Wednesday, July 25, 2012

persediaan ke alam baru~

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

sementara menunggu waktu imsak dan subuh saya sempat lg cuba menulis belog disini hihi. okay persediaan ke alam baru itu ialah persediaan saya menuju ke alam latihan industri. seperti mana yg anda semua tahu saya bakal mengikuti latihan industri bagi semester 6 iaitu semester terakhir bagi ijazah sarjana muda perniagaan pemasaran. ya tidak dinafikan, saya berdebar2 menanti tarikh penting permulaan semester baru iaitu 6 Ogos 2012.

maka saya ingin berkongsi sedikit tips atau petua sebelum memasuki alam perkerjaan. tips yg pertama, kenal pasti tugasan harian anda. ketika anda dalam sesi temubual dahulu, pihak syarikat pasti telah pun memberitahu anda antara tugasan2 harian yg perlu anda lakukan. sebagai contoh, anda ditugaskan untuk membuat laporan harian. maka kenal pasti apakah laporan harian yg perlu anda lakukan seperti dalam format penulisan, grafik, data atau pun pembentangan. ini kerana laporan harian bergantung kepada keadaan fizikal syarikat tersebut. sekiranya syarikat itu merupakan syarikat pemasaran produk, maka jenis laporan yg biasa dilakukan ialah dalam format pembentangan. 

tips yg kedua, ketahui apakah skop pekerjaan anda. sebagai contoh, skop pekerjaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kewangan, pemasaran, insurans dan juga perniagaan. dengan menggunakan kaedah ini ia amat memudahkan anda setelah mengetahui bidang tertentu dalam syarikat tersebut. walaupun pada dasarnya anda berada di bidang pengurusan sumber manusia, tidak menjadi mustahil anda akan dipindahkan ke bidang pentadbiran dalam syarikat tersebut.

tips yg seterusnya, pelajari atau cuba mengingati semula apa yg telah anda belajar sebelum ini. sudah pasti anda akan menjalankan latihan industri mengikut kursus yg anda ambil. maka cuba lihat semula informasi2 penting yg boleh diguna pakai bagi diri anda. ini supaya anda tidak menjadi kelam kabut dan pengurus akan melihat anda sebagai seorang yg sentiasa bersedia serta berkebolehan melakukan sebarang perkerjaan.

persediaan berikutnya ialah minda dan juga mentaliti anda. minda memainkan peranan yg penting kerana setiap perbuatan atau pergerakan kita dikawal oleh minda atau pemikiran kita. jika anda berfikir perkerjaan itu susah, maka anda akan menjadi pekerja yg sambil lewa serta tidak berani menyuarakan pandangan anda sendiri. maka ia membuatkan anda berfikiran negatif yg mana kemudiannya akan mempengaruhi keadaan fizikal anda, dalam konteks menjadi malas.

tips yg berikutnya, persediaan fizikal. fizikal amat penting kerana ia menggerakkan otot2 dalam tubuh badan. sepanjang anda di rumah, pastikan anda melakukan sedikit pergerakan dalam seharian kerana tanpa pergerakan badan anda akan menjadi semakin lemah. sebagai contoh, anda tidak perlu berlari selaju mungkin tetapi cukuplah sekadar melakukan perkerjaan ringan di rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain dan sebagainya. pergerakan fizikal ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi cergas sepanjang hari. ini kerana sedikit pergerakan membantu perjalanan darah anda di dalam badan. apabila saluran darah berjalan dengan baik, maka keadaan fizikal anda kelihatan kuat dari luaran.

tips yg terakhir, berdoa. bagi umat Islam mahupun umat bukan Islam, berdoa kepada tuhan anda semoga dapat menjalankan latihan industri dengan keadaan baik dan berjalan lancar. setiap pagi bangun dengan berkata pada diri sendiri anda kuat serta yakin akan memberi impak positif yg mana ion2 positif akan terus masuk dalam tubuh badan anda. berdoa kepada tuhan misalannya bagi yg beragama Islam, setiap kali selepas solat mohon lah agar permudahkan segala tugasan harian anda, supaya diri memperoleh semangat baru dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

"apabila berada di dalam kekusutan fikiran, jalan yang terbaik ialah berdoa kepada Nya moga dipermudahkan segala urusan harian"

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan~ datang lagi ^^

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

sedar x sedar bulan Islam yg plg dirindui, disayangi dan dinanti2 datang lagi.. Alhamdulillah, berkat doa Nya saya masih bernyawa di dunia ini dan mampu menjalankan ibadah berpuasa seperti biasa. cuma harapan saya kali ini, agar dapat berpuasa penuh dalam istilah kaum hawa ini diberi cuti istimewa setiap bulan. bukan apa, sekurang2nya saya mahu merasa kemanisan iman dalam bulan Ramadhan secara penuh :)

hari ini, hari pertama semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa. eh. berpuasa je ke? puasa tahan lapar sahaja? tidak, puasa yg dimaksudkan selain menahan lapar dan dahaga, kita juga berpuasa mata, mulut, telinga dan hati. eh. macam mana tu?

puasa mata, yg mana kita tidak melihat perkara2 yg boleh membatalkan iman. hehe. kalau yg ini xperlu rasanya saya mengulas lebih panjang kerana anda semua mesti sudah faham kan? lebih2 lg kita ni dah bergelar dewasa, sudah matang fikiran dan perbuatan. pasti lah anda mengerti apa itu yg membatalkan iman. maka, cuba seboleh2 nya mengelak dari memandang apa sahaja contoh nya, jikalau anda pergi kedai atau petang ini pergi bazar Ramadhan. anda kebetulan terlihat seorang gadis cantik misalan nya. kalau sekali pandang, x apa. tapi berkali2? haaa itulah yg dikatakan perkara yg membatalkan iman :)

puasa mulut, bukan bermaksud anda menjadi bisu. haha saya faham, sebab anda puasa, saya puasa. maka senyap sahaja sepanjang hari? tidak. puasa mulut yg membawa maksud anda tidak berkata2 perkara yg membawa kerugian, atau menyebut perihal orang lain. dalam konteks mengumpat. masyaAllah, jauhkan lah sikap suka mengumpat. sebalik nya, gunakan kelebihan mulut anda untuk berzikir, mengaji al-Quran, bertilawah dan sebagai nya. dan kalau ada yg mana boleh memberikan ceramah agama khusus nya di surau2 atau masjid, ambil lah peluang ini untuk melipatgandakan pahala anda. saya mengamalkan dengan membaca al-Quran, sebaik saya selesai solat Subuh. baca, tidak bermakna sekiranya kita tidak membaca dengan makhraj dan tajwid yg betul. oleh itu selesai saya membaca secara berseorangan dibilik, saya kemudian nya menyambung dengan membaca di hadapan ayahanda saya. seperti tadi, siapa sangka bila hari2 membaca Alhamdulillah, bacaan saya semakin baik. namun masih ada yg perlu saya perbaiki bagi hari2 yg mendatang. insyaAllah, mudah mudahan amalan ini dapat saya teruskan hingga ke hari akhir Ramadhan. dan seterusnya, moga ia berterusan walaupun bukan di bulan Ramadhan :)

puasa telinga, yg mana kita mengelak mendengar al kisah kehidupan orang lain. ini macam kes bila orang mengumpat lah. pasti sipulan itu mahu kita mendengar kan? jadi, elak kan dari masuk campur hal kehidupan orang lain. sebalik nya, dengar ayat2 Quran yg dibaca dalam cd, youtube misalannya. kan lebih bagus? ha sekarang ni zaman moden, jadi apa salah nya mendengar ceramah dari ustaz2 yg bertauliah masa kini? ada banyak kan, jadi pilih lah di hati. kalau pada saya, sekira nya saya di rumah, saya akan meluangkan masa dengan mendengar ceramah2 di kaca televisyen seperti rancangan yg bermula jam 7 pagi, 'Tanyalah Ustaz'. melalui rancangan itu saya dapat mengurangkan rasa keraguan sekiranya ada perkara yg saya kurang pasti. maklum lah, saya hanya seorang pelajar biasa, saya tidak arif mengenai bidang2 agama namun saya cuba mempelajari nya dari mereka yg pakar mengenai nya :)

dan yg terakhir, puasa hati yg barangkali pada saya amat suker dilaksanakan oleh segelintir umat Islam. eh. apa dia ni puasa hati? puasa hati ini bermaksud anda tidak berniat sesuatu yg boleh mengganggu iman anda. contoh, anda nampak seekor kucing kurap sedang berjalan di tepi anda. lantas, anda pasti tidak menyebut kerana malu di hadapan orang, tetapi di hati anda pasti terlintas "eeee kucing ni. pergi lah tempat lain. kau tu kurap!" masyaAllah.. kasihan kucing kurap tadi. namun tahu kah anda Allah memberi seribu ganjaran pahala kepada kucing itu tadi, dan bukan nya pada anda? sebab, kucing itu tadi hanya berjalan di sebelah anda, namun tidak pula kucing itu terlintas untuk mengusik anda. begitu juga apabila ada insan kurang bernasib baik meminta sedekah di laluan pejalan kaki, atau di bazar Ramadhan.. anda mengerutkan dahi, membenci dan cuba lari dari insan tersebut. maka Allah juga memberi seribu ganjaran pahala kepada insan itu kerana dia hanya senyum sahaja pada anda. jadi, fikir2kan lah.

Ramadhan juga adalah bulan percuma yg diberikan oleh Allah swt untuk kita menambahkan pahala kita. bukan sekadar berpuasa, tetapi apa sahaja amalan kebaikan yg kita lakukan, insyaAllah boleh dapat pahala. contoh, tolong mak beli barang, sapu sampah, basuh kereta ayah dan juga bersedekah. haa lagi2 masa ini lah kita bersedekah dan mengeluarkan zakat. syukur Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk mengeluarkan zakat bagi simpanan dan harta. bagi zakat fitrah, saya masih dibawah tanggungan ibubapa. tidak mengapa, yg penting ikhlas dalam memberi dan menghulurkan.

di akhiri ini, saya juga seperti umat Islam yg lain, mahu berjumpa dengan malam lailatulqadar. insyaAllah, saya akan mengulas lebih lanjut apa itu malam lailatulqadar pada hari akan datang.


"Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih bermakna buat diri ku" 

Sunday, July 15, 2012

kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum :)

apa khabar semua? how are you? annyeonghaseyo? hehe lama betul saya x update dekat sini. bukan apa, sebab sebelum ini saya menduduki peperiksaan akhir. apa yang mampu saya lakukan, tawakal kepada Allah. harap semoga semua subjek lulus. berbalik kepada topik asal, hmm hari ini saya ingin berkongsi sedikit hajat saya ketika sedang bercuti menunggu panggilan latihan industri. ya, saya berhajat untuk menguruskan badan saya yang agak gempal dan tembam ini. hehe ;)

persoalannya mengapa? sebelum ini pernah saya nyatakan bahawa tiada istilah kurus atau diet dalam kamus hidup saya. tetapi kenapa kini secara tiba2 saya ingin melakukannya?

ini kerana, saya menerima teguran dari ayahanda saya, beliau meminta agar saya mengecilkan badan saya sedikit. tak banyak pun tak apa, asalkan ada nampak perubahan. oleh itu, sebagai seorang bapa, beliau telah pun merencanakan tugasan buat saya sepanjang saya di rumah. antara tugasan2nya adalah seperti berikut:

1) kawanan bilik2 di tingkat atas, adalah jagaan saya. oleh itu saya bertanggungjawab mengemas bilik2 tersebut.

2) memastikan saya sehari berpeluh2 demi mengurangkan lemak di badan.

3) menu masakan yang tidak berat. lebihkan memakan sayur-sayuran.

4) pengurangan mengambil menu nasi yang digantikan dengan buah-buahan pada waktu malam.

5) menu utama, air masak. minum sebanyak2nya. minuman manis, dikurangkan.

6) makanan bergoreng diganti dengan makanan rebusan air dan bakar.

dan yang terakhir seboleh2nya berpuasa. bukan untuk mengganti puasa (dah habis ganti, yay!) tetapi sekadar mengawal nafsu makan yang melampau.

tetapi, berbalik kepada tajuk utama,

'kurus demi kebaikan diri atau demi seorang lelaki?'

baiklah. ini tujuan asal mengapa saya ingin berubah. atas pesanan dan nasihat ayahanda tercinta juga, beliau meminta saya mengecilkan badan juga atas dasar demi seorang lelaki, yakni bakal suami saya. persoalannya mengapa? sebagai seorang bapa, beliau sudah yakin bahawa anak perempuan nya ini pasti mempunyai rasa suka atau dalam diam2 menanam perasaan cinta pada seseorang.

namun tidaklah beliau mempersoalkan pada saya, siapa lelaki tersebut. ini hanyalah firasat saya semata2. bayangkanlah. kalau sebelum ini beliau hanya meminta saya kurus demi kesihatan, tetapi saya perlekehkan, dan beliau menegur berkali2 namun tidak jua saya ambil sebagai langkah pengurangan. tetapi kini beliau menegur saya dengan berkata

"nanti tak ada lelaki nak jadi suami, sebab badan itu gemuk sangat".

akhirnya saya tersedar dari lamunan yang panjang. ada benar disebalik kata2nya.

oleh itu kini saya dalam proses cuba mengurangkan nafsu makan. bagaimana? sedangkan saya amat gemar makan. hobi saya makan. sukar untuk melawan tetapi akan saya cuba. terutama, dugaan saya ialah gemar memakan makanan yang manis. itu juga bahaya. makanan yang manis boleh membawa kepada obesiti melampau hingga tercetusnya penyakit kencing manis. kawan2 saya juga berpesan agar kurangkan pengambilan makanan manis. baiklah, saya akan cuba. insyaAllah moga saya dapat mengawal nafsu makan saya ini dan mengecilkan saiz badan saya juga.

tentang soal samada saya sudah berpunya atau belum?






jawapannya, belum. saya masih belum berpunya. malah saya tidak faham istilah berpunya itu. adakah perlu pihak lelaki menyatakan hasratnya kepada saya? atau adakah berpunya itu bermaksud 'hati saya telah dimiliki oleh seseorang?'

itu masih saya cuba rungkaikan. namun tidak saya nafikan, memang ada seorang insan yang secara tidak langsung berjaya mengetuk pintu hati saya. tetapi biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan Allah. jikalaupun dia mengetahuinya, maka biarlah hubungan itu mesra tetapi berbatas. apa yang boleh saya katakan, saya hanya berserah kepada Allah sekiranya benar kami mempunyai jodoh.

walau apa pun, pesanan ayahanda tidak pernah saya lupa. katanya,

"belajar dahulu hingga tamat, pelajari dahulu ilmu suri rumahtangga. bekerjalah dahulu mengumpul dana masa depan. kemudian sekiranya sudah tiba masa boleh lah menamatkan usia bujang"

ayahanda tidak melarang saya untuk berkawan dengan kaum adam, namun biarlah berbatas. apa yang penting, ayahanda mahu elakkan berlakunya gejala maksiat dan juga fitnahan di kalangan masyarakat.

apa2 pun saya cuma berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia ayahanda kerana saya mahu dia menjadi wali saya di majlis pernikahan saya kelak. dan saya juga mahu dia melihat bakal cucunya sebelum dia menghembuskan nafasnya kali terakhir. itulah harapan saya.

"tawakal kepada Allah, nescaya Dia akan cuba yang terbaik buat dirimu. kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya"

Ikhlas menulis,
Safiah Rahim










Tuesday, June 26, 2012

Diari perjalanan~ temuduga latihan industri

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)


Indahnya hari ini, cuaca redup, tidak terlalu panas dan angin sepoi2 bahasa seolah2 alam ini memahami perasaan saya. hehe. sebenarnya, sejak semalam dan hari ni saya telah pun menghadiri 3 temu duga untuk latihan industri. kisah nya bermula apabila sebulan yang lalu, saya telah pun menggunakan laman sesawang 'jobstreet' untuk mencari syarikat yang menerima pelajar ijazah sarjana muda (pemasaran) seperti saya ini. jadi saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman saya bermula perjalanan dari rumah hingga lah tiba di syarikat2 itu.

malam sebelum hari kejadian, saya berbincang dahulu dengan keluarga mengenai bagaimana saya mahu ke syarikat pertama. memandangkan syarikat tersebut terletaknya di tengah2 bandar, maka saya telah mengambil keputusan menggunakan kemudahan awam sedia ada iaitu LRT Putra. saya juga turut melakar dahulu laluan keretapi tersebut yang akan saya lalui. setelah lebih kurang 1 jam perbincangan, akhirnya keputusan diperoleh yang mana saya terlebih dahulu akan mengikut ibu saya ke tempat kerja nya kemudian barulah dia menghantar saya ke stesen keretapi yang berhampiran.



(rekaan peta laluan lrt dan monorel)

perjalanan saya bermula dari pukul 6.30 pagi. ini kerana untuk mengelak kesesakan laluan lintas dan memandangkan pejabat ibu terletak di Wangsa Maju. sedangkan pula rumah saya di Sri Kembangan.

setibanya di pejabat, saya terlebih dahulu mengambil sarapan yang telah dibekalkan oleh pembantu rumah saya, kuetiaw ladna. benarlah kata orang kasih ibu itu tiada tandingannya. dia telah melayani saya, membuatkan saya terharu. tambahan pula, sedikit sebanyak layanannya membuat saya semakin bersemangat untuk menghadiri temuduga pagi itu. dia turut memberikan nasihat serta petua yang boleh saya turuti. katanya, sekiranya gemuruh, bacalah ayat2 dan doa yang pendek. semoga perasaan gemuruh itu dapat dikawal.

tepat jam 8.30 pagi, saya memulakan perjalanan dari Wangsa Maju ke titik penukaran pertama iaitu Dang Wangi. di sana saya kemudiannya harus berjalan selama lebih kurang 10 minit melalui laluan pejalan kaki berbumbung. sejurus kemudian saya tiba di tempat persinggahan ketiga iaitu monorel Bukit Nanas kemudian dari situ saya akan ke tempat persinggahan terakhir iaitu Raja Chulan. ketika di situ apa yang dapat saya lihat ialah lautan manusia yang sedang menunggu ketibaan monorel tersebut. sudah dapat saya jangka, kehidupan dan gaya hidup masyarakat di Kuala Lumpur amat berbeza dengan kehidupan di Melaka. rata2 tidak mengambil tahu hal orang dan sibuk meneliti jam serta gadget popular masa kini. kos sepanjang perjalanan pergi dapat diatasi kerana saya meminjam kad prabayar touch n go ibu saya. ia amat mudah malah saya tidak perlu beratur dan memikirkan sama ada wang kecil mencukupi atau tidak.



(agak curam menuruni lif bergerak ini)






 (sebuah kedai 'Wariseni' di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung)



tepat jam 8.45 pagi saya tiba di stesen monorel Raja Chulan. waktu temu duga saya bermula jam 10 pagi. dan memandangkan saya telah pun berjanji dengan aunty saya, jadi saya tunggu dia di stesen itu. lebih kurang 35 minit kemudian saya berjumpa dengan dia. dia membawa saya ke bangunan syarikat yang mahu menemuduga saya. kami perlu berjalan sejauh 500 meter namun bukanlah menjadi halangan buat diri saya kerana saya sudah biasa berjalan kaki sejauh itu. cuma yang menjadi halangan ialah lalu lintas yang sibuk maka membuatkan saya perlu berhati2 ketika melintas jalan utama. setelah itu, aunty meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan saya pula memasuki bangunan itu.




(bangunan syarikat Wisma Goldhill)

nasihat pensyarah, supaya datang awal terlebih dahulu saya lakukan. saya tiba di pejabat tersebut tepat pukul 9.30 pagi. persekitaran pejabat begitu korporat, membuatkan saya teruja untuk memasukinya. pintu di buka dan penyambut saya ialah seorang wanita berbangsa Cina. tepat tekaan saya, dia ialah pengurus bahagian sumber manusia yang sebelum ini sering berhubung dengan saya mengenai temu duga ini. oleh kerana saya datang awal, maka dia meminta saya menunggu sebentar di dalam bilik mesyuarat untuk mengisi borang butiran diri. dia turut meminta saya memberi segala dokumen mengenai diri saya termasuklah salinan2 sijil saya. 

temu duga itu berakhir dalam masa 30 minit sahaja. kata pengurus itu, saya telah pun lulus ujian temuduga dan dia akan menelefon saya dalam tempoh 3 hari kemudian. setelah itu saya terus pulang semula ke pejabat ibu saya dan tunggu di sana sementara menghadiri temuduga kedua pada sebelah petang di Wangsa Maju. 

pada sebelah petang, saya ditemani ibu untuk menghantar saya ke pejabat kedua, sekitar berhampiran juga namun sekiranya berjalan kaki dari pejabat ibu saya mengambil masa 30 minit. syarikat kedua juga bersetuju untuk menghubungi saya dalam tempoh minggu yang sama. namun tugasan yang perlu saya lakukan ialah memasarkan produk2 dan menemubual pelanggan. temuduga mengambil masa selama 15 minit itu akhirnya berakhir. kemudian saya berjalan kaki semula ke pejabat ibu saya. cuaca ketika itu begitu panas, namun mujurlah saya membawa kipas tangan. sebelum tiba di pejabat ibu, saya berhenti sebentar di stesen minyak yang bersebelahan untuk membeli minuman 100 plus dan ais krim. hehe setelah penat berjalan, dahaga dan kepanasan dapat disejukkan. sementara menunggu ibu tamat waktu bekerja, saya berehat di dalam bilik pejabat ibu saya dan akhirnya saya tertidur kepenatan.



(masjid tersegam indah yang berdekatan)




(terpaksa berjalan kaki melintas jalan utama kenderaan)

kemudian, ibu menurunkan saya ke stesen Jelatek dan saya meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk bertemu dengan kakak saya. saya tidur di rumah nya selama dua malam bagi memudahkan saya pergi ke tempat temuduga terakhir, juga di Jalan Raja Chulan. Keesokan harinya saya bersiap2 untuk ke temuduga terakhir. oleh itu saya bergerak dari jam 7.30 pagi bersama kakak, dia menghantar saya di stesen LRT Pandan Jaya. dari situ saya menaiki keretapi menuju ke Hang Tuah dan mengambil penukaran monorel ke Raja Chulan. ia amat mudah malah menjimatkan masa kerana saya tiba di syarikat tersebut jam 8.30 pagi.



benar tekaan saya, tiada kedai minum kecil mahupun penjaja yang menjual sarapan pagi. malah kedai yang dibuka ialah Starbucks dan Dunkin Donuts. mujurlah ada kedai roti di bahagian dalam. jadi saya membeli roti sandwich bersama nescafe ais.  kos sarapan pagi yang pada saya begitu tinggi membuatkan saya mula berfikir dahulu jalan penyelesaian sekiranya saya bekerja di situ sama ada membawa bekal ataupun membeli terlebih dahulu di kawasan persekitaran rumah.



(sarapan pagi kos rm6)

saya memasuki bangunan itu dan menuju ke lif menekan butang 9. sama seperti keadaan syarikat pertama, korporat dan juga selesa. seorang lelaki berbangsa Cina membukakan pintu untuk saya, sambil bertanya tujuan saya datang ke sana. dia membawa saya berjumpa dengan pengurus bahagian sumber manusia juga wanita berbangsa Cina. sesi temuduga itu hanya selama 6 minit. ini kerana saya sudah diberitahu tugasan yang bakal dilakukan, maka pengurus itu hanya menerangkan soal gaji dan juga kemudahan yang diberikan.

selesai temuduga, saya pulang semula ke rumah kakak. perasaan bercampur baur, antara suka, gembira dan juga ragu2. semoga saya diterima menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang telah menemuduga saya.


"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku, semoga segala usaha ku mendapat keberkatanMu, aamiin.."




Sunday, June 24, 2012

Favorite Song~ Permata Yang Dicari

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

hai semua, buat apa tu? sempena hari ahad yang mulia ini, saya nak berkongsi lagu kegemaran saya. haa. lagu apa? hehe lagu ini bertajuk 'Permata Yang Dicari'.

sejak bila saya minat lagu unsur kerohanian ini? jujur, terus terang saya lebih kepada genre kpop yang sedang hangat dibual bicara oleh masyarakat kita. malah ada yang mencuba menjadikan lagu kpop sebagai teman muzik harian mereka. begitu juga dengan saya, apabila mengulangkaji pelajaran saya pasti akan memutar lagu2 kpop di komputer peribadi saya.

namun, suatu hari ketika saya sedang duduk termenung dalam kelas *waktu tu di awal semester 5, pensyarah belum masuk kelas* saya terdengar seorang sahabat saya sedang rancak menyanyikan lagu ini. saya tertanya2. eh lagu apa ni? tambahan pula, suara sahabat saya itu sangat lunak, merdu bak buluh perindu. jadi saya segera bertanya pada dia.

(gambaran asal perbualan antara saya dengan dia)


saya: boleh aku tahu, kau sedang nyanyi lagu apa?
dia:   eh maaf lah kalau suara aku x sedap. hehe. oh ini lagu kumpulan DeHearty. kenapa tanya?
saya: DeHearty? siapa tu? x pernah dengar pun..
dia:   *dengan berani menegur diriku* itulah, kau asyik dengar lagu kpop saja. sampaikan lagu genre nasyid pun kau x tahu..
saya: *hanya mampu terdiam sambil menerima teguran dari dia*
dia:    kau nak dengar x? kejap aku pasang kan.


sejurus itu, sahabat saya pun memutarkan lagu itu di telefon bimbitnya. bagai pertama kali mendengar alunan irama nasyid Raihan ketika saya kecil dahulu, saya terus jatuh hati. bukan kerana suara penyanyi yang lunak tetapi lirik yang dibacakan oleh penyanyi itu membuatkan saya terus membuka jaringan bluetooth telefon bimbit saya dan meminta sahabat saya hantar lagu itu.

hati saya tersentuh mendengar satu per satu ayat yang dinyanyikan oleh kumpulan itu. begini lah liriknya:




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)



apa yang menjadikan saya begitu teruja dan tersentuh mendengar lagu ini? kerana, terdapat serangkap baris yang mana saya menggunakannya ketika saya berdoa. adakah ini suatu kebetulan? ketika saya sedang memohon petunjuk dari Nya, saya sering menggunakan ayat tersebut. tidak perlulah saya nyatakan baris ayat yang mana. cukuplah sekadar ia menjadi panduan. lagu ini seolah2 menjadi intisari buat diri saya, yang mana pada ketika itu masih dalam dilemma kehidupan dan perhubungan. maka, kerana itulah saya sangat tersentuh hati apabila mendengar lirik lagu ini.

sehingga kini, saya juga turut mendengar lagu2 Dehearty seperti wanita, pengantin baru dan lain2. selain itu, saya juga suka mendengar lagu penyanyi Raihan, Nowseeheart, Sami Yusof, Maher Zain, Hijjaz, Rabbani, Debu, Zain Bikha, Yusuf Islam, Saujana dan juga UNIC. anda juga boleh cuba mendengar lagu kumpulan DeHearty ini. manalah tahu anda akan jatuh hati seperti saya. Allah amat menyukai hambaNya yang tidak jemu2 memuji Allah dan menggemari lagu2 irama nasyid, kerana irama ini adalah seperti panduan buat diri kita untuk semakin mendekati Nya :)

"semoga ada hikmah disebalik yang terjadi"

ikhlas menulis,
Safiah Rahim

Wednesday, June 20, 2012

hectic hectic. minggu yang busy~

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

Hectic? apa itu? oh maksud dia 'sibuk'- erti kata lain, sibuk dengan pelbagai tugasan. contoh nya bagi pelajar2 IPTA, mereka akan berhadapan dengan peperiksaan akhir :)



okay, saya kini semakin 'hectic'. ini kerana minggu ini merupakan minggu terakhir bagi semester tahun ini. pasti anda sudah tahu, saya kini di tahun akhir pembelajaran saya, yang mana bermula Ogos depan saya akan menjalani latihan industri di sebuah syarikat yang telah pun saya ketahui. syhhh. rahsia. nanti2 saya bagi tahu anda okay? hehe

sejurus itu, di minggu akhir ini pelbagai tugasan harus segera disiapkan bagi memudahkan pensyarah memberi markah bagi penilaian kerja khusus kepada para pelajar. oleh itu setiap pelajar, saya percaya sedang bertungkus lumus menyiapkan saki baki kerja khusus yang tinggal dan sudah pun mula menelaah untuk peperiksaan akhir yang bakal tiba dua minggu lagi. macam tak percaya kan? lagi dua minggu saja!



saya juga kini sudah berminggu2 tidak tidur secara teratur (tidur lambat, kadang itu tidur selepas Subuh, kadang itu tidak tidur langsung) kerana masa yang ada saya guna kan dengan menyelesaikan segala kerja2 yang telah diberi. bukan itu sahaja, malah saya turut menelaah untuk menjawab ujian kedua bagi subjek2 pelajaran saya semester ini *esok ada test SMM tapi x study lagi hehe*


justeru itu, saya mengucapkan semoga berjaya, selamat menyiapkan segala tugasan, selamat menjawab segala ujian, selamat membentangkan pembentangan individu atau kumpulan, kuiz2 dan juga projek2 yang perlu dihantar (huhu masih ada 3 subjek dalam usaha menyiapkan segala tugasan. gambateh!)


oh! sebelum saya terlupa. jaga makan minum anda, jaga kesihatan anda, jaga peribadi anda, jaga diri anda, jaga tingkah laku anda, jaga percakapan anda, jaga perhubungan anda, jaga perbuatan anda, jaga pemikiran anda, jaga zahir dan batin anda dengan baik2! hehe 


"Allah itu sentiasa ada. Maka perlu lah hamba Nya meminta dan memohon pertolongan dari Nya"

Ikhlas dari,
Safiah Rahim

Wednesday, June 13, 2012

dengan takdir Nya

Bismillahirahmannirahim..


akhirnya
terbuka jua pintu hati
untuk bersemuka dan bertegur sapa
mengapa tidak dari dulu lagi
kerana egois dan rasa marah di hati


syukur alhamdulillah
mungkin kerana doa yang dipohon
mungkin kerana perasaan yang tersimpan
mungkin kerana keikhlasan yang luhur
jiwa kini tidak sengsara lagi


di saat akhir ini
moga segalanya berjalan lancar
apa yang penting keberkatan
untuk menuju puncak kejayaan
rezeki diberi tidak mampu untuk menolak lagi


sehingga akan tiba
suatu hari nanti
jikalau ditakdirkan
maka kun fayakun lah janji Nya
jikalau tidak ditakdirkan
hanya mampu berserah pada Nya


Ikhlas dari,
Safiah Rahim

Monday, June 4, 2012

Allah selamatkan aku..

Bismillahirahmannirahim,Assalamualaikum,annyeonghaseyo, hello~ ^^

Alhamdulillah, hari ni genap 23 tahun saya hidup di dunia ini.. Selamat Hari Jadi Safiah! hihi da besar2 ni, tak perlu  lah kek bday kan? itu bagi budak2 kecik jela.. cukup sekadar ucapan dan doakan saya sihat2 selalu, tabah dan sabar banyak2. kenapa tabah? 

sebenarnya, dua menjak ni saya agak putus asa.. bukan dengan hidup, tapi dengan tanggungjawab dan kepimpinan.. terus terang, saya gagal menjadi ketua yang bagus.. saya gagal memimpin anak2 buah saya dengan baik.. saya gagal memastikan segala kerja berjalan lancar.. memang, bukan senang nak memuaskan hati ramai pihak tambahan apabila kita kena berhubung dengan pihak atasan.. ya, terus terang, saya cukup tak puas hati dengan servis pihak atasan.. atas sebab itu segala kerja kami terpaksa ditunda beberapa kali.. dan juga, mungkin kerana saya tidak cukup tegas dengan anak2 buah saya, maka saya gagal mengarahkan mereka membuat kerja mengikut bahagian masing2.. ya itu saya mengaku, saya tak tegas malah saya tidak bertindak seperti ketua. bukan saya tidak mahu, tetapi hendak dipendek kan cerita, anak2 buah, kawan saya. kalau saya tegas, ada pula nanti yang tersinggung. tetapi kalau saya tidak tegas, maka ada pula yang bertindak seolah2 dialah ketua. saya berbelah bagi. walaupun sifat itu tidak harus ada pada seorang ketua, tetapi saya cuba juga hingga akhirnya ada beberapa anak buah yang mendengar arahan saya. saya tidak hanya tahu mengarah mereka, sebaliknya saya juga membuat kerja. namun ada segelintir pihak yang tidak mahu memberi kerjasama, oleh itu kerja kami tergendala. saya tidak mahu mengulas lebih mendalam dan menyebut nama mana2 pihak, itu biarlah rahsia antara saya dan tuhan. bagi mereka yang nampak, mereka tahu siapa buat kerja, siapa tak buat kerja. melihat pada hasil pun kita sendiri boleh menilai kan? jadi apa yang boleh saya cakap, saya amat tidak berpuas hati dengan hasilan kerja itu. namun bila fikir 'dah last minute' apa boleh saya buat, melainkan setuju sahaja dan teruskan dengan pelan mereka. jadi itulah sebab kenapa saya berputus asa.. selama saya pernah menjadi ketua, tidak pernah sekalipun saya berputus asa. malah, saya selalu menggunakan motto hidup saya, "there is no give up word in my dictionary". kali ni, mungkin Allah mahu menguji saya, dan nah, Dia Maha Mengetahui..

Namun, hari ni sempena genap umur saya 23 tahun (walaupun tak sampai lagi sebab lahir pukul 4.05 pagi) saya bersyukur masih dipanjangkan usia hidup dan menjadi hambaNya.. terima kasih Allah.. terima kasih abah, mama, umi, adik beradik semua kerana menjaga dan mendidik saya hingga ke hari ini.. terima kasih kawan2 yang selalu bersama diwaktu susah dan senang terutama wani, rasnah, anna, azrin.. mereka sering membantu saya.. terima kasih sepupu yang paling rapat dengan saya syafiqah sophia, kerana sudi menjadi tempat meluahkan rasa sedih, suka dan duka.. terima kasih pensyarah2 yang rapat dengan saya.. terima kasih pada yang pernah menjadi kawan saya, mohon maaf sekiranya saya pernah menyinggung perasaan awak2.. kalau boleh, saya harap saya boleh berkawan semula dengan awak2.. mungkin insyaAllah, suatu hari nanti..

"kadang2 sukar mahu melupakan, tetapi senang menyebut kemaafan. namun cubalah buka hati dengan ikhlas memaafkan insan2 disekeliling anda jika mereka menyakiti anda.. hidup ini umpama roda, sebentar kita di atas, sebentar lagi kita di bawah. walau apa pun situasi anda, percaya dan yakin lah bahawa Allah itu sentiasa ada disisi anda, maka mohon lah petunjuk dan doa dari dia, nescaya dia akan membantu anda apabila didalam kesusahan"

Ikhlas menulis,
Safiah Rahim



Thursday, May 31, 2012

Bored -.-

Imma bored bored today
day and night it just same way
you are alone alone here
as Imma too wanna hear
hear what what up!
hey don't talk to me like that


Imma just bored bored today
Imma know it hard to say
you won't understand
what I've been through past stand
how could you stay away from me


Imma bored bored today
what is this poem to say
well it gonna finish by the end of day
not today not today
you are just wasting your time here
hahaha you hahaha here


Imma bored bored today
as the moon light as the sun shine a day
so here it's starting
where it should stopping
okay bye bye today
Imma gonna sleep out of the day :D

Monday, May 21, 2012

ops! mianhaeyo~~ T___T

Assalamualaikum & annyeonghaseyo~!

hai semua! hikhik
hari ni guna Korean language, saje saje :)
mianhaeyo (I'm sorry) sb dah lama x update belog ini. hukhuk *ini terlampau busy dgn eseimen2 dan tido2*

actually, baru2 ni sy dpt tahu ada visitor yg dtg ke belog ini telah plagiarized my novel. so to that person, I hope u will credit my name or at least put my belog link in your belog. awk awk, kesian tau kat sy penat penat perah otak sy ni nak create idea jalan cerita tu tau.. wuuuuu. nak nangis ni.. sy bru ingt nk post novel sy ni kat kumpulan media karangkraf, sb ritu one of my friend yg keje sane dia bace novel sy, n dia agk berminat.. so awk yg copy my novel PLEASE jebal (same ah tu) delete okay? or AT LEAST put credit to me. awk mesti da blaja kan, cmane nk buat research, kene letak reference by whom kalu x dikire awk dah curik hak org tuu.. so in this case, same la, awk da curik hak sy.. my own ideas.. ini kire baik la sy x saman awk ke, x buh link belog awk ke.. pasal sy pun tahu nk jage hati org. so again. sy bg tempoh 1 week utk awk utk PUT CREDIT TO ME.. lepas 1 week awk x buh jugak, so tunggu2 n nanti2 kan lah surat layang dari sy ye.

second thing, now I'm busying with a lot of task and assignments plus I'm conducting a big seminar for this month and searching for internship places. wow a lot of things I need to do and to plan for future. so that's all kot setakat ni sb now nak sambung buat kerja kerja yg tertangguh *aku memg suke menangguh kerja last minute tp confirm siap by the due time hehe* novel tuu sy stop for a while, until nanti sy akn updte with new chapters and more fascinating fun stories line dia. hehehee ideas nii dah xsbr nk type type kat sini tp x berkesempatan and then sb issue yg kecil di ats, so I stop for a while k. to my followers, don't worry, I'll be back! :)

tengoklah abg hae pun penat penat sb dia pun byk tour show. atototo bucuk syg!

Tuesday, May 8, 2012

chapter 6: hadiah bulan madu (sambungan 'Lara Dunia')

lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, South Korea

"penatnyaaa! sampai juga akhirnya. wahhh cantik nyaa! eh eh itu macam artis je? ramai nyaa paparazi! wahhh..." jakun Esya gembira

"sayang nak excited sampai bila tu, x kesian kan abang ke angkut barang2 ni.." mengeluh Johan dengan isterinya

"hehe.. abang lelaki kan, mesti lah abang yang angkat.. saya ni perempuan, mana kuat.." 

"kejap saya cari troli barang. emmm mana eh? excuse me, where can I find.. eh ape troli dalam english eh?" bengung Esya dengan pegawai bertugas di lapangan terbang itu.

"Sorry misseu? I don't know Englisheu. jawab pegawai itu

alahai x pandai speaking pula. aku ni mana tahu bahasa Korea sangat. setakat kamsahamnida, annyeong itu jela yang aku tahu. nampak gaya nya terpaksa lah mencari sendiri. 

mata Esya sibuk mencari troli tempat letak beg, suami nya sedang duduk di kerusi dengan menjaga beg beg mereka. dia berjaya. dengan segera dia menolak troli itu ke arah suami nya, terus mengangkat beg beg tersebut ke atas troli.

Inilah saat bulan madu yang paling ditunggu2 oleh pasangan dua sejoli yang telah pun bernikah tiga bulan setengah yang lalu. atas sebab jadual kuliah yang padat dan juga minggu peperiksaan, mereka terpaksa menangguhkan bulan madu mereka hingga kini memandangkan bersesuaian dengan musim cuti semester. walaupun pada asal nya mereka hanya merancang bercuti di dalam negara saja, namun atas persetujuan ayah Esya, segala kos perbelanjaan tiket hingga ke hotel penginapan ditanggung oleh nya, percutian selama 7 hari itu.

"Abang, saya nak ke tandas kejap." pinta Esya pada Johan

"Abang ikut sekali lah, nanti sayang sesat, lagi pun kita baru dekat sini, bahaya sayang pergi sorang2." cadang Johan pada Esya. dia bimbang sekiranya berlaku apa2 pada isteri nya

"Eh x ada ape lah abang, saya pergi tandas depan tu je. dekat je pun. abang tunggu sini ya." jawab Esya

"Sayang, xpe2. abang ikut sekali." Johan berdegil mahu mengikut Esya bersama

Mereka bergerak ke ruang tandas, sementara itu Johan tunggu di luar pintu tandas bersama troli beg nya. 15 minit sudah berlalu. kelibat Esya tidak di nampak nya. dia mula risau. kenapa lama sangat ni? tadi xde pula Esya cakap sakit perut ke, apa ke. 

Johan mula berasa tidak sedap hati. dia dengan berani cuba membuka pintu tandas awam wanita itu. nasib lah tiada orang. namun tidak dilihat nya kelibat isteri nya. dia resah. dengan segera dia menjerit nama isteri nya. tiada sahutan. akhir nya dia meminta pertolongan seorang pegawai polis wanita yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu. dia cuba menjelaskan kepada pegawai polis wanita tersebut dengan mengguna kan bahasa Inggeris yang mudah difahami nya. mujur lah pegawai itu faham. 

pintu tandas wanita dirempuh, dilihat Esya terbaring di atas lantai. Johan panik. dia cuba mengejut isteri nya. dilihat ada kesan tompokan darah di bahagian tepi kanan kepala Esya. rupa nya, Esya tergelincir ketika mahu keluar dari tandas itu. Esya masih pengsan. Johan cuba mengangkat badan isteri nya namun tidak berdaya kerana isteri nya terlalu berat. pegawai polis wanita itu dengan segera mengguna kan walkie talkie nya memanggil pasukan kecemasan. 

Pasukan kecemasan tiba dalam tempoh 10 minit. mereka mengangkat Esya dan membawa nya ke hospital berhampiran. Johan memunggah barang2 nya ke dalam teksi dan dia mengarahkan teksi itu mengikut belakang kereta ambulans tersebut. dia mula risau dan tidak dapat bertenang memikir kan janji nya pada ibu Esya, supaya menjaga Esya dengan baik. dia juga menyalah kan diri nya kerana cuai. 

Lokasi: Hospital Incheon, South Korea

Setiba nya di hospital, Esya di masuk kan ke wad kecemasan. Johan menelefon ibu nya dan mencerita kan perihal yang berlaku. ibu nya terkejut dan mahu segera terbang ke Korea. Johan cuba menelefon mertua nya, dan dia menyampai kan berita mengejut itu dalam keadaan cuba bertenang. mujur lah mertua nya tidak panik, namun mereka juga memberitahu akan ke Korea petang itu juga.

30 minit sudah berlalu, namun doktor masih di dalam wad kecemasan, dan Esya masih tidak sedar kan diri. Johan duduk termenung di kerusi pelawat sambil berdoa semoga tiada apa2 kesan yang teruk berlaku pada isteri nya. dia bimbang jika isteri nya hilang ingatan, ataupun koma. dia akhir nya bangun dari kerusi duduk itu dan membuka beg pakaian nya. di cari cari, kain sejadah tikar sembahyang. dia berlalu ke bilik air dan mula mengambil wuduk. setelah itu dia meletak kan kain sejadah itu di lantai laluan kerusi pelawat tersebut. jam di tangan nya, cuba di lihat2 mencari arah kiblat. dia akhir nya solat dengan memohon petunjuk dari Allah semoga isteri nya selamat. hanya doa yang mampu menyelamatkan nyawa isteri nya pada ketika itu.

Sedang asyik dia berdoa, pintu wad kecemasan terbuka. seorang doktor lelaki keluar dan menuju ke arah Johan. doktor itu sabar menunggu Johan selesai berdoa, dan wajah nya kelihatan tenang sekali.

"How's my wife? Is she okay?" tanya Johan pada doktor tersebut.

"Your wife is okay. the blood stainedeu has been cover. however we need to make sure your wife will take the brain testeu for safety. and one more thing. did you know your wifeu pregnant for 2 months old? you should be careful since the baby still small" terang doktor itu dalam bahasa Inggeris yang berbunyi loghat Korea nya.

"Syukur ya Allah!! Alhamdulillah... terima kasih ya Allah! thank you doctor! thank you very much!" ujar Johan  begitu gembira sambil bersalaman dengan doktor tersebut. dia mula menangis tanda kesyukuran pada Ilahi kerana pemberian yang amat bermakna. satu, isteri nya dalam keadaan selamat. yang kedua kerana berita kehamilan 2 bulan isteri nya itu juga.

Johan tidak sabar untuk memeluk isteri nya dan menyampai kan berita gembira itu. dia juga sudah tidak sabar untuk memberitahu ibu bapa nya yang kini dalam perjalanan ke South Korea, untuk melihat menantu nya. 

Johan memegang tangan kanan isteri nya, dia asyik mencium tangan Esya, tanda dia benar2 bersyukur dan menyayangi isteri nya itu. Esya masih lagi ketiduran kerana sebentar tadi dia telah diberi ubat oleh doktor yang bertugas. di tenung wajah Esya, di usap2 rambut nya perlahan, Johan mencium dahi isteri nya. 

"Terima kasih sayang.. terima kasih banyak2." ucap lembut Johan di telinga kanan Esya. namun tidak juga isteri nya sedar. Johan akhir nya juga tertidur kepenatan sambil memegang erat tangan Esya, di katil pesakit tersebut.

(bersambung lagi..)

p/s: kali ni idea berdasarkan angan2 penulis untuk ke South Korea suatu hari nanti apabila dia juga berkahwin. tapi tidak lah dengan scene novel ini sekali. ini cuma rekaan semata2 hehe :)

Tuesday, May 1, 2012

just to have fun! *simple laughter* ;)

uhuk! uhuk! *batok sound* so many sarang labah2 laa this belog. haiyaaaa. those habuk2 too. wat to do ah? spray lor dat labah2 laa. haiyaaa.

oh today 1 May ah? wat is 1 May? anybadi knoe? haiyaa. anty forgot aredi mah.. anty old lah dis day. pipel knoe ah? anty dgr ah, today is Slase lor. tui meh... wat day is anty dunno laaa. but ah, anty knoe 1 thing mah... itu anty no work lah today.. anty cuti mah.. 




cuti2 anty stay at home lor.. bt pe meh? anty cook cook lor. cook ais kacang. ehhh. ais kacang can cook maa? itu new recipe lor... anty put dat banana, coco powder and aso minyak lor. if not hoe anty mahu cook? must use minyak masak lor... and not foget ah, ais and kacang lor.




actly ah, anty not cook cook lah. tipu lor.. anty dis day very tired mah, keje a lot lor.. haiyaaa. itu hot day ah, anty buy ais lor.. so hot lah dis day! wat pipel panggil ah, itu gelobal ah? gelobal waming ah? haiyaa anty dunno sebut lor. but too hot lah, anty mau die lor. kanot tahan lah.. but then ah, 1 dis amoi say ah, gelobal waming is danger lor. why ah? how anty wan to knoe, anty lazy mah wan to learn... u tell me lah wat is gelobal waming.. haiyaaa.. 





but 1 thing ah, anty knoe lor. itu akon ah, kanot pasang lor. why ah? choyy! itu akon ah, make u gelobal waming too hot lor.. dat ais ah, melted aredi, bear bear all gone lor.. haiyaaa. why ah pipel must do dat lor.. anty sad sad lah..


eeee help me.... I'm scare... :(

u go plant plant vege lor.. so glin ah, cool lor.. u try mah, anty try lor.. dat why ah, anty like like a lot glin kaler.. do u knoe ah? glin kaler make u glin lor.. kanot understand ah?




last ah, anty hope u knoe to take take ker pipel lor.. dun be like anty, dunno any! haiyyaa. it bcoz ah, anty tua aredi lor.. must understand lah.. ok ah, anty nid to go cook cook ais kacang for acai, amei n amoi. u wan ah? go make by yourself lah!