Sunday, June 24, 2012

Favorite Song~ Permata Yang Dicari

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

hai semua, buat apa tu? sempena hari ahad yang mulia ini, saya nak berkongsi lagu kegemaran saya. haa. lagu apa? hehe lagu ini bertajuk 'Permata Yang Dicari'.

sejak bila saya minat lagu unsur kerohanian ini? jujur, terus terang saya lebih kepada genre kpop yang sedang hangat dibual bicara oleh masyarakat kita. malah ada yang mencuba menjadikan lagu kpop sebagai teman muzik harian mereka. begitu juga dengan saya, apabila mengulangkaji pelajaran saya pasti akan memutar lagu2 kpop di komputer peribadi saya.

namun, suatu hari ketika saya sedang duduk termenung dalam kelas *waktu tu di awal semester 5, pensyarah belum masuk kelas* saya terdengar seorang sahabat saya sedang rancak menyanyikan lagu ini. saya tertanya2. eh lagu apa ni? tambahan pula, suara sahabat saya itu sangat lunak, merdu bak buluh perindu. jadi saya segera bertanya pada dia.

(gambaran asal perbualan antara saya dengan dia)


saya: boleh aku tahu, kau sedang nyanyi lagu apa?
dia:   eh maaf lah kalau suara aku x sedap. hehe. oh ini lagu kumpulan DeHearty. kenapa tanya?
saya: DeHearty? siapa tu? x pernah dengar pun..
dia:   *dengan berani menegur diriku* itulah, kau asyik dengar lagu kpop saja. sampaikan lagu genre nasyid pun kau x tahu..
saya: *hanya mampu terdiam sambil menerima teguran dari dia*
dia:    kau nak dengar x? kejap aku pasang kan.


sejurus itu, sahabat saya pun memutarkan lagu itu di telefon bimbitnya. bagai pertama kali mendengar alunan irama nasyid Raihan ketika saya kecil dahulu, saya terus jatuh hati. bukan kerana suara penyanyi yang lunak tetapi lirik yang dibacakan oleh penyanyi itu membuatkan saya terus membuka jaringan bluetooth telefon bimbit saya dan meminta sahabat saya hantar lagu itu.

hati saya tersentuh mendengar satu per satu ayat yang dinyanyikan oleh kumpulan itu. begini lah liriknya:




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)



apa yang menjadikan saya begitu teruja dan tersentuh mendengar lagu ini? kerana, terdapat serangkap baris yang mana saya menggunakannya ketika saya berdoa. adakah ini suatu kebetulan? ketika saya sedang memohon petunjuk dari Nya, saya sering menggunakan ayat tersebut. tidak perlulah saya nyatakan baris ayat yang mana. cukuplah sekadar ia menjadi panduan. lagu ini seolah2 menjadi intisari buat diri saya, yang mana pada ketika itu masih dalam dilemma kehidupan dan perhubungan. maka, kerana itulah saya sangat tersentuh hati apabila mendengar lirik lagu ini.

sehingga kini, saya juga turut mendengar lagu2 Dehearty seperti wanita, pengantin baru dan lain2. selain itu, saya juga suka mendengar lagu penyanyi Raihan, Nowseeheart, Sami Yusof, Maher Zain, Hijjaz, Rabbani, Debu, Zain Bikha, Yusuf Islam, Saujana dan juga UNIC. anda juga boleh cuba mendengar lagu kumpulan DeHearty ini. manalah tahu anda akan jatuh hati seperti saya. Allah amat menyukai hambaNya yang tidak jemu2 memuji Allah dan menggemari lagu2 irama nasyid, kerana irama ini adalah seperti panduan buat diri kita untuk semakin mendekati Nya :)

"semoga ada hikmah disebalik yang terjadi"

ikhlas menulis,
Safiah Rahim

No comments:

Post a Comment