Thursday, May 12, 2016

Rejected.

Assalamualaikum all,

Sudah berkurun saya tidak mengupdate blog kan. Bukan apa, kerana isu terlupa password sebenarnya. Tapi kini sudah memperbaharui maka tiada isu lagi jika saya menyepi.

Well, if you read the topic. Fuhhh. Terkesan kan? Yes, saya rasa kalau sebut pasal topik ni mesti ramai assume 'it's about love, obviously. Being rejected by someone'. Ok. Tanpa perlu berlengah lagi, mari kita terus ke tujuan utama post kali ini.

Kenapa kena reject? Apa puncanya? Mengapa terjadinya kes di reject? Banyak persoalannya kan. Kalau kita hanya melihat sekali imbas sahaja, memang, reject itu sesuatu yang negatif. Itu kalau melihat sebelah mata. Tapi, kalau kita melihat pada keseluruhannya dan cuba keluar dari kotak pemikiran, pasti kita tidak akan rasa ianya sesuatu yang buruk. Mudah cakap kan?

Yes, saya tahu. Mudah cakap, tapi hati masih menidakkan kebenaran. It's hard, I know the feeling. Manusia mana yang tak pernah alami perasaan kena reject oleh sesuatu perkara? Saya bagi contoh, awak pergi interview dan selepas proses menemuduga berlaku, awak dapat email dari company mengatakan "dukacita dimaklumkan..." ha. Itu kan kena reject? I mean, you are not the chosen one for the position you have applied.

Ok. So this scenario kalau awak tengok, almost similar to love kan. You are not the chosen one for him or her. So that's why you kena reject. But to be honest, it's better kena reject dari dipermainkan perasaan, betul tak? At least, you know, dia tak pilih awak. So dah boleh move on dan cari orang lain. Although I must say, it is not easy to move on. Lagilah kalau orang yang reject awak tu sangat dekat dan awak selalu berjumpa dengan dia. Yes, indeed, I know.

Selepas kena reject, apa nak buat? Menangis? Meraung? Pujuk suruh terima juga? Mendiamkan diri?

Itu semua hanyalah peranan emosi semata-mata. Cuba beritahu, apa yang awak dapat kalau menangis meraung sekalipun? Kena reject nangis boleh, tapi mengaji quran tak boleh pula nangis? Hah.. Sentaplah nak.

Jalan penyelesaian, hanya bergantung pada diri awak. Hanya awak yang mampu mengubah diri awak. Terimalah dengan redha, ini ujian dari Allah. Terimalah dengan ikhlas, pasti ada hikmah disebalik ujian ini. Teruskanlah kehidupan, maju ke depan dan jangan stalk, tengok, renung, ingat, terkenang atau merindui dia lagi. Dia bukan yang terbaik untuk awak, Allah tahu siapa yang terbaik buat awak. Only Allah knows who and what is the best for you.

Easy to say kan? Betul, awak akan alami fasa sedih namun janganlah jadikan kesedihan itu berpanjangan. Bersederhanalah dalam bersedih. Bila awak dah betul-betul redha, Allah akan hadiahkan pada awak seseorang yang terbaik buat awak..

Ingat Allah sentiasa, lebihkan cinta pada Allah dari cinta manusia, inshaAllah bahagia akan tercipta bagi dirimu suatu hari kelak.

Amalkan solat Tahajud, solat istikharah dan solat hajat serta luahkan segalanya pada Allah, minta petunjuk dari Nya. Jangan lupa mengaji al quran setiap hari kerana ketika kita membaca al quran, kita sedang mendengar Allah berbicara dengan kita.

Ketika dalam sujud akhir dalam solat, berdoalah, "ya Allah, datangkanlah jodoh yang tepat, dengan orang yang tepat, pada waktu yang tepat yang suka sama suka, yang saling berkenan kerana aku inginkan pasangan yang halal bagi menyempurnakan separuh agamaku"

InshaAllah..


No comments:

Post a Comment