Sunday, March 25, 2012

outing~ Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum semua :)

Hari ni aku nak share kenangan manis aku keluar semalam (24/3/2012) dengan wani. hehe seronok.. aku happy je semalam. tapi yang parah nya sakit kaki lah. adoii. mana x nya keluar dari pagi hingga malam. best, best juga tapi kepenatan dan kesakitan tumit kaki tuh masih terasa.

so sampai je, destinasi kami ke Mahkota Parade, berjalan, dan ke atm utk keluarkn pulus. hehe mestilah kalau x macam mana nak shopping kan? wani mengajak aku ke MPH bookstore sebab dia nak habiskan baucar dia. jadi kami ke mph, melihat2 buku2 yang ada. aku tergoda nak beli buku2 di situ. tapi.. baucar dah habis dipakai. huhu ada banyak buku yang aku nak beli, tapi last2 aku pikir2 balik, buku2 motivasi yang beli dulu masih ada yang x bukak plastik dia n x baca lagi. so aku tengok2 jela buku2 tu.

Selepas tu, aku sempat singgah ke kedai Speedy, meninjau2 album terkini di pasaran. biasa lah, kedai muzik mesti pasang lagu. dan ketika itu lagu yang dipasang, lagu Korea. aku sanggup lepak kat kedai tu sebab nak tahu siapa yang menyanyi lagu tu. aku xdapat teka. so aku pergi tanya tauke, dan dia cakap, kumpulan B2ST. wahhh best nya lagu ni! tapi kenapa aku xtahu? lagu yang dimainkan dari album fiction. hati ni tetibe teragak nak membeli album tu. tapi akhirnya x beli. sebab aku dah ada lagu tu dalam laptop. so seterusnya aku melihat drama2 Korea yang ada. mahalnyaaa. RM95 satu! dah tentu lah aku x beli. majoriti drama yang kat situ semua aku dah ada.

Seterusnya, destinasi kami ke Parkson. saja2 melihat2 fesyen terkini. tapi tidak membeli pun sebab tiada yang berkenan. jadi kami meneruskan perjalanan ke Hatten Square, pada asalnya plan kami nak menonton wayang. tapi akhirnya x jadi sebab wayang pada hari semalam tiada yang best. ketika sedang berjalan, aku teringat ada satu kedai aku pernah kunjung dulu. kedai tu kedai cenderahati, ada jual kpop merchandise. apa lagi. aku sibuk mencari kedai tu.

Sedang2 cari, tetiba aku ternampak jualan bundle di sudut tepi luar. aku jadi tertarik nak g tengok. wahh. walaupun bundle, tapi ada juga baju2 yang cantik, dan masih baru. rupanya kedai bundle ni bukanlah baju2 terpakai, tapi baju2 stok lama yang x habis dijual. apa lagi. aku dan wani mencari2 baju feberet kami. akhirnya jumpa. aku dapat membeli tiga helai baju. kos? murah je.. tapi x perlu lah aku beritahu. wani juga dapat beli sehelai baju. :)

Selepas tu, aku meneruskan pencarian kedai kpop tu. akhirnya jumpa juga. seronok nya bila melihat pelbagai kpop merchandise, antaranya file, keychain, button, mini card, penanda buku dan juga sticker. so tangan aku pantas mencari lee donghae keychain. tapi.. xde.. sedihnya hati. yang aku jumpa, leeteuk, heechul, sungmin dan eunhyuk. jadi apa lagi. beli jelah walaupun bukan donghae. lagipun last stock. hehe

Sedang asyik berjalan, aku masih sedih sebab x jumpa keychain donghae. tiba2 mata aku terpandang satu tempat ni, tempat jual handphone tapi ada gambar SNSD. apa lagi. langkah aku terhenti dan mula membelek2 di situ. alangkah happy nya. phone strap lee donghae! file super junior mr simple! keychain super junior! pensil case super junior! beg pack super junior! wahhhh tangan ni ligat ambil apa je yang aku nampak. 2PM, SNSD, B2ST, F(x), UKISS, BOYFRIEND pun ada tau. hehe tapi dah tentulah aku ambil super junior je. :P

barang2 yang sempat grab, hehe :P

Pastu kami teruskan lagi jalan2, ke Dataran Pahlawan. lunch. mase tu teringin nak makan macam2. tapi perut lapar meminta makanan yang berat. akhirnya aku tergoda dengan bau ayam goreng kfc. hehe so kami ke kfc, makan di situ. sedap nya xterkira aku dan wani sama2 order dinner plate. dan aku sempat mencuba krusher sunshine surprise. yummy! sedap! xtahu nak cakap rasa apa, tapi dia ada campuran air seven up. tapi last2 x habis makan. so kami simpan untuk dinner malam tu.

Lepas makan, mestilah kena jalan2 turunkan makanan yang penuh di perut. jadi ketika sedang berjalan2, aku cakap dengan wani, aku nak ambil gambar. so kami bersama2 ke A famosa, dan mengambil gambar kenangan di situ. sedang dalam perjalanan ke A famosa, aku masuk satu per satu kedai buku dan majalah. misi aku mencari epop malay keluaran bulan januari. sebab aku termissed beli, jadi aku terlepas kalendar besar artis2 kpop. akhirnya. jumpa! dah la tinggal satu je. apa lagi, cepat2 lah aku beli.

Sampai di A famosa, bergambar lah kerja kami. hehe dan macam model dah. tapi x berbayor je. ramai yang melihat gelagat kami. wani malu2 tapi aku peduli apa orang nak pandang, pandang lah. sebab aku dah biase kan aku pelakon teater? dah biase menunjukkan aksi luar biase. hehe. xdelah over sangat pun. sekadar bergumbira dan mengambil gambar kenangan je. :)
kucing ni, dia duduk lepak kat kawasan istana. time tu istana dah tutup. so kucing ni pun nak bergambor jugak! hihi

 

 
okay itu sahajalah kenangan aku semalam. seronok, gumbira, happy, tenang dan paling penting kami berjaya release tension!! hahaha. sebab minggu depan aku dihadapkan dengan 3 quiz. 3 okay! itu pasal lah kami enjoy sepuas2nya. dan banyak jugalah aku berhabis. rasenye x perlu aku beritahu berapa total perbelanjaan. yang penting, aku dapat ape yang aku nak. dan kenangan hari semalam adalah kenangan aku di Melaka buat semester akhir ni. hihi ^^


9 comments:

  1. Dekat mana ya kedai yg Jual brg kpop tu ye???

    ReplyDelete
  2. kedai keychain, button k-pop tu apa nama nye ??

    ReplyDelete
  3. as salam..boleh sya tnye..kt mne kdai k-pop ye?skadar nk tnye..hrp dpt bgi tau ye :)

    ReplyDelete
  4. assalam.,please bgtau kat mne kedai kpop tu????

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...bleh bagitau tak kat mana kdai kpop tu??

    ReplyDelete
  6. dekat mana eh ? mahkota parade ? atau dekat dataran pahlawan ?

    ReplyDelete
  7. please ckp , kt mne kdai kpop tu , pliss

    ReplyDelete