. 

"cantik nya langit hari ini! cuaca sangat baik!"

tiba2, sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang datang menghampiri Esya. 

"eh eh eh.. nasib tak langgar" ujar Zarul

"eh awak! hai" sapa Esya dengan senyuman

"eh awak! hai.." jawab Zarul juga berbalas senyuman

pertemuan mereka pada ketika itu seolah2 dirahmati kerana cuaca yang sangat baik pada masa itu. Esya lalu cepat2 ke medan selera kerana dia segan dengan tindakan cuai nya yang hampir dilanggar oleh Zarul.

"aduhai, kenapa lah aku ni cuai sangat?! malu nya aku tadi.."

"itu lah kau. duk mengadap langit tu lagi. haa, nasib baik dia tak langgar kau." tegur Jannah pada Esya

akan bersambung....

No comments:

Post a Comment